Friday, January 21, 2011

dotdotdot

mamat di atas ni cuba nak jadi macam-macam tapi tak jadi-jadi..haha! (gambar hiasan)


penat sejak keluar wad ni buat aku buntu nak tulis entry baru. sampai sham pun dok tanya mana entry..
kadang2 aku mengaku aku menulis ni untuk penuhi ketagihan korang yang menggemari blog ni. Arham 'Aru" pernah warning aku agar update segera blog sebelum dia mati ketagih. juga Zach Dechalora, Mr.Belo (happppaaa punya nama daa korang nii).
kalau tak tulis, aku risau brutalsolo, irwan, pena marhaen dan beberapa nama lain lagi akan mengamuk..haha! kalau tak tahan sangat pi kat fesbuklah brader..
(lihatlah betapa riaknya aku)

lalu aku menghindari berita-berita berat dan memenatkan untuk berehat. kerja pun dah seminggu tinggal. merdekareview dan suara keadilan akan mintak kartun..aduuhh!

banyak benda aku nak buat tahun ni rasanya.
di wad aku dah siap rangka skrip teater. satira yang payau. dah lama tak menulis skrip. last dulu skrip "musang" tapi tak dipentaskan. skrip aku dulu bertajuk "ehh.." pernah memenangi anugerah khas juri di festival teater pahang 2003. aha, aku pernah menang pelakon lelaki terbaik pekan teater pahang 2001 kau tau, jadi sila bodek aku sampai hidung aku kembang.
aku plan nak pentaskan skrip baru yang belum bertajukk ni. mungkin tajuknya "err..err" atau...entahlah.

itu hari fared ayam kata kalau ada kawan dia bikin filim dan perlukan watak mafia akan panggil aku..ceh! watak jual mapiau pun takde...

aku juga rasa nak letak semua karya aku bawah satu bumbung laman web. kartun, komik, lukisan,blog ni, wak jono, aku oku tulisan sham dan lain2.

aku juga nak buat banyak lukisan dan catan (painting).

aku nak hasilkan single rasanya. siap video klip sekali. agak2 ok tak?

harap buku antologi catatan aku - "universiti kaki lima"dapat dicetak tahun ni.

kalau semua ni berjaya aku lakukan, alangkah bestnya!

7 comments:

Cikli said...

salam,

kalau jadi plan tu, lagilah riak lu brader...hahaha

Marhaenonymous said...

aku memang dah kecanduan blog kulupsakah ni..kalau takda entry terbaru aku boleh menggigil..hehe

Peguam Bisaya said...

uncle..mohon izin..wa de wat entry sal nisa/nur. ").

blog ni samok... said...

gua rase kegigilan otak gua setiap pg ke atas blog ni dpt dikurangkan jika buku brader kulupsakah dpt disetelkan taun ni..yeehaa..

blog ni samok said...

dan gua pon merindukan wak jono,kartolo & si adi gusti..lame tol xupdate..kna hadamkan semula dr awal nmpknye..huhahuha

Irwan said...

salam Tuan Kulup,

Saya tak pasti ini membantu ke idak, tapi saya harap tuan tidak memandang kuantiti atau kualiti komen saya...

http://aderberani.blogspot.com/2011/01/komen-kepada-dotdotdot.html

Semoga semuanya menjadi menjadi kenyataan...

± said...

brader kulup,
kalau blom ada mana2 publisher yg brader berminat, saya ingin mencadangkan brader hantar Universiti Kakilima ke PTS publishing. saya nampak PTS banyak memberikan peluang kepada mereka yg berhempas pulas nak releasekan karya yg baik dari grafik novel hinggalah karya keagamaan antaranya Alif (yg aktif dgn komik zine), Imran Haaz dan Prof Kamil