Friday, December 3, 2010

berpisang-pisangan di hari jumaat

aku bukan pengamal ritual jumaat yang baik. aku juga dah lama meninggalkan amalan ritual makan pisang sebelum khutbah sejak kecil lagi. satu perkara yang aku tak boleh tinggalkan sejak budak lagi ialah jarang ambil pot dengan khutbah. ruang kosong sewaktu khutbah selalu aku habiskan dengan berangan menjadi kaya. kalau-kalau ada orang bermurah sedekah 2-3 juta, atau terjumpa karung guni perompak tertinggal yang di dalamnya ada sejuta. itu lebih menarik dari mendengar khutbah pasal anak muda rosak akhlak, suruh taat kepada kerajaan dan mendoakan kesejahteraan orang jahat.
tadi fantasiku terganggu bila khatib melaporkan hanya 115 ribu saja rakyat selangor mengeluarkan zakat sedangkan mengikut perangkaan lembaga zakat selangor, ada lebih kurang sejuta lebih layak membayar zakat. dan khatib terus membebel tentang ada hak orang miskin dalam harta pencarian kita.
huh! aku nak mintak lembaga zakat keluar juga kenyataan siapa yang rembat duit zakat? sebab tulah ramai yang malas bayar sebab tak yakin. Dr.Asri pernah keluar kenyataan hantu mana yang sebat duit zakat? takkan lembaga tak tahu? hantu dengan lembaga kan hampir sama?
hantarlah laporan kepada majlis raja-raja selaku ketua agama. bagitahu siapa yang rembat biar majlis raja-raja hukum.
tapi kalau yang sebat tu depa kenal, sepusat sepusing gak dengan depa memang celakalah.
dah kaya pon belasah orang miskin punya. memang terjun dalam jahanamlah kau!
orang-orang besar n aku dengar, bukan setakat rembat duit zakat dan tak pernah keluarkan zakat, keluarkan zakar pun mereka pandai.

citt!!
bila orang melayu nak sedekah epal, asyik pisang je!

7 comments:

Anonymous said...

Zakat apa ?
Harta...ish bayar maa..

Gaji?..mana pulaknya...tuang minyak bulanan, tolak utang...itu ini belen pun tadak.
Formula dah betul ker? ato pakai shot-cut ikut LHDN.

Haul? Baru tau nak ikut mazhab Hanafi ..huhu

Aku suka khotbah yang disampaikan, tidak minat dengan khotbah yang dibaca! ada faham? ah semua tu afaal..hihu.

Cikli said...

bro,

elok khatib baca khutbah pasal kelebihan makan buahan tempatan, barulah depa sedekah epal.

sharouk said...

Pisang okey ape, Nadal pemain tenis dunia masa rehat pun makan pisang

bunbinban said...

bersabarlah...ini semua dugaan...ha ha ha...aku tersebut gak la bro...ha ha ha

Marhaenonymous said...

diorang takut nak dedahkan sebab terkena batang hidung sendiri..cover line beb!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam bro
pisang lebih berkhasiat dari epal..
jika kiata makan pisang seblum bwlajar atau ujian kita mampu mengekalkan tumpuan..
makan pisang hari hari mapu mengurangkan pengambialn pil.pil hospital..
hidup pisang hidup pisang

azmi yenggi said...

pisangkan buah melayu sementara epal buah mat salleh, jadi makanpisang lebih kemelayuan daripada epal. Pisang atau epal yang penting keikhlasan orang yang memberinya. Tugas kita sambungkan keberkatan sedekahnya dengan makan dan bersyukur atas rezeki NYa. amin