"dah 3 bulan, takde perkembangan pun.." kata Sham sambil menunjukkan carta perkembangan bayi minggu ke minggu dan bulan ke bulan. ya! sepatutnya kalau mengikut carta tersebut minggu ke 2 bayi sudah boleh memandang dan seterusnya bertukar senyum. Annisa masih tidur, tiada respon, menangis bila lapar susu dan kemudian sambung tidur.
kita ada naluri dan naluri mengakui ada sesuatu yang tidak kena tetapi hati aku cuba menafikannya.
"Ahh..nanti adalah..lambat sikit." jawabku sekadar nak sedap hati sendiri. naluri ibu sebenarnya lebih hebat.
paling pilu bila tidak dapat melihat bayi tersenyum. apa yang paling comel dalam dunia selain senyuman bayi? anak sendiri.
kami keluar senja itu mencari ketenangan. tergamak tuhan mentakdirkan anak aku begini. inikah yang kau balas sedangkan aku cinta pada kau.
"percayalah! selagi Annisa tak senyum, aku bersumpah tidak akan senyum juga selama hidupku.." protes aku pada tuhan. aku tak pasti suaraku yang bergetar didengar Sham yang sedang memangku Annisa di kerusi sebelah atau tidak. Aku memandu dalam keadaan ngilu. Awan kulihat berat dan gelap. mataku terasa kabur berbalam.
huh! sumpah protesku hanya bertahan tak sampai sejam. Waktu makan di sebuah gerai di batu 2 kuala lipis aku bukan saja tersenyum malah ketawa dan segala duka habis diterajang jauh-jauh. tuhan sayang kami, dia sendiri yang membuang dukalara itu kerana maha mendengarnya. kami seperti dibisiknya, "aku mahu kau begitu dan aku gembira kau begitu, bergembiralah!"
maka kami pun bergembira dan terus meraikan hidup ini - begini - seperti mahunya - adil untuk kami bukan?
Annisa yang montel sewaktu bayi..
p/s aku tau mesti ada yang akan komen: bersabarlah, ini semua dugaan dan ada hikmahnya. hahaha!
- cari modal lain boleh?
18 comments:
Bro... "bersabarlah, ini semua dugaan dan ada hikmahnya" Sapa la yg crop gambar tu? Macam kena gigit tikos...!
standardlah, gua crop 4-5 tahun dulu masa tahap i.t macam kunyit idup
Ubat untuk melegakan tekanan ketika menerima cubaan Tuhan ialah merenung keberuntungan yang kita terima sepanjang hidup, dan melihat pula kesusahan yang lebih perit diterima oleh orang lain.
Ketika ditimpa kesusahan, ayat inilah yang menjadi pedoman.
Surah Al-Imran
Ayat 139:
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang yang paling tinggi (kedudukan di sisi Allah), jika kamu benar-benar orang yang beriman
Enjoy ur life bro..dunia masih lapang!
insan kamil....
hii
cempaka setuju dengan uncel gedek
bro, kedai k5 tu lu punya ke? mcm menarik.aku berminat la nk cuba.xpnh lg dlm sejarah mak aku msk gulai guna claypot. aku org n9. nnti aku dtg bwk kwn2 nk try.hrp2 xmengecewakn.pastikn pedas! lg 1, tlg la buat sticky post, gmbr mknn n harga sekali..promo la skit bro.
hidup mesti terus bro...
salam bro
gua juga begitu jika keperitan melanda.dan kembali meneriam bila sedar yang kita ini hanya hambanya.. nice post
gempak arr post ni....komen gedek ialah komen yang paling bagus sebab dua dalam satu...baguslah..aku nak link blog gedek yang aku chopkan self-absorbed tu ke blog akuskizo...
sabar, k. sabar...
dan jangan terlalu banyak ketawa...hehe
blog gedek cool - kreatif!
faizal - entry ini adalah praktikal kepada ayat itu. ayat hanya ayat tanpa implimentasi. terima kasih untukk anda
hii
uncel terima kasih banyak banyak...ummph!!!!
(^_^)
senyum itu sedeqah..
tumpang lalu yer bang kulup..
IRWAN : AKu suka dengan perkataan 'self-absorbed' tu....!
Tuan kulup, entry saya di bawah ni diinspirasikan oleh entry tuan ini.
http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/12/interview-dengan-wali-hanya-ada-dia.html
Saya juga dok mengkaji kenapa kengkadang ujian yang menimpa sedangkan kita 'ehhem-ehhem' baik dengan Nya...
dan Faizal, jangan ajar orang benda yang diri sendiri tak buat...kalau anda tak pernah rasa susah, anda sedang ditimpa bahaya sebenarnya...
Artikel ini sangat menarik, terutama karena saya sedang mencari pemikiran tentang hal ini Kamis lalu subjek.
Pikir saya akan komentar dan mengatakan tema rapi, apakah Anda membuatnya sendiri? Benar-benar luar biasa!.
Really amusing and amazing post, the baby was cute, thank you for the post.
Post a Comment