Wednesday, January 26, 2011

part 2: jangan pandang kiri - siri tegak bulu kening

..sesekali 'perempuan' itu melempar batu-batu kecil ke arah kami sambil ketawa. kalau siang tadi aku bertekad akan mengambil kesempatan melihat bagaimana rupa hantu, malam ini aku gagal. aku cuma mendengar dan aku fikir lebih baik aku tak melihatnya.
rumah long peah jika bulan terang memang nampak seram. seisi kampung maklum akan hal itu. pokok kundang di belakang rumah yang tinggi jika malam bulan terang akan kelihatan seperti bentuk kepala monyet yang mengangakan mulut hendak menelan rumah tersebut.
kami menuju ke beranda.
sruuppp!!...
aku hanya terdengar bunyi sesuatu yang merangkak berlari di sebalik pokok puding.
"bajang tadi tu..botak macam toyol." mat korea berbisik sambil menguit telunjuknya ke lenganku. aku tak berapa mahir jenis-jenis hantu malah perkataan bajang pun dah lama aku tak dengar. mujur aku tak nampak.
perempuan tadi entah ke mana menghilang.
tengkuk aku rasa sejuk seperti ditiup seseorang. aku rasa yang lain pun seperti aku juga. kami masuk ke dalam rumah. lampu suluh kutan makin malap dan tiba-tiba terpadam. kutan mengetuk-ngetuk.
"celaka! bateri baru ni.."
dengan bantuan pemetik api, lias menyalakan lilin.
......

"ok, kita mula.." kata yut. aku hairan kenapa kaki ekor harus buat kerja2 ini padahal bukan kena pun.
"minggu lepas nyaris kena, miss satu mata je" kata lias siang tadi.
......

pelita bersumbu kapas darah orang mati kemalangan dinyalakan. aku tak mahu tulis mentera yang diratibkan tapi aku dan mat korea tak beratib dan tak pula baca ayat quran untuk kacau kerja sial ni seperti yang pernah kami lakukan. kami nak tengok sejauh mana akan terjadi. setakat ini aku rasa aku dah hampir demam dan sedikit kesal menyertai.

.......

angin kuat tiba-tiba menerpa daun tingkap. kami terkejut. lias meletak jari telunjuk ke bibir. ya! aku dapat dengar jelas suara lelaki mengerang kesakitan datang dari arah dapur yang gelap..semakin jelas dan semakin hampir..

(waktu menaip ni aku terasa sesuatu, stop dulu)

11 comments:

author faethal said...

Aku dah nampak dah kau baru update entri ni 33minit yang lalu. Ahh.. aku baca siang esok je la.
Tapi naluri aku meronta-ronta untuk baca entri lu malam ni juga (atau lebih tepat jam 1.35pagi).
Dan macam yang dah aku jangka...
Hawau lu kulup!
Macam mana aku nak buang air besar kejap lagi ni. Perut dah terasa lain macam. Takkan aku nak kejutkan bini yang sedang enak tidur.
Aarghh...hawau lu Kulup!!

memek said...

ayo..cemana nak kencing ni...seram

zX said...

alamak ... asyik sambung je ni .. bila nak inzal?

kah kah kah ... hawau ko Lup!

Anonymous said...

Perghh!..En.Kulop..ceghita ko ni saspen giler mirip siri bercakap dgn jin -Tamar Jalis keh keh keh

Irwan said...

ahhhh..legaaa sikit...kasi saya save page entry ni dulu (nak layan kat umah)

alien said...

oh, tu suara pak tua sedang membuang tu..
jangan dikacau lah
ngeh2

Marhaenonymous said...

potong stim betul..bila saspen je bersambung!!

Unknown said...

akan ku tunggu sambongannya bro kulup.kalo buleh update awal pagi la baru true punya tegak bulu roma.aiceh!!

Anonymous said...

macam drama tv je baru nak syok potong stim

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

chais..bro kulup, ni sampai part brp br habis daa?

kasyaf said...

huh...sambung lagik...mati selera tol