Thursday, December 23, 2010

kisahnya..

seorang kawan, sangat kuat beramal dan membaca buku-buku agama sewaktu aku menziarahi jenazah adik lelakinya yang berusia 13 tahun - meninggal kerana kemalangan bertanya:-

"Aku sedih mengenangkan arwah adik aku ni Lup," katanya.
"Dia meninggal dunia ketika 13 tahun dan tak sempat berkahwin." sambil menahan sebak dia menyambung," bukankah Nabi tak mengaku umat jika umatnya itu meninggal dunia tak kahwin?"


haha! agak korang apa jawapan aku?

8 comments:

Anonymous said...

tu padahnya baca kitab x berguru,setan gurunya...

zuraimi said...

tegur cara baik... nasihat dia... ialah manusia ni macam2 jenis... pasal tu kita dilantik jadi khalifah... utk menunjukkan jalan pada yg keliru...

jenis macam ni banyak sangat...akhir zaman...termasuk aku...wakkaka...

:)

alien said...

erk?
nabi tak ngaku umat..
hadoi~

moga beliau rajin2 bertanya

nad said...

hah??
tak pernah dgr pun..
buku mana la yg dia baca ni?

zman said...

Syabas utk dia Lub, sb ada kesedaran dan minat terhadap agama. Yg penting, org yg pandai harus membimbingnya..

Marhaenonymous said...

mungkin dia terkeliru sebab takda guru yg membimbing dan hanya berpandukan buku..itulah padahnya kalau pandai2 sendiri buat tafsiran..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
salah asuh dan salah buku dia baca bro... err selamat bertambah umur bro

Anonymous said...

opsyen satu- mungkin menyebabkan dia terpegun- jawap :pintu taubat masih terbuka.

opsyen dua- nak meyedapkan hati dia yang dalam kesedihan walau tau kontext dia dah terkucil- jawap: bidadari sedang menanti disana.

opsyen 3- dengan meloya buruk- jawap: ya dia meninggal diatas jalan yang lurus, jangan risau.

opsyen 4- dengan maksud membetulkan- jawap: bukan umat kalau enggan berkahwin sedangkan dah cukup syarat.

opsyen 5- dengan maksud anda merasa diperpoyokan jawap: kesiannnnn....pada setiap ayat dia kepada engkau selagi hayat ada.