Thursday, January 6, 2011

kulupsakah the illusionist


aku mendekati sekumpulan pelajar tingkatan 5 yang sedang berbual. dua lelaki dan dua perempuan. aku sertai mereka.
"beri saya nombor tiga digit. 345 ke, 209 ke, apa saja."
mereka tertanya-tanya kenapa dan apa tujuan aku.
"131" budak lelaki kurus memberi nombor. aku mencatatkannya di atas kertas. kemudian di penjuru kanan kertas aku catat 2129.
"lagi?" pintaku lagi.
budak perempuan yang montel dalam keadaan takut-takut berani berkata "653".
aku mencatat 653 di bawah 131 tadi kemudian di bawah 653 aku tambah 346.
"lagi?" aku meminta lagi dan spontan saja seorang budak perempuan lagi memberi angka 865. aku mencatatnya di bawah 346 dan kemudian di bawah 865 aku catat 134. semuanya berlaku pantas.
"cuba campurkan 131+653+346+865+134". budak perempuan yang ada kalkulator mengira. tup tap tup...

"Allahh!!!" keempat-empat mereka terkejut kerana jawapannya sama seperti yang aku catat di penjuru kanan awal tadi. 2129!

"macamana cikgu boleh tau jawapan sebelum kami bagi nombor yang kami sendiri pilih?" tanya mereka.
"saya boleh baca fikiran kamu dan saya kawal mengikut kemahuan saya." kataku. mereka ketawa mengejek tak percaya lalu mereka mengajak mencuba nombor lain pula.
"987" kata budak lelaki itu dan aku mencatat di tepi 2985. setelah dicampur dengan nombor yang mereka beri sekali lagi mereka terkejut kerana jawapannya sama 2985.

"kan saya dah kata saya boleh baca fikiran kamu?" aku ketawa.

aku memang suka bermain dengan firasat sejak kecil. praktikalnya apabila telefonku berdering atau smsku berbunyi aku akan cuba meneka siapa. selalunya 7 dari 10 tekaanku tepat. aku dapat rasakan setiap kali aku yakin, jawapan itu pasti betul sebaliknya kalau ragu, telahanku akan salah. itu praktikal paling asas.

"ok, kalau betul cikgu terrer, cuba teka saya sedang fikir nombor apa sekarang?" budak perempuan kurus menduga. aku merenungnya dan menjawab "8".

"mak aiiii...cikgu macam david blaine. betullah kau!" jerit dia kepada kawan-kawannya. hah! aku boleh jadi nostradamus. aku bangun untuk pergi.

"nanti dulu cikgu, saya tak puas hati. saya pun nak cikgu teka nombor apa yang sedang saya fikirkan?" budak lelaki yang hanya ketawa dari tadi mula bersuara.

cis! aku merenung matanya.

"kau tidak fikir apa-apa sebenarnya." kataku.

budak itu ketawa."yelaahhhh siollll!!"

aku ketawa dan berlalu. mereka terus menjerit meminta aku tunggu. aku terus berjalan meninggalkan kumpulan itu.
pesan ibrahim pendek tiga kali aje...

7 comments:

Wan said...

A, aah, yelah tu.

Sekrg cuba kau pikir no. ape yang nak naik minggu ni.

Cikli said...

bro kulup,

cuba tenung, nombor berapa yang rais yatim fikir sekarang.

Pena Marhaen said...

cuba bagitau gua apa nombor ekor yg bakal menang minggu ni...

Aa said...

Ajo le gue. Dsat lu

ummiarissa said...

jom singgah blog saya tengok ada tak nombor yang kena....jom!

Hamba Allah said...

bunyi macam real je =='

ye ke idak ni?

kulupSakah said...

hantu korang kah3!

Aa,
nak blajar dtg kat msjd kjg. itu matematik je..
yg teka nombo dlm fikiran depa tu cuma nasb haritu je betul..2,3 tekaan lain yg salah aku x ceritalaa...