Friday, December 17, 2010

kabinet impian aku

perdana menteri - Ir Nizar Jamaluddin
bagi aku beliau 'total package'. usia yang sesuai, berprinsip dan tegas walaupun
berdepan kerenah istana, kukuh dari segi ekonomi sejak sebelum jadi yb lagi,
berpendidikan tinggi, menguasai banyak bahasa.

menteri kanan (Penasihat) - Tok Guru Nik Aziz
sederhana, tenang, tawadhuk dan bijak

timbalan pm - Lim Guan Eng
jangan nafikan fakta laporan audit negara, penang cemerlang di bawah pentadbiran
nya. hidup bersederhana seperti menteri besar kelantan.

menteri kewangan - khalid ibrahim
tak reti berpolitik tetapi cekap bekerja. orang lokek macam dia diperlukan

penasihat ekonomi - anwar ibrahim
berpengalaman sebagai menteri kewangan. tak payah jadi menteri sebab
dah tua. uruskan parti yang huru-hara tu.

menteri kdn, pelajaran, miti masih dalam pemikiran dan aku suka dengan khalid samad, dr.dzulkefli, teresa kok, fauziah salleh, mat sabu.
saifuddin nasution dan azmin ali hilang kan keyakinan aku kerana isu pemilhan pkr.

siapa layak menteri belia dan sukan?
nurul izzah, chegubard, amir shari, yusmadi? anak muda pas atau dap siapa ye?

aku memilih:

ketua pembangkang - khairy jamaluddin
hanya dia sedikit bijak/berani walaupun jahat di dalam umno. yang lain
disergah bikmama senak telo..


tapi yg paling penting, selagi ada pilihanraya selagi itu BN menang..
hehe!

10 comments:

Art Pokon said...

Setuju...kecuali Khairy....dia tu patut jadi menteri dalam PR....boleh pakai budak nie.....jangan mareh....ketua pembangkang bagi kat bik mama....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ketua pengarang utusan , bagi lu bro..

syabab_ipoh said...

style2(sempoi)..gua suka..

zman said...

Sekiranya pilihan raya itu dapat mengubah kerajaan memerintah, sudah lama ianya diharamkan di Malaysia (pinjam kata-kata Lim Kit Siang)

Marhaenonymous said...

walau sapa-sapa pun jadi pemerintah..aku tetap nak jadi pembangkang!!boleh ke??hehe..

Der Gunung said...

Der, aku dapat jadi setpol pun jadilah der. Camne, ade kosong

Anonymous said...

aku pilih
PM : DSAI
TPM 1 : Haji Hadi
TPM 2 : LimGuan ENG
KDN: Karpal Singh
M.Sukan : Nizar
Menteri Penerangan: Kulup sakah
dlm mimpi la lu :
*Bn akan terus berkuasa cumanya gagal 2/3 dan negeri yg bakal hak PR cuma bertambah sikit: Kelantan,PP, Perlis, Kedah, Perak, Terengganu. Lain2 macam biasa.
Kalau BN nak 2/3 apa cara sekalipun Anwar mesti kat dalam. Tokoh lain skala kecil ajer.

Kawu Bungul

Irwan said...

mana kedudukan raja-raja? hahaha...

bunbinban said...

aku setuju. Anwar tak yah jadi menteri. Bior dia jadi mcm Madey, melalak kat luar je. ha ha ha...Nizar mmg yg terbaik utk jadi PM. Yg lain2 tu aku malas nak fikir. Aku pu setuju pasal saifuddin dan azmin. KJ..... kita lantik jadi speaker...speaker kat kereta aku..ha ha ha. Dan aku...akan terus membangkang...!! Bik mama kita jadikan maskot sukan2 antara universiti.

Cikli said...

salam bro...

yang penting speaker...
amacam bagi kat geng bebas....zulclaim.