Thursday, December 2, 2010

afa'al Dia..

"buat apa kau sebok-sebok dengan politik atau kekacauan dunia ni Lup? Ini semua afa'al Allah! Suka duka, baik jahat, hitam putih semuanya berpasang-pasang. mustahil dunia ni akan aman! kalau takde jahat macamana nak tahu 'baik? takde tinggi mana mau tahu rendah. ini semua perlu ada." Pak Sadik berkhutbah sambil meneguk kopi. Mat Korea kelihatan panas dan ingin berdebat tetapi masih bersabar aku tengok. mukanya kelihatan merah sambil menjeling-jeling aku mengharap aku akan bidas. Aku cuma korek hidung.

"Kau tengok orang sufi atau wali keramat, mereka tak heran pun permainan duniawi ini. mereka asyik mahsyuk dengan dunia mereka sendiri. mencintai diri sebenar diri adalah lebih indah. melayan kerenah duniawi akan melekakan hubungan diri dengan yang maha suci. berperang sampai hancur bumi pun mereka tak peduli. fana dalam dunia mereka sendiri."

mat korea membalut rokok. aku mencabut kemuncup di seluar.

"macam aku kata tadi ini semua afa'al Dia. Peristiwa hari ini telah diceritakan dalam Al Quran. Dia telah aturkan. jatuh bangun kerajaan dunia, naik turun pemimpin telah diceritakan, diatur dan ditentukan. kalau kau menentang melawan, kau engkar akan afa'alNya!" Pak Sadik belasah aku.

"Aku juga sebahagian dari aturannya. menentangnya aku kerana menjalankan perananku yang diaturkan selama hidup di bumi ini. mengondem aku juga adalah mengengkari ragam atau afa'al Dia!" kata aku.

mat korea tersengih. pak sadik terdiam.
akhirnya ketiga-tiga kami ketawa besar minum kopi.

kau faham?

6 comments:

Verdict said...

afa'al..
baik buruk ada pasang..

macam yin yang.. gitu?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

betul..betul ..komen yang berlawanan juga menetang ada paham tak

Marhaenonymous said...

semua mmg berpasangan..ADA Rasul ada Allah..
Ada Tuhan ada hamba..
ada siang ada malam..
ada nafi ada isbat..terpulang kita mengenal dan menafsir..namun menentang bukan bererti ingkar..itulah gunanya akal

Anonymous said...

(^_^)

sedekah hari jumaat..

Miss b said...

mula mula masuk blog cempaka, lepas tu masuk blog brutal solo. sekarang masuk blog kulapsakah.

kamu semua ada link ya

hihihih

Cempaka R.Minta said...

hii
cempaka no comment