dah setahun setengah aku tak potong rambut. aku memang dah lama teringin berambut panjang. baru setahun ni aku berpeluang.
"Dulu tak nak rambut panjang. zaman rock kapak dah abih dahlah!" gelak kawan aku.
"Woi! Kau mana boleh berambut panjang. kau mat baik." kata sorang lagi.
Aku selalu tertanya mengapa rambut selalu dikaitkan dengan tingkah laku. Dan berambut panjang adalah suatu kesalahan di dalam perkhidmatan awam mahu pun bebudak sekolah. Mengapa rambut? Kalau dijaga kemas apa masalahnya? Penganut agama sikh berambut panjang dalam turban bolehkan?
Aku rasa orang penjenayah kolar putih yang berkedudukan tinggi dan selalu berpakaian kemas cuba mengalih perhatian orang ramai terhadap kejijikan mereka dengan menghumbankan imej buruk itu kepada mereka yang berpakaian selekeh dan berketrampilan begini. maka, rambut jadi masalah. RTM dulu pun bukan saja tak benarkan artis lelaki berambut panjang muncul di kaca tv, malah lagu mereka pun diharamkan. macamlah mereka menyanyi dengan rambut. pakai nampak tetek atau bulu pahat tak mengapa.
Mereka berkuasa dan dengan kuasa ini, mereka memulas tengkuk orang lain agar mempercayai teori mereka. Rasulullah pun ada ketikanya berambut panjang ada ketikanya mencukur botak.
Bila berambut panjang dan berpakaian longgar aku kadang-kadang dicurigai bila memasuki toko-toko atau pasaraya. Kadang-kadang bila ada katering (aku ikat rambut kemas), aku akan dibuli disuruh itu ini dan ditempelak oleh mereka yang duduk di meja VIP. Diperintah macam budak yang lebih hina daripada mereka. Aku layan aje tapi sesekali berdebat juga kami dalam beberapa isu..hehehe..kulupsakah bukanlah penyabar sangat.
untungnya bila berambut panjang:- bila masuk kompleks atau pasaraya, penjual-penjual barangan atau servis seperti insurans, kad kredit atau apa-apa macam tu jarang dekat.
"Huh, mat haprak ni bukan ada duit." agaknya kata mereka gitu. Selamat!
Harap-harap peraturan larangan berambut panjang dalam kod etika perkhidmatan awam akan ditarik suatu hari nanti.
7 comments:
kod etika itu akan berubah bila ada perdana menteri wanita ..
Ha ha ha,,,
Aku tak sempat nak berasa simpan rambut panjang, habis saja sekolah Tkt 5 tahun 78, baru sahaja nak simpan rambut panjang, arwah bapa aku sendiri potong waktu aku tidur pagi-pagi, ia marah sungguh kalau rambut panjang, macam Siam perut hijau katanya...
Kemudian aku masuk NAVY, lagi la tak merasa rambut panjang selama 21 tahun..., sehingga sekarang pulak, bila dah pencen, simpan rambut panjang,, eeii hudoh sangat orang tua rambut panjang, bini pulak dok beleter...
Namun 3 orang anak jantan aku, aku tak kisah kalau mereka nak rambut panjang, aku beri peluang... sebab aku tak sempat nak merasa...
aku penah berambut panjang selama setahun.. panjang separas bahu.. selalunya orang akan melihat semacam kat kita..
..anak aku yang bongsu lelaki..aku simpan rambut panjang dia sampai ke punggung masuk tadika baru potong..sebabnya masa rambut dia baru sampai kat telinga dah ada adik beradik aku kata di belakang knapa aku tak masukkan anak aku dalam kandang..so aku protes cara cmtu..tak pulak depa berani nak kata apa lagi baik depan mau pun belakang..
korang memang gila
Memang gila.
Bro Kulupsakah.
Lu nak lawan Diqin punya rambut ke? Hehehe..
Really a good job done.
Post a Comment