orang kita kalau pakai kopiah dan cakap agama sikit cepat je orang panggil ustaz walhal kaki cong. masa tengah panas dulu, kalau jumpa orang camni aku libas je tapi sejak akhir-akhir ni aku lebih baik dan tak suka kecikkan hati orang. (konon, hehe!)..
baru sehari dua kenal dia yang rajin duduk di meja aku, selalunya dia akan cerita agama sikit dan lecehnya ceritanya selalu dalam nada 'nak menasihat' atau 'nak mengajar'. bukan aku ego tak suka diajar, tapi kau orang pun boleh tau mana intan mana kaca. apatah lagi dia ni ada terlibat dengan ilmu perbomohan dan ada peminat fanatik, peh! menjadi-jadilah...
dia : pesan guru ana, banyakkan membaca kerana membaca menambah ilmu.
aku letih sikit kalau orang berana ente ni..lidah melayu aku kekok.
dia : pesan guru ana kita kena banyak menangis dengan Tuhan. seronok tau menangis kat Tuhan ni..
hmm.... wal padang pasiruunn...
dia : ente nampak budak muda yang datang sembang dengan ana tadi?
aku : ya!
dia : huh! Jangan main tu..dia tu kasyaf tinggi. boleh nampak jin.
sedih jugak orang melayu mengaitkan istilah 'kasyaf' dengan boleh nampak jin atau setan. walhal kasyaf adalah nampak 'telus' tanpa hijab akan sesuatu perkara berdasarkan firasat dan pengamatan. untuk capai ke tahap ini harus menguasai ilmu syariat dan hakikat lalu sampai ke tingkat makrifah dengan keyakinan yang haq.
hantu setan tolak tepi..
dia menulis jawi kalimah Lailahaillallah. tulisannya buruk tak seni langsung.
dia : apa ni?
ceh! cuba uji ketererran aku baca jawi kot?
aku : lailahaillallah!
dia : (menggangguk) Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
aku: berapa huruf kalimah tu? jika dipecah lam alif alif lam ha alif lam alif alif lam lam ha ada ada 12 huruf. 12 huruf mewakili 12 jam, kalimah rasul pula Muhammad rasulullah jika dipecah ada 12 huruf juga mewakili 12 jam lagi. bermakna kalimah syahadah tauhid dan rasul jika digabung menjadi 24 huruf. membawa maksud 24 jam kita mesti 'duduk' dalam kalimah. tergelincir bermakna syirik iaitu tunduk dengan makhluk dan bukan dengan Dia.
ustat itu diam. sejak itu dia kurang bercakap dengan aku. aku pulak menyesal kerana ego menunjuk pandai. sesekali terasa juga nak pakai serban dan cari makan berceramah di surau.
boleh?
12 comments:
Takyah pakai serban...pakai songkok tinggi pun dah boleh mengajar dah Kulup!...Hahaha
Mana yang betul? Persepsi peguam-peguam mahkamah, orang yang memakai kopiah putih selalunya orang yang baik. Cuba tengok orang yang kena bela diri di mahkamah, banyaknya pakai kopiah. Kenapa mereka tak pakai songkok tinggi di sana?
Atau adakah mereka nak menyatakan bahawa orang yang berkopiah putih biasanya jahat sebab itu perlu dihadapkan mahkamah?
kopiah atau songkok..dua2 tak penting..yang penting kepala hotak di sebalik songkok atau kopiah tu..kalau ilmu banyak tak yah pakai pun takpe..
abang kulup tak pakai kopiah atau songkok pun ada "isi jugak..low profile lagi bagus..hehe
kadang2 serban belit otak terencat oksigen nak naik ke kepala
"kadang2 serban belit otak terencat oksigen nak naik ke kepala"
so what's in your mind bro.?
bro kulup, apakah orang yang tak pakai serban atau kopiah itu baik?
anon,
yahudi pun pakai kopiah - baik jugak.
kah kah..faham kata-kata pena marhaen tu. imej tak boleh jadi penentu. ramai yang menyamar dengan imej. 'dalam' kepala dan hati tak sapa yang tahu...
berimej baik amat bagus, yang tak bagus kalau berpura2.
kalau pakai serban tapi tak tahu 'hakikat' bentuk huruf serban mewakili perkataan apa, susah juga..nanti bergaduh pulak ekor serban elok sebelah kiri, kanan atau tengah. hahaha!
12 imam ? 12 khalifah?
bagus! ilmu semakin pecah dan berkembang, bukan perdebatan tahapa hapa. aku suka buat entry yang 'provoke' pokok epal dengan melontar 'batu' yang memang keras tetapi pokok membalas provoke itu dengan menggugurkan buahnya.
Kopiah dah digunakan pula oleh pengedar dadah semasa mereka run beli dadah. banyak kali dah abang polis cerita kat saya.
Saya amat berhati-hati bila mempersoalkan hal sebegini. Kerana yang berkopiah itu adalah saudara saya (tak kisah lah makam atau kefahaman mereka di mana). Dan saya di larang dari berprasangka buruk padanya.
Walaupun dia cakap/buat benda yang gilagila di depan saya, saya terpkasa menilik lebih 70 kebaikan yang ada padanya dalam menangani setan yang berbisik dalam hati saya.
Tapi itu kefahaman saya yang tak melihat dunia luar ni lahhh..Saya dok dalam kampung jer..
Wah! saya belajar benda baru hari ini. Syukur.
Kopiah dan songkok ketapikan tidak semistinya orang yang berkopiah dan bersongkok itu baik Kealimanya..Yang penting kita liat baik keimanan seseorang itu..
Contoh..
Si A pergi ke mana mana selalu pakai kopiah atau songkok..
Si I pergi kemana mana selalu tak pakai songkok atau kopiah..dia pakai cap jerr..
Si A kalau jumpa masjid baru dia duduk berAmal..
Si I pulak kemana saja langkah kaki berjalan atau berhenti duduk minun kat warong Kopi setiap gerak kelakuan dia setiasa BerAmal tampa orang dikiri kenan nya mengatahui dia sedang berAmal..
Tapi tidak semistinya yang tak pakai songkok kopiah tu baik Alim atau beriman..dan tak juga semistinya yang bersongkok kopiah tu baik Alim keimananya..
Songkok adalah seni cara orang melayu berseragam dizaman lalu sampai la sekarang..
Kopiah pulak datangnya dari negara negara timur tengah..
marilah kita bersama sama memahami satu sama yang lain..Jangan hanya memandang seseorang itu dari penampilannya sahaja lihatlah dalamannya juga..
Pepatah:
Diam Diam Berisi,Diam Diam ada makna tu,Diam Diam ada hati..hehehe..
orang bersifat pendiam.selalu berkata dihati..
Aikk.. macam terlalu panjang ja coment aku ni..tak pee sikit lagii..hehehe..
Tapi jika kelakuan luar sudah selalu nampak diliat buat tak baik seperti sesat mencuri mebunuh dan yang sewaktu dengannya..ikut korang masing masing nak kawan ke tidak..
Nak layan ke tidak..
Just for share..Sharing is caring..hehehe..
Post a Comment