Thursday, December 9, 2010

bahagian ke 2 misteri tok ayah

aku tidak lama berdampingan dengan tok ayah kerana pulang ke kolej di kuala lumpur. rupa-rupanya kehadiran tok ayah di surau tersebut menjadi isu setempat. jawatankuasa surau kurang senang.
"surau bukan hotel suka-suka nak melepak" kata mereka. mat korea punya pengaruh untuk menghentam mereka tapi tok ayah tak benarkan. tok ayah akan meninggalkan surau itu secepat mungkin.
sewaktu solat subuh, mat korea menceritakan kepadaku betapa air matanya meleleh dan teresak-esak menangis kerana tak pernah mendengar doa lepas solat sesyahdu itu. tok ayah berdoa "ya Allah! Kurniakanlah cinta kamu kepada kami dan kurniakanlah cinta kami kepadamu".

"aku rasa tertusuk sangat dengan doa tu.." kata mat korea.

lepas subuh, mat korea menyewa proton saga Robert dan menghantar tok ayah pulang ke kelantan.

"entah kebetulan atau apa, setengah jam kami meninggalkan kampung hujan lebat, air sungai dah bertahun-tahun tak pernah naik, telah melimpah membanjiri surau kita." kata mat korea.

wallahua'lam bissawab.

9 comments:

Anonymous said...

sekarang tahun 2010. mungkin tok ayah, atau orang macam tok ayah masih ada. 10 tahun lagi, 20 tahun lagi wallahua'alam

ngeri memikirkan masa depan

Hajjah Noraini @Nanie said...

Isshh..berkira sangat jawatan kuasa surau..belum lagi org menumpang rumah mereka.
Doa Tok Ayah yg amat mendekati diri dan mengenali cinta..

Anonymous said...

depa tak suka orang dok surau depa, jadi tuhan hantaq ayaq ja dok kat surau tu..mungkin depa suka bukan manusia dok situ..

Kuasai Minda said...

Semoga ALLAH terus merahmati tok ayah, dan kita semua....

zuraimi said...

surau kampung dan surau bandar byk bezanya...

pasal tu suasana surau dua2 tempat ni berbeza... disaebabkan tahap penggunaan akal manusia dikedua2 tmpt ni berbeza....

Marhaenonymous said...

mmg patut pun surau tu di banjiri air bah kerana jiwa manusia di situ kering kontang dilanda kemarau..hihihi

Unknown said...

Salam,

tolong lihat email anta berkaitan restaurant

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tertingal ..gua baca saja

Term Papers said...

It's good to see this information in your post, I was looking the same but there was not any proper resource, thanks now I have the link which I was looking for my research.

Custom Thesis