Sunday, November 1, 2009

Siri seram 2: X - Files! langsuir tersangkut di pohon rambutan

Aku bukan Tamar Jalis. Cuma masa awal 20an dulu ketika balik kampung cuti semester kolej, aku selalu jugak ikut kawan2ku pergi membantu Abang Zin mengubati pesakit-pesakit yang terkena sihir. Pehh! Macam Twillight Zone atau X-Files.

kes 1
Seorang wanita mengadu sering gelisah dan ketakutan apatah lagi suaminya (seorang pegawai polis berpangkat tinggi juga berubat sama kerana sering hilang ingatan. Setelah minum air, wanita ini ke bilik air kerana hendak kencing. Dia tak sedar tuala wanita yang dipakainya tercicir. Abang Zin menyuruh Lat, kawanku mengambilnya. Aku terkejut melihat ada paku pada pad tersebut. Sesudah paku diambil, Lat meletak semula pad di situ. Wanita itu kemudiannya tersipu2 mengambil semula pad sedangkan kami pura2 tak nampak

kes 2
Suaminya dimandikan air yang dibubuh daun limau purut. Aku sangka mamat ni nak ditomyamkan, bau cukup sedap. Sedang mandi, Abang Zin menyuruh kami meninjau tengah laman. Dan di tengah malam bersuluh lampu porch aku dapat lihat dengan jelas beribu-ribu pelesit gugur ke bumi.

kes 3
Malam esoknya aku tak datang. Pegawai polis ni diubati lagi. Kali ini kata kawan aku,"Betul Lup! Nasib baik kau tak datang. Langsuir tersangkut kat pokok rambutan tu. Menjerit2! Hisy! Seram!" kataLat.

kes 4
Seorang lelaki mengaku disihir. Setelah ditelek didapati bekas teman wanitanya yang menyihirkannya. Abang Zin menyuruh mamat ni ingat semula apakah harta miliknya yang pernah diberikan kepada bekas teman wanitanya dulu. Setelah lama berkerut, dia kemudiannya teringat yang dia pernah memberikan tali lehernya. Dan zusssssssssss!!! Sekali lagi Lat disuruh meninjau ke tengah laman. Lat masuk memegang tali leher yang dijumpainya di tengah laman.
"Ya betul! Tulah neck-tie saya". kata mamat ni.

Itulah antara peristiwa yang aku pernah lihat selain beberapa lagi yang lebih gila. Ternyata manusia yang zalim saja sanggup berkonspirasi dengan jin atau iblis untuk menjahanamkan saudaranya sendiri.

8 comments:

yop jo said...

ngancuk mike! bulu pelior teman meremang ni!

Unknown said...

Salam sdr. kulub.

Satu masa seorang bomoh tipu mengubat penyakit yang dikatakan terkena buatan orang. Sedang dia menurun tetiba dia terjun ke laman dan terus ke bawah rumah. Dia naik semula ke rumah muntah-muntah dengan mulutnya penuh terpalit tahi. Rupanya konon barang yang telah di tanam si pengkhianat di ambilnya dengan mulut.

Sebelah petang hari itu, dia telah hantar orang suruhanya menanam sesuatu di situ dan telah diintai oleh anak si sakit. Bila tahu di mana orang suruhan tanamkan benda itu, anak si sakit gali tanah di tempat itu dan berak serta ditiumbus bersama barang yang ditanam!

joegrimjow said...

2 pasal kite kena slalu dekatkan diri dengan DIA
jauh la dari benda2 camni

Alia Zahra said...

kesian plak dgr citer pasal bomoh tipu tu pakdin haha..

ubilepih said...

ROSMOH

kulupSakah said...

yop jo,
eii mak kamu! idok becukor ke?

mountdweller,
Pak Din! ada masa saya cerita pasal bomoh karut ni! hahaha!

joe,
bebenor yeop!

zx,
yolah tu!

ubilepih,
bikmama!

guaOtai said...

Mana wa nak tempek ucapan TQ pasal
dah upload banner yg wa bikin. Walau
apa pun TQ sekali lagi. Ingatkan tak
sudi .... he he he

kulupSakah said...

guaotai,
terima kasih! Aku hargai kerja kamu!