Thursday, October 14, 2010

kita macam nilah..

"tq bro, kerana sudi add saya."
"Saya pengikut blog saudara. menarik dan saya sangat minat."
"tuan memang hebat. kirim salam pada sham, annisa dan an-nur."
"saya biasa juga lalu depan uk5 tapi segan nak masuk dan tegur."
"gua tunggu jeng jeng jeng lu kulup!"
"aku selalu baca blog kau tapi kenapa jarang update?"

ini antara yang selalu aku terima dan aku dapat lihat ragam ini pada hari ini. inilah hakikat hidup kita, tak kira siapa kita.
akan ada orang yang entah kenapa amat sayang dan suka dengan kita.
ada orang yang biasa saje dgn kita.
dan ada orang entah kenapa benci sangat dengan kita. berbakul2 aku dan family diseranah waktu gambar demo kami merayap di email2 satu malaya.
biasalah..

pada yang bertanya kenapa aku jarang apdet - ye, aku takkan menulis benda yang sama dengan orang lain sebab kalau pendapat itu sama, aku tak perlu tulis. kalau ada pun, aku hanya akan tulis dari sudut yang lain pula. yang jelas - aku dah terangkan apa pendirianku dalam sesuatu isu.

tentang jengjengjeng - aku juga masih suspen.

kepada yang benci aku - aku perlukan kebencian itu untuk terus ke depan. cuma aku kurang layan pengomen yang takde telur dan pondan, tak berani bertanggungjawab.

kepada yang segan nak tegur, buangkan rasa itu. mari kita berkawan dengan penuh kejujuran.
ya, jujur!

(entry ni ditulis sebab tiada cerita baru..hik hik!)

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

adalah lebih baik hidup dengan kebencian orang kerana kita akan berusaha sendiri tanpa penjilat dan kaki ampu

kulupsakah said...

betui

alang said...

susah sebenarnya bro nk hidup dengan jujur.

WanBeruas said...

..aku suka ngan ayat baris no 2pada perenggan kedua tu...suka sangat...

WanBeruas said...

oppss..ayat baris ke 3..perenggan dua..

Term Papers said...

Absolute brilliant stuff with the marvelous writing. Loving it.