Thursday, March 3, 2011

apak mati umur 63

sedang mengisi petrol di stesen bahanapi, terjumpa Wak Jaini. Lalu kami bertanya khabar setelah hampir 3 tahun juga tak bertemu.

"Apak apa khabar, Wak? lama tak jumpa dia.." tanya aku.

"Apak sakit sekarang ni, ada kat Jenderam. Dah seminggu tak bangun, kata bini dia." jawab Wak.

Apak (nama panggilannya) memang orang tua yang rugged. Berpakaian smart sentiasa dan menjadi kawan aku. Rasanya dah tujuh tahun kami berkenalan. Kami selalu bersembang di Restoran Abu. Macam-macam yang disembangkan. Apak memang handal bercerita. Berbekalkan rokok sampoerna dia boleh bercakap tanpa henti. tentang ketuhanan, asal-usul kejadian manusia dan kemasukan roh dalam tubuh insan. Tentang jalan menuju makrifatullah. Pernah kami bersembang selepas Isyak tau-tau hari dah cerah dan orang sudah mula nak keluar solat hari raya Qurban. Kah kah!
"Aku dah minta pada Tuhan mati umur 63 tahun. sama macam Nabi. Aku yakin." katanya dulu.

Mati boleh diminta bila-bila? Atau kita boleh tahu mati bila? Haha..(part ni panjang cerita, nanti ada yang komen tahapahapa lak nanti).. Atau mati adalah satu ketetapan? Bagaimana kalau mati juga boleh dicari? Contoh kita ditakdirkan mati 5 tahun lagi tapi kita memilih membunuh diri esok. Apakah mati bunuh diri itu satu takdir? Kalau gitu senanglah ye tak? Kita bunuh orang dan apabila didakwa kita kata itu takdir dia nak buat cemana ye tak? Haha..

Teringat aku khutbah wida' Rasulullah s.a.w, antara ucapan awalnya ialah "Aku tak tahu apakah aku dapat bersama kamu (berkhutbah di tempat yang sama) lagi pada tahun hadapan.......
seolah-olah Rasulullah sudah tahu dirinya akan wafat. Tapi rasulullah menggunakan perkataan "aku tidak tahu sama ada....."

aku dail nombor apak sejak semalam tapi tak dapat. hendak juga menziarahinya. Banyak yang aku belajar dari orang tua rugged ni.
"Tapi aku tak terperanjat kalau dia sakit Lup. Umur apak sekarang pun dah 62. Tu baru nak mulalah tu.."
"Ya! kalau betul dia akan pulang jumpa kekasihnya pada 63 dan kekasihnya izinkan....kita alu-alukan." kata aku.


..... aku terus menunggu.

5 comments:

Anonymous said...

brader kulup

yg aku faham kita boleh merancang, tapi ape2 hal pun Allah yg akan tentukan.

kita boleh merancang nk jadi kaya, bekerja berniaga siang malam tapi sama ada kaya @ bankrap sudahnya, tu bukan kuasa kita

kulupSakah said...

kalau tak merancang, pon Dia tentukan? Haaah menarik perbincangan ni

Marhaenonymous said...

dia yakin dan mudah-mudahan tercapai hajatnya..

Anonymous said...

haha

paradoks.

aku tak berani nak melebih2 brader. sifat 20 pun tak khatam, kalau nak bersoal jawab hal dzat nih aku jadi penonton je la

author faethal said...

Aku pun macam karl gak bro,
Jadi penonton je la...banyak benda tak khatam lagi!