selepas keluar dari surau seusai mengerjakan 'itu' azfar bertanya aku:
"Pak Ngah, tadi Pa salam dua orang lepas solat. sorang kanak-kanak sorang orang tua."
"hmm.."
"tapi kan Pak Ngah, orang tua tu macam tak layan je Pa nak salam dia macam dia tak pentingkan budak-budak je." komplen azfar.
aku nampak kejadian itu. aku juga terkedu. bukan kerana bahsa tinggi azfar. aku tahu dia berbahasa tinggi sejak tadika lagi. aku akui kebenaran kata-katanya.
aku lihat orang tua jarang meraikan anak muda. bagi mereka anak muda jahil, kurang ilmu, mentah dan kurang matang.
aku teringat hang nadim yang bijak dibunuh kerana raja takutkan kecerdikannya akan mengancam kedudukan suatu hari nanti.
aku teringat zaman kegemilangan ilmu dulu betapa anak-anak kecil juga diterima suara mereka. Imam Abu Hanifah masih kanak-kanak lagi ketika berdebat dengan Dahri tentang 'Tuhan' dan perdebatan itu menggegarkan dunia ilmu.
aku teringat Syeikh Abdul Qadir al Jilani diakui kehebatannya sejak kecil lagi. Imam Ghazali juga tahfiz ketika 7 tahun dan menjadi qadzi ketika 15 tahun. pehh! Qadzi samalah seperti menteri besar zaman ini.
aku teringat suatu waktu dulu seorang tua di kedai kopi kampung aku mengatakan kami anak muda haruslah belajar mencari ilmu jangan sesat barat tak tentu pasal. lepas itu aku dan mat korea 'membedal' pak cik tu tentang asal-usul kejadian insan - kalimah syahadah yang mana nak nafi yang mana nak isbath - syahadah pertama syahadah apa syahadah kedua apa namanya pulak? -sifat 20 yang mana 7 dari 20 itu dipanggil sifat ma'ani yang dikurniakan kepada insan. bismillahirrahmanirrahim ada 19 huruf ke mana pulak menghilangnya 1 huruf lagi...
akhirnya pak cik tu mengesat air matanya. uhualaala!
"pak ngah, Pa lapar..belanja makan dua hot dog ye?" Pa menyedarkan lamunan aku. aku membayar hot dog dua biji. kali ini aku pulak mengesat airmata... huawaawa!
6 comments:
Minda kanak-kanak lebih senang terbuka, lebih senang menerima, lebih senang diasuh, berbanding minda orang dewasa. Sebab itu, pandangan mereka lebih ada yang berada di tahap yang tak terjangka oleh kita.
Orang dewasa, seharusnya memainkan peranan untuk mencorakkan minda kanak-kanak. Kerana dikhuatiri mereka akan beranggapan pandangan itulah kebenarannya. Sikap acuh tak acuh orang dewasa terhadap kanak-kanak akan menimbulkan pandangan yang salah kepadanya hingga dewasa...
kim salam azfar yer uncle kulup..
salam bro...terbaik...
pic kt atas sape uncle? nisa ke nur?
dorg da chat?
tutur kata anak kecil yang tulus dan jujur..hmm!
kenapa tak di serah saja org tua tu kepada sang bedal..
Post a Comment