Saturday, August 9, 2008

ezam dalam kenangan (gugurnya pahlawan bangsa)



Mungkin catatan ini terlalu peribadi dan agak terlambat..tapi aku rasa perlu untuk aku menulis tentang kekandaku yang telah pergi menyambut panggilan Dollahi beberapa bulan lalu... Sebelum kembali ke rahmatdollah kekandaku ini sihat orangnya, cuma sesekali dia ada mengadu sakit-sakit dada dan nafas (menurut doktor peribadinya dia sudah dua tahun menghidap barah'dengki'hati atau nama saintifiknya PHd)..

gambar di atas adalah
peminat ezam yang terlalu sedih dengan
pemergiannya ->
kanda ezam semasa 'hidup'nya amat disegani kawan dan lawan, ikon anak muda yang bisa membuat Mahathir tidur mengigau dan Dollah takut ke bilik air di waktu malam. Keberanian beliau luarbiasa, pidatonya berapi, di mana-mana di Malaysia beliau dirai..ya!Anak didik Anwar yang sanggup bertempur di medan perang. Aku masih ingat salah satu pidatonya yang meremangkan bulu hidungku di kediaman DSAI di Bukit Damansara. Ketika itu kesihatan Anwar amat kritikal dan hari-hari berulang alik dari penjara ke hospital. Kanda Ezam menggegarkan negara dengan cabaran jika Anwar tidak ditahan di wad esoknya,beliau akan mengepalai gerakan habis-habisan menentang berapa banyak sekalipun anggota keselamatan..

fuh! aku betul2 tabik spring masa tu..

Tetapi apabila Anwar dah bebas kesihatan 'hati' ezam mula terganggu (sila baca artikel "antara P.ramlee celup dan Anwar tiruan" di posting lama aku di bawah)

Barah hatinya berjangkit melarat ke mata sehingga matanya sering pedih-pedih apabila melihat Anwar dan Azmin (kekanda busyuk masyamnya sebelum ini)..

Apabila barahnya semakin serius hingga ke 'final stage', beliau mula terasa inferior dan melarikan diri dari ketuanya kerana khuatir barahnya akan menjangkiti mereka..ternyata beberapa kawan rapatnya juga terjangkit dengan virus itu (bab virus ni hishamuddin rais pernah kupas- sila cari kupasan beliau yang merupakan seorang pakar psikologila)

Ezam sudah tiada! Meninggalkan kita pada tarikh dan masa yang tidak mahu aku ingatkan..kerana terlalu sedih mengenangkan nasib enam balunya yang ditinggalkan di dalam enam kotak berkunci! Kehilangan beliau sukar dicari gantikerana tiada spare part!

Alhamdulillah..err.. Al Fatihah! eh..Innalillah!

(turut terkorban kerana penyakit yang sama- Pak Long Ghani Haroon, Pak Teh Nadzmi Rosli, Pak Ngah SD Johari dan kunyit-kunyit hidup yang lain)

3 comments:

Harimau-Menaip said...

Garang gambar ayam tu bang. Teringat buku teks sekolah dulu.

kulupSakah said...

aku suka lukisan jaafar taib..klik kat 'link jaafartaib' tu ada bnyk lagi lukisan dia

Harimau-Menaip said...

Betul. Mantap gambar-gambar yang dilukis beliau. Thanks for your info.

"Perjuangkanlah Apa Sahaja Yang Kita Rasa Betul"