Monday, January 10, 2011

kita ini bodoh, jobo atau ngada-ngada?

siapa yang gariskan kod etika pakaian rasmi kita mesti berkot dan bertali leher di negara panas macam oven ni? kalau pakai gitu dikata smart dan kemas.ye ke? kemas menurut siapa?
kalau hari jumaat berbaju melayu lengkap bersamping. boss aku pernah menegur kawan sekerja aku kerana bercapal dan tidak berkasut. dia jawab baju melayu lengkap mestilah bersamping bersongkok dan bercapal. orang melayu dulu tak berkasut.
kah kah kah, kita keliru identiti.

siapa yang berkuasa pula menetapkan rambut panjang bagi lelaki adalah tidak sesuai untuk majlis rasmi? kalau kemas dijaga apa salahnya? teori mana pula ni? waktu aku berambut panjang hari itu ramai juga kawan/ saudara menegur tak senang dan sanggup menawarkan diri untuk memotong rambut aku. ambil berat dan sayang sungguh mereka dengan aku. anehnya, takde pulak mereka tawar diri nak tolong tengok2kan anak aku kalau sayang aku sangat..

paling bodoh dalam perkhidmatan awam tak boleh berjubah dan berkopiah putih. orang beragama sikh boleh pulak pakai turban dan ndia bebas pakai saree.
kenapa? ada yang jawab islam tak perlulah berkopiah atau berjubah, cukuplah menutup aurat dan berpakaian bersih.

jadi, masalahnya apa kalau berserban, berkopiah putih dan berjubah?
hahaha! korang taulah ye dak?

akhir kata,
aku bosan apabila pakaian kita pun ditentukan oleh orang lain yang rasa mereka berkuasa.

12 comments:

mae said...

ade mase seluar levis tak kering tak boleh keluar rumah..yang tu mengada-ngada tahap tinggi gak tu

Anonymous said...

Amek kau, betul2 kaw punya! Betepek kat dahi masing2! Padan muka! Hahaha!

Geng_RIMBabara

Sutera_suci said...

Teringat chat dengan Fared Ayam pasal appearance kot facebook hari tu..'Berpakaian untuk kepuasan atau perbezaan?

Anonymous said...

http://hadi-ug.blogspot.com/

umiawadah said...

tn zaidi tak pernah jahit baju rasmi yang dberi oleh sekolah..(dah 2 pasang).dia ikut suka je pakai baju biasa pada hari khamis kalau takde baju rasmi...dia tak ambil peduli!

nad said...

british dh brain wash kpala org2 atasan dgn pengaruh dia..

Marhaenonymous said...

pemikiran sekularisme dah lama bercambah dalam pemikiran orang kita sampai wujud etika pakaian dan cara makan pun nak ikut penjajah..kononnya protokol laa sangat!!

Anonymous said...

kelmarin dalam TV... pegawai kementerian pelajaran di Perlis melawat sekolah dilanda banjir... ada yang siap pakai kot sepasang tu... tapi yang lawaknya, seluar paras betis... takut basah...

D'ayo

lizay_73 said...

setuju sangat2..... terlampau membudayakan cara hidup org hingga lupa asal usul....
tu yg ada statement hari ni di surat khabar... minta maaf pada peminat kerana berbaju mandi di bali.....
dia ingat allah tu tengok bila dia kat dalam malaysia je ke????

Anonymous said...

etika pakaian bukan ikut sunnah nabi atau hukum tapi ikut idea bini PM..."batik"...maka berbatik lah tiap 15 hb lah,tiap rabu lah.. Memang bodoh...bodoh piang!!!

Irwan said...

seperti berbahasa, Melayu juga suka menghormati orang lain dengan berpakaian macam orang tersebut.

Tu yang ada pakai kalung bunga masa pegi kuil.
Atau paka topi dierbuat dari daun kelapa masa pergi rumah panjang.

sampaikan lelama, Melayu pun dah lupa dia pakai baju apa tadi sebenarnya...


Aku tak pernah pulak tengok orang non Malay ikut pakaian orang Malay bila ke tempat Malay...pun?

Pakai serban or at least ketayap misalnya...

http://aderberani.blogspot.com/2011/01/komen-kepada.html

yang benar,

Tukang Komen

uncle gedek said...

S-E-T-U-J-U...!