Thursday, October 7, 2010

Ayu Karan dan fitnah.

Kami belajar di kolej yang berlainan tetapi kolej kami bersebelahan. Ayu memang ayu dan sebab itulah digelar Ayu Karan. Dia menjadi impian dan rebutan bukan saja di kolejnya, tetapi di kolej aku. Dari pelajar hinggalah pensyarah. Aku dan grup aku tak ambil pot dengannya sangat, cuma kelebihan aku ialah kami sedaerah dan kenal wajah masing-masing sejak bersekolah lagi. Waktu bersekolah dulu, selalu juga terserempak waktu sukan daerah dan bermacam-macam program lagi. Sebab itu setiap kali bertembung sering kami bertukar senyum dan bertanya khabar. Dan Ayu pastilah sentiasa berkepit dengan lelaki. Paling panas, dia pernah keluar dengan pensyarah kami yang agak muda tak jauh beza dengan usia kami. Duda.
Baru-baru ini kami bersua di facebook dan bertanya khabar. Ternyata Ayu sudah jauh berubah. Wajahnya sudah tembam seperti disumbat kuih pau pada pipinya dan dagunya ada dua. Tak tahu mengapa dia memakai dawai pendakap gigi. Cuma rambutnya masih perang.
Kami berbual (chat) bermacam-macam cerita dari kisah daerah, kolej hinggalah termasuk cerita politik.

"Aku 98% percaya Anwar meliwat sebab aku kenal saudara rapat dia. Diorang sendiri cakap." katanya.
"Aku pun kenal juga anak dan saudara dia tapi itu tak cukup. Perbicaraan yang adil mesti dijalankan." kataku.
"Bukankah Saiful dah bersumpah laknat. Mengapa Anwar tak buat? Berani kerana benar." katanya.
"Bersumpah adalah perkara terakhir yang perlu dilakukan oleh tertuduh jika dia masih didapati bersalah setelah perbicaraan yang adil dijalankan. Jika hasil perbicaraan itu jelas membuktikan dia bersalah, dia wajib bersumpah laknat ketika itu. Perbicaraan belum dilakukan dan tidak pula mengikut undang-undang anjuran Allah sedangkan yang terlibat adalah orang Islam." kataku dan aku juga membicarakan apa yang tertera dalam surah An-Nur dan An-Nisa' (hah! Bukankah kedua-dua itu nama anak-anak aku?).
Si minah karan ini tak berbunyi tetapi apabila perbualan demi perbualan berlangsung akhirnya dia berkata yang dia tetap percaya Anwar meliwat. Aku cuma berkata aku hormati pendiriannya dan berpeganglah dengan pendirian itu sehingga dipersoalkan oleh Allah swt di Yaumal mahsyar kelak.
Sembang punya sembang akhirnya sampailah kepada kes cinta dia dengan pensyarah. Aku tanya dia, "Encik Hasdi (pensyarah tersebut) pernah bercerita yang dia pernah 'main' dengan kau termasuk di bilik komputer kolej kau, betulke? he he.."
Dia melenting dan menafikan bersungguh-sungguh dengan marahnya. Aku kata aku percaya cakap pensyarah aku. Dia terus menghubungi aku dengan telefon dan dengan suara yang marah bersulam tangisan dia menafikan cukup-cukup.
"Celaka punya jantan (dia maksudkan pensyarah tersebut) mereka-reka cerita. Ingat aku takde maruah ke? Jahat-jahat aku kau ingat aku senang-senang nak bagi cipap aku? Gila.." dan dia menangis.
"Tapi semua orang percaya Ayu..masa tu kami semua geram dan ada yang teringin nak main dengan kau." kata aku.
"Cuba buktikan, panggil mamat tu jumpa aku, cakap bila, pukul berapa, kat mana kami main. Cakap!!"
"Sorry Ayu, dia pensyarah. Aku percaya cakap dia masa tu."
"Buktikaaaannn!!" jerit Ayu dengan esakan.
"Betul, Ayu. Dia siap sumpah lagi."
"Mana adaaa...tak gunaaa!! Makan sumpahlah engkauuuuuu Hasdi siall!!" katanya.
"Aku rasa aku percaya dia seperti kau percaya Anwar meliwat."
Aku putuskan talian dan off handphone. malas layan. dan blok dia dari fb aku.

21 comments:

sepol utusan said...

hahaha... nakalla lu bro kesian ayu kena KARENNNNNNNNNNN

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bila kena batang hidung mintak pulak bukti... ko bro ..jangan la kenakan atu cm tu

kulupSakah said...

aku kena pusing camtu..baru ada kesedaran..hehe..

sangkegelapan said...

gua suka ini entry bro! kene kepala sendiri baru rasa azabnya..

mae said...

lepas letak talipon dia pikir la balik....kesiaaan ayu...

budak kajang said...

pasal tu aku kalau log pada internet,mesti sekali aku browse kau punya blog.

abgBro said...

muahahahah...baru ada akai sikit

author faethal said...

Kah! Kah! Kah!
Tak pasal2 terkena balik,
Dasat hang Kulup ...
Pandai hang Pulang Paku Buah Keras!!

Wa tabik lu 10x bhai!

daLyaanoon said...

terbaek! ni kena masuk dalam jengjengjeng!

Unknown said...

Hahhh!!!Rasakan kau!!Terenjat kena buah karen dari bro kulup..Haha.,aku suke..aku suke..

boy ketari said...

98% aku percaya kau kenakan ayu...aahahaha

Anonymous said...

"Aku cuma berkata aku hormati pendiriannya dan berpeganglah dengan pendirian itu sehingga dipersoalkan oleh Allah swt di Yaumal mahsyar kelak."

Lu punya ayat ni memang power terasa sampai semua urat saraf.

sulaiman akhlaken said...

Bro,

pada sesi perbicaraan DS Anwar yang berikut dan seterusnya, lu dah seharusnya duduk sebelah Karpal Singh dalam mahkamah...

tabikkk

Anonymous said...

Giler ko nyer psiko!!!

lizay_73 said...

memang terbaik!!!

WTF said...

dude, reality bites only when one feels the pinch in their own buntut.

Gua caya sama lu.

Aku tak paham kenapa orang sian kat makhluk cam ni. kalau orang lain yang kena OK tapi when they kena themselves?? naik berang.

sharouk said...

Absolutely psiko.

Unknown said...

kah kah kah ... kebenaran tetap ada asasnya (bukti) .. nice reverse psycho bro ... march on!

Jiazah said...

macamane ayu yg kene karen..biasanya org lain yg kene karen ngan ayu..sampai blackout ayu tu kene psiko..kulup..kulup.

Anonymous said...

ayu ni pernah dump/rejek dia kot..

Term Papers said...

It is an appreciable post and the work in the text has been done too. Keep it up and well done.