Sunday, December 19, 2010

part 2: macam macam kulup


sarapan di gerai dalam masjid. di dalamnya ada datuk ujang bagong (lelaki tua yang duduk itu). orang kajang kalau tak kenal atuk ni memang patut pindah ke tembeling. seisi hulu langat kenal bekas adun ni. dia otai kajang. jangan korang gaduh dengan dia, orang kajang pasti marahkan kamu. dia bagai bapa di sini. dulu hanya drebar lori sampah. tuhan punya kuasa, dia boleh jadi yb suatu ketika. stylo - rantai emas besar, ada kalimah allah dan muhammad, cincin penuh. beberapa kali masuk wad tapi keluar dan sehat semula.
"amalan bersedekah saya yang memanjangkan umur saya." katanya.
ada orang sinis menyatakan dia suka menunjuk-nunjuk ketika bersedekah tapi mana kita tahu keikhlasan hatinya? tahun lepas, duit pencen setahunnya telah disedekah ke palestin.
sesiapa yang nak jadi yb atau dihormati rakyat harus belajar dari beliau. jangan nyombong dan nak tunggu orang lain menegur kita dulu, dia sebaliknya. ramai penjaja jalanan terhutang budi kerana beliau banyak membela nasib mereka. mungkin kerana asal-usul beliau sebagai orang bawahan membuat beliau mengerti rintihan orang bawahan.
yb cikgu lee - adun kajang hari ini menyifatkan datuk ujang adalah kesayangan kajang.
pagi itu kami makan percuma.



di dalam gerai itu ada seorang lelaki. dia kemudiannya menegur kami. katanya dia hendak ke dengkil mencari masjid-masjid dan surau.
"saya boleh beri ceramah, tazkirah dan macam-macam." katanya.
"tak tanya masjid kajang?" tanya aku.
"sini layanan kurang." cemiknya.

katanya dia muallaf dan baru habis belajar pondok. dengan ilmunya dia boleh mengajar.
"tapi berhentilah merokok!" kata sham sebaik saja lelaki itu cuba membakar rokoknya.
"perjuangan pertama menahan nafsu merokok!" kata aku.

dia terkerenyin tak jadi merokok.
* gambar di atas relevan dengan entry ini

9 comments:

sharouk said...

Syabas yang menegor tu. Kalau tak jadi ulamak lalok dia tu.

Marhaenonymous said...

zaman sekarang ramai sgt ulama segera..tu pasal jadi huru-hara dengan macam-macam fatwa tepi jalan..

ISA said...

ehmmm...ehmmm... tersedak pulak gua...

Marhaenonymous said...

gua pun tersedak jugak ni...err!!hilang mood nak merokok..hehe

budak sebelah taman said...

bro! wa confuse sikit,lu bukan perokok macam wa ke

Anonymous said...

yg aku tahu dia tak merokok

Anonymous said...

Supermarket Ocean ada lagik ker? Pirst time aku masuk dolu-dolu beli bsekut pingpong rega 90sen sekampit!

budak sebelah taman said...

ocean dah lama tutup,skg kat situ ada bank islam dan bank rakyat.
pasar macam tu jugak lagi.

Term Papers said...

Excellent post, it is interesting and quite amazing to read the text. Thank you for the post.