Sunday, February 28, 2010

senyum isnin


fairuz keluar pkr masuk umno demi prinsip AGAMA, bangsa dan negara? Cuba tengok kedatangan dia sebagai exco agama masa jadi TKM haritu.. nak bela agama jadah babi hapa?

(jadual dipetik dari blog rakyat marhaen)

aku tercirit-birit ketawa pagi tadi. kentut aku meletup sampai ke selayang.

cadangan untuk dia: sila tonton "i know what u did last year"

Saturday, February 27, 2010

memang hampeh lagi bangang! (kemaskini: video kalimah Allah)


Farid datang ke kafe aku pagi tadi. Dah lama tak jumpa dia. Aku bukanlah kenal sangat cuma sekali dua saja duduk semeja. Kali pertama bertemu dulu terjadi perdebatan antara kami tentang ISA. Dia mahu ISA dikekalkan dan kami berdebat sampai muka dia naik merah. Aku tak nampaklah dia penyokong parti rasuah tu tapi mungkin kerana dia banyak menelaah utusan bangang maka sedikit sebanyak benih2 bahalol tersemai di kepala hotak dia. Dia juga mempersoalkan keberanian Anwar dan macam-macam lagi. Walaupun kami masing2 merah muka waktu itu tetapi kami setuju untuk terus berkawan dan berpolemik lagi. Beberapa pertemuan selepas itu hanya sekadar bertanya khabar dan sedikit saja perbincangan. Mungkin tak mahu menyentuh sensitiviti demi persahabatan. Setahun juga tak bertemu.

Setelah memesan minuman dan lempeng kelapa (hah! kalau datang sarapan kedai aku, sila cuba lempeng kelapa atau lempeng pisang kalau pun tak cekodok, kemudian cicah sambal...pehh! ) dia bertanyakan perkembangan terkini politik tanahair. Nak kena belasah mamat ni. Tapi nadanya berubah.....

"Terus terang cakaplah Lup, kes Sepol liwat ni memang betul2 bahalol dan bengong. Aku tak percaya langsung. Betul2 bodohkan rakyat. Toksah cakaplah pasal Sepol tu gagah takkan tak boleh bedal Anwar, banyak sangat benda mengarut. Dua hari tak beraklah..Hisyy!!"

"Kenapa kau kata lawak?"

"Yelah! Spenda jumpa kat rumah tunang, gel pulak dia yang simpan. Bila aku telaah semula kes lama 98 dulu, aku sedar ia skrip yang diulang tetapi dengan lebih rapi. Camana pun ia kantoi!" Dulu aku percaya malah sekarang pun ada yang percaya terutama bila puak2 bodoh tu guna modal budak MCKK memang ada ramai gay..kah kah! Kau tau Lup?"

"Apa?"

"Kawan2 aku bebudak Umno pun ramai tak caya. Silap2 kalau Anwar masuk dalam, perpecahan besar akan berlaku lebih hebat lagi."

"okeylah, tapi mengapa kau tak percaya kes ni?" tanya aku mengharap suatu jawapan.

"hahaha! Kau takkan tak tau, kan Anwar ni pakar retorik, sastera berbunga-bunga dengan bahasa indahnya, nyanyi pun sedap...tapi dengan Sepol dia hanya straight forward je can i fuck u? Longgar betul skrip ni."

Hahaha! Hari tu aku belanja dia makan lempeng free.

sementara tu tonton video yang Sham ambil beberapa bulan dulu dari balkoni rumah kami. Bila ditengok kembali, ternampak awan hitam berbentuk kalimah Allah. Perasan tak?

video

Friday, February 26, 2010

habeh tu?

dia : cuti maulidur rasul pun kau bukak kedai?

aku : kenapa?

dia : hormatlah sikit, hari ni kan junjungan besar Nabi MUhammad SAW punya maulud?
banyakkan selawat dan mengenang baginda

aku : meniaga ni pun profesion baginda. kalau jujur, berkatnya 9/10. perjuangan bagi anak bini
makan lebih afdal.


dia tersengih kerang. orang macam ni pun ada?

Thursday, February 25, 2010

sperma bodoh

pagi tadi sewaktu memandu, terdengar di berita di radio "SPeRMa dah siapkan kertas dakwaan kes rasuah Tok Guru Nik Aziz. Hanya tunggu dakwa saja

Syabas SPeRMa kerana pantas. Kalau betul, kita tunggu dan berlapang dada.

Tapi,
laporan yang dibuat terhadap mangkuk tu punya mahligai, pastu dia pi makan angin anak beranak termasuk bibik ke taman tema terunggul dunia pakai duit state, beli apartment di Mekah guna duit state tapi bubuh nama dia apa cerita?

Apasal diam je? bangkung!! Hampughaih betui!!
Orang2 bahalol macam pengomen tak bernama bolehlah kau kelentong-keluntangkan. Depa bolehlah percaya yang korang telus, pemimpin depa bersih sesuci embun pagi di kutub utara.

bacul!

Tuesday, February 23, 2010

senyum suam hari ini


sila ke merdekareview (klik kat link)

Monday, February 22, 2010

1Malaysia usaha murni PM.

Minyak dijangka naik bulan hadapan?
Benar atau tidak? Sebelum ini dikatakan pekeliling telah keluar elaun sara hidup COLA ditarik balik tetapi dinafikan.
Sebelum minyak naik, mari kita tinjau pendapat mereka.

Minyak tak baik untuk kesihatan. Ia wajar naik!
- Dr Ampumani A/L Bodeksana (pakar diet tak cukup duit)

Kenaikan ini lebih rendah dari Papua New Guinea
- Prof Kangkung (Naib Canselor Universiti Corot)

Demi ketuanan Melayu, keputusan ini sangat tepat dan kena masanya
- Nana Ameerican Maideen Mericana (Ketua 3 garisan)

Kenaikan minyak ini berpunca dari kegagalan Guan Eng mentadbir Penang!
- Zoul No then (MP Rakyat Berpakat nak lompat)

Kos minyak mentah untuk membuat gel yang dipakai Anwar meningkat. Tu yang kena naik harga tu!
- Sefool berkari (budak Uniten kena tendang)

Langkah ini dipuji negara luar yang mahu belajar dengan Malaysia cara bagaimana menangani masalah kapal selam
- Rais Piatu (Menteri Entot2 lari luar negeri)

katak seperti saya akan melompat ke tempat lain pula untuk membantah!
- Mat berudu bebas di Pasir

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan! 1Malaysia kaut untung..Kah kah kah!
- Encik Piem

Sunday, February 21, 2010

senyum senja ahad


takde apa-apa...
tengok banyak lagi kartun2 aku di merdeka review dengan mengklik link di sebelah

Friday, February 19, 2010

Jumaat kedua dia dan si luncai dengan kulim-kulimnya..

Minggu ini dia sudah bersiap untuk bersolat Jumaat kali kedua dalam hidup dia (baca sini dulu untuk faham).

"Hari ni abang jangan risau, saya tak kacau abang sembahyang lagi. Saya dah tahu baca dah!" kata dia.

"Kalau masa bongkok tu kita baca Subhana rabbiyal a'la wabihamdihi kan?" kata dia dengan aksi ruku'nya.

"Itu baca masa sujud. Masa ruku' Subhana rabbiyal adzimi wabihamdihi." kata aku. "Al Fatihah dah tahu?' tanya aku.

"Belum." Dia menggaru kepalanya.

"Takpe, minggu depan mesti dah tahu. kalau tak aku minta Ustaz Aizuddin ajar." jawab aku.

"Baca Subhana rabbiyal adzim tu tiga kali kan bang?" tanya dia. "Kenapa mesti tiga kali? Sekali tak bolehkah?". Ah sudah! Mamat ni tanya soalan apa ni? (Anonymous mesti tahu macamna nak jawab ni)

"Kau pernah tengok kopi 3 in 1? Boleh kau minum kopi tanpa gula? Atau telan serbuk kopi je tanpa air? Atau minum air dengan creamer je tanpa kopi walhal kau nak minum kopi?" jawab aku. Sebenarnya soalan, bukan jawapan.

"Isy! Tak bolehlah bang. Makan nasi saja tanpa lauk pun tak boleh! Hahaha!" Dia ketawa. Jujur.

"Begitulah, mesti sandar menyandar. Walaupun nampak 3 kali tapi ia sebenarnya satu. Macam wudhuk, basuh sekali pun boleh, tapi 3 kali lebih piau! Diri kita ini pun ada 3. Diri terperi, diri terdiri dan diri sebenar diri. Tapi ia sebenarnya satu!" kata aku.

"Amende pulak tu bang?" tanya dia.

"Hahaha! Tu nanti dulu." kata aku.

Dan hari ini dia sembahyang selang dua saf di hadapan aku.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Luncai Kulim

Aku rasa PKR tak perlu ambil tindakan pada mamat tok wakil "kulim-bandor tak buruk" tu. Anggap dia punya pendapat sebagai satu suara lawan arus di dalam rumah sendiri. Raikan perbezaan pendapat. Tapi kalau dia terus provoke dan tibai, biarkan dia. Jangan halau dia. Kalau dia nak belah dia akan belah. Tak pun akan jadi hantu raya- roh bergentayangan.

takde sapa nak terima..
hahaha!

Wednesday, February 17, 2010

turunnya imam mahdut

akan datang pada suatu zaman di kala usia kapal yang memperjuangkan rasuah sesak dan nazak, sokongan semakin kurang, pemimpinnya makin kuat berak, pengikut makin kuat melahap najis dan tanda-tanda kehancuran makin tiba..
maka turunlah imam mahdut yang akan berjuang bagi memastikan kapal itu terus hidup, segar merasuah dan pantas membodohkan pengikutnya.

Imam mahdut yang berkebolehan hidup di dua alam- pandai bertikam lidah sebab lidah bercabang akan terus menyanyikan lagu- lagu bohong dengan harapan dia mendapat sedikit keuntungan dengan kebadutan dia.

Adapun ciri2 imam mahdut:-

1) keturunan yang mengaku tuan tanah kedawung dan beragama Selam
2) hafal ayat2 kitab tajul muluk
3) dulu dia pendekar menentang makan najis, kemudian mula menjilat2
4) sekali bersuara dua ketul duit bersinar di kelopak mata

kegemaran:

1) Makan angkat
2) dipuji

tetapi sejarah zaman berzaman menyaksikan, imam mahdut ni takkan diterima di dalam kalpal tersebut sebaliknya akan ditempatkan di bahagian tukang bakar arang batu gurkha..
kah kah kah!
selamat melompat!
selamat rasuah..

Friday, February 12, 2010

Jumaat di rumah suci

"Bimbinglah saya jadi orang baik bang." kata dia.

Aku terkejut. Kenapa aku?
Hazif, 25 tahun. Budak Sarawak baru beberapa bulan datang KL. Sering duduk berbual dengan aku. Dia tanpa segan silu walaupun baru sehari dua berkenalan mengaku yang dia langsung tidak tahu sembahyang apatah lagi mengerjakan rukun Islam yang lain.

"Al Fatihah pun tak tahu? Yang Alhamdulillahirabbil alamin tu..' tanya aku.
Dia menggelengkan kepala. Katanya dia berasal dari keluarga yang porak peranda. Dia nakal dan pernah masuk sekolah pemulihan akhlak. Ditahan polis dan macam-macam. Ditunjuknya tatu cobra di badannya.

"Malu kalau dah kahwin nanti anak-anak tanya macamana baca Quran, saya tak tahu."
Dan dia terus menceritakan sejarah jahat dan samsengnya. Aku tak pernah pelik mendengar labun-labun orang begini yang biasanya lebih sudu dari kuah. Tapi aku layan je.

Jumaat tadi dia ikut aku ke masjid.
"Kau ikut je apa yang orang buat." jawab aku apabila dia tanya apa nak baca. Lucunya sebelum itu dia boleh tanya isteriku macamna nak mandi hadas untuk yang dulu-dulu.

Aku mengerjakan Jumaat dengan tidak khusyuk kerana memberi peluang dia mengikut gerak-geri perlakuan solat agar dia tak tersalah. Aku mahu pastikan dia tak malu dikesan orang nanti. Aku angkat takbir dia ikut, aku ruku' dia ruku', aku sujud dia tiru.

Sewaktu dia mengangkat jari telunjuk ketika tahiyyat akhir meniru perbuatan aku, serta merta hati aku tersentuh. Telunjuknya yang lurus digalas ibu jari membuat aku tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang sedang belajar?
Aku atau dia?
Adakah Tuhan menghantar dia untuk mengajar aku sesuatu atau apa?

..aku masih tak faham mengapa jari telunjuk tegak dia menunjuk ke kiblat itu begitu menyentuh.
Apakah hubungan jari telunjuk dengan ibu jari yang menggalasnya?
Apa yang ditunjuk ketika syahadah dilafazkan?
Di mana sebenarnya kiblat yang ditunjukkan itu bermastautin?

Wednesday, February 10, 2010

hebatnya jubur shyfool

untuk mempertahankan ketuanan jubur shyfool, Jamil kerr telah menolak Qazaf dan perundangan Syariah dalam kes liwat Anwar. Ini kerana baginya, undang-undang yang disarankan Allah di dalam Al Quran tidak menjamin keadilan untuk Shyfool dan memihak kepada Anwar.
Bererti, Allah yang mencipta segala makhluk di muka bumi ini bodoh dan lemah dalam mencipta undang2 untuk makhluk ciptaannya walaupun seorang.

noktah!

* penyokong " Allah untuk orang Islam saja" pun nampaknya tak yakin dengan undang2 Allah. Cuma nak pakai nama Allah saja.

Tuesday, February 9, 2010

Monday, February 8, 2010

U.k5 kafe

U.k5 kafe kami selamat dilancarkan..terima kasih kawan2, jemputan dan jemaah surau yang sudi datang

mee goreng best..

bebudak bakal arkitek
penangan facebook, kawan aku yang dah 20 tahun tak jumpa berkunjung.
Atin dan Azfar- anak buah aku
Febri Ian si pengantin baru menyumbangkan lagu
Pyanhabib membebel
Nik meracau
aduhh...kalau bapak Zunar sama bung Oly dok semeja dengan aku, adalah benda nakal nak keluar..hahaha!
Ummu Asiah dan Abang Bad tak angkat muka lagi membaham masak lomak lado api
macam program Jalan-Jalan Cari makan
Jemput datang pekena masak lomak lado api ikan keli salai, daging salai, ayam biasa dan ayam kampung.

Saturday, February 6, 2010

Ken ai faq yu?

I see a little silhouetto of a man
Scaramouch, Scaramouch, will you do the Fandango
Thunderbolt and lightning, very, very frightening me
(Galileo) Galileo (Galileo) Galileo, Galileo Figaro
Magnifico-o-o-o-o
I'm just a poor boy nobody loves me
He's just a poor boy from a poor family
Spare him his life from this monstrosity

nada dering henfon aku berbunyi (haha! Aku suka lagu Bohemian Rhapsody - Queen)

Aku : Hello..
suara : Hello! Encik Kulup ke tu?
Aku : Ya ada apa?
suara : Begini.. sebelum kita mulakan, saya nak tanya encik suka ke negara mana dalam
dunia ni?
Aku : Saya bercita-cita nak duduk Syria tapi saya suka ke Turki kerana di sana ramai
yang kenal saya. Err...siapa ni?
suara : Okey kami boleh laksanakan tu dan kami boleh bagi encik "senang" sikit jika encik
sanggup bekerjasama.
Aku : Kerjasama? Apa benda? Kamu siapa?
suara : Well, let me jump to the point, begini...kami minta tolong jika encik boleh atau
sanggup buat pengakuan diliwat pemimpin terkenal tanahair dan segala impian
encik akan ditunaikan!
Aku : err...........menarik tu, tapi....saya tak minat diliwat, ia menjatuhkan maruah saya.
Apa kata kalau saya mengaku dirogol oleh pemimpin terkenal?
suara : Dirogol? Hahaha! Are you kidding? Welll...cuba explain sikit, mana tahu it's a good
idea?
Aku : Saya mengaku dirogol oleh pemimpin terkenal tanahair..er...BN ke PR?
Suara : PR lah! Takkan diliwat BN, diorang mana ada duit nak bayar encik!
aku : Syaratnya pemimpin PR wanita!
suara : Haahhh! Macamana pulak? Ok teruskan..tapi wanita bujang dan muda ke? Ramai!
aku : Yang dah kahwinlah! Emm...saya tak kisah pasal kaum dan warna kulit. YB wanita
India okey jugak!
suara : Mana mau cari? Siapa haa?
aku : Cubalah cari.. yang pandai sebut "I want to fuck you!"
suara : Ciss! Tapi sekali lagi saya ulang.. kalau mahu impian anda tercapai...fikirkan!

Easy come, easy go, will you let me go?
Bismillah! No, we will not let you go
Let him go
Bismillah! We will not let you go
Let him go
Bismillah! We will not let you go
Let me go (Will not let you go)
Let me go (Will not let you go) (Never, never, never, never)
Let me go, o, o, o, o
No, no, no, no, no, no, no

aku sedang berfikir...Turki kegemaranku sebab ramai mengenaliku di sana...

Friday, February 5, 2010

Salut Untuk Saiful Bukhari

Salut sepol sebab:-

1- mempunyai ropol-ropol jubur yang kemut baik sehingga boleh menyimpan air mani selama dua hari
2- mampu tidak berak dua hari
3- Boleh bekerja dengan baik selepas diliwat.

Azizan Abu Bakar kena tubuhkan kelab "MEDiA" - Mangsa Diliwat Anwar dan Sepol partnernya.

Thursday, February 4, 2010

Tun tenat?


sumber bagitahu, Tun Mamak bekas Piem gering. Aku masih tak tahu sama ada nak nangis, ketawa atau terkentut.

prottttttttt!!

Wednesday, February 3, 2010

kita mesti terus hidup!

Jun tahun lalu aku ambil cuti enam bulan separuh gaji dan lari dari kerjaya aku yang kupikul selama lebih 15 tahun. Saja tukar angin. Aku terima pelawaan Zunar dan Jonos melibatkan diri bikin majalah kartun Gedung Kartun dan episodnya. Menjadi editor dan kartunis. Dalam pada itu, setahun sebelumnya Sham buka kedai jual barangan Muslim seperti jubah lelaki dan perempuan, CD agama dan buku-buku.
Apabila cuti tamat Disember lalu, aku masuk ke tempat bertugas Januari lalu dengan memohon tambah cuti setahun lagi, tanpa gaji. Dan berjaya. Tapi aku kena survive. Gaji bulanan dah takde. lama betul aku duduk dalam zon selesa. Macam2 kerja aku kena buat termasuklah memenuhi undangan jadi pengacara program. Ada sekali aku berceramah kat Hutan Melintang, kah kah!..Aku kena fikirkan pasal bayaran juga. Bukan nak banyak, asalkan berbaloi dan tak rugi. Kata Cheng Ho kawan aku, apa2 urusan biarlah dibayar.

"Put a food on the table first!" kata dia.

Disember haritu kedai aku berpindah di blok lain di Taman yang sama. Tingkat atasnya pejabat Pas dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli pakar atom. Kadang2 datang jugalah tokoh2 hebat seperti Ustaz Nasruddin Tantawi yang membeli buku Perak Darul Kartun. Aku bercadang nak jemput dia menjadi panelis forum nanti. Siaplah dia aku nak belasah. Dia kata "Boleh"


Kedai baju aku mengorak langkah lagi. Sham yang berani cari modal telah membeli mesin jahit dan anak sedara kami, Ain yang berpengalaman sebagai tukang jahit dipanggil bekerja. Ajar juga dia mengusahakan kedai dan bukan sekadar makan gaji dengan orang lain. Wah!. Gambar bawah ialah isteri MB Selangor sedang diukur badannya. Selain dari isteri MB, juga isteri ahli parlimen datang berkunjung. Ada juga kawan2 menempah baju.
ni gambar sebelum disusun dengan lebih menarik. Haha! Berselerak tanda banyak kerja.
Sesuatu harus dilakukan untuk lebih maju. Dulu kami pernah ada Restoran di Kuala Lipis tapi apabila Annisa jatuh sakit, kedai terpaksa ditutup. Sham memanaskan kembali enjin kapal perangnya, memakai semula lencana dan baju memasaknya untuk bergiat semula dalam bidang pemakanan.
Dengan sisa2 cat yang masih berbaki walaupun dah setahun lebih, kedai dicat hias
tekun..
aku yang pemalas, sekadar touch up lebih kurang je..
pengantin baru, Febri Ian budak Dumai dah macam adik aku. Dia datang dengan isterinya Wahedda
Budak2 praktikal bakal arkitek pekena daging salai masak lomak lado api dalam claypot panas menggelegak
petang tadi banner dah gantung..
Ruang kedai dibahagi tiga seksyen. Kafe, kedai jahit dan ofis aku. Jumaat 5 Feb 8malam ada jamuan. Alamat di G-18-GB, jln prima saujana 2/D, Tmn Prima Saujana, Kajang. Datanglah! Untung2 blogger, seniman yang korang suka ada hadir. SB pun aku jemput.
U.k5?
Universiti kaki lima...kita akan buat macam2 program nanti..
Brader! Kita mesti terus hidup..

Monday, February 1, 2010

soalan anda tak relevan!

Apak menelefon aku dari kampung beberapa hari lalu. Katanya ada surat temuduga permohonan tanah untuk aku.

"Kau ada minta tanah ke Lup?" tanya apak.

Oh! Aku teringat dua tahun lalu sebelum PRU, Mat kawan sekampung yang paling akrab dalam hidup aku menelefon meminta butir2 peribadiku. Katanya ada program tanaman berkelompok dan setiap seorang akan diberi tanah 2 ekar. Aku hampir terlupa sebab dah dua tahun.

Pagi tadi aku pergi temuduga. Kampung aku bukanlah besar. Ramai juga muka2 calon yang aku kenal dan aku masih ingat. Ada awek yang dulu kami ngorat tapi kini sudah dimamah usia. Betapa pantas masa berlalu. Ada awek Benggali yang kini dah berbinti Abdullah.Yang lelaki ada yang dah rongak, beruban, boroi dan botak tengah. Mereka sudah tidak cam aku lagi.

Dalam bilik temuduga ada tiga panelis. Ketuanya Cina, seorang India dalam lingkungan 50-an dan seorang pemuda Melayu yang ku kira lebih muda daripada aku. Soalan-soalan dilancarkan berkisar latar belakang aku dan kaitan aku dengan daerah aku ini. Biasa saja.

Cuma soalan terakhir dari lelaki Melayu itu berbunyi: "Awak mengundi di mana?"
Aku jawab tempat mengundi aku yang dah tentu bukan di situ.
"Takpelah! Nanti tukar ke sini!" kata lelaki Cina itu.
Aku tanya apa kaitan minta tanah dengan pusat mengundi?
Lelaki Melayu menjawab," Oh! Oleh kerana awak bertanya biarlah saya jawab secara profesional. Ini projek tanaman berkelompok oleh kerajaan yang ada sekarang, maka itu ia pasti mencari calon2 yang menyokongnya.'

"Macamana kalau kerajaan yang ada sekarang bertukar nanti?" tanya aku.

"Nanti lain cerita. Macam di Selangor Pakatan Rakyat, pastilah mereka cari calon2 yang menyokong mereka." kata Melayu tu. Si India hanya tunduk memandang borang tak angkat muka sementara si Cina sesekali memandang aku dengan matanya sedang mukanya tidak diangkat dari merenung borang pemarkahannya.

"Bukankah lebih baik kita beri pada rakyat tanpa mengira fahaman politik? Harus kita bezakan antara parti, kerajaan dan negeri." kataku.

"Ya! Betul. Tapi untuk pengetahuan awak, segala borang permohonan ini akan akhirnya dipilih oleh Exco yang bla...bla...bla.." Dia membebel tentang prosedur.

Banyak yang hendak aku perkatakan. Tentang betapa negara takkan maju selagi kita memilih berdasarkan sentimen politik walhal yang benar2 berkemahiran dan berkelayakan dipinggirkan. Lihatlah kerugian MARA dan pinjaman TEKUN yang lingkup sebab bagi pada kroni. Mereka perabihkan duit tapi projek takde. Yang mahu niaga tiada peluang lalu meminjam along. Akhirnya kaos! Tapi aku malas sebab mereka hanya menurut perintah. Makan gaji!

Aku memotong. "Saya faham. Saya hanya memohon. Terserahlah. Tapi soalan tentang saya mengundi di mana itu langsung tidak relevan!" kata aku sambil ketawa kecil. Aku mengucapkan terima kasih sambil bersalam dengan mereka sebelum keluar.

Sumpah aku akan buat kenduri pulut kuning kalau aku terpilih..