"Bimbinglah saya jadi orang baik bang." kata dia.
Aku terkejut. Kenapa aku?
Hazif, 25 tahun. Budak Sarawak baru beberapa bulan datang KL. Sering duduk berbual dengan aku. Dia tanpa segan silu walaupun baru sehari dua berkenalan mengaku yang dia langsung tidak tahu sembahyang apatah lagi mengerjakan rukun Islam yang lain.
"Al Fatihah pun tak tahu? Yang Alhamdulillahirabbil alamin tu..' tanya aku.
Dia menggelengkan kepala. Katanya dia berasal dari keluarga yang porak peranda. Dia nakal dan pernah masuk sekolah pemulihan akhlak. Ditahan polis dan macam-macam. Ditunjuknya tatu cobra di badannya.
"Malu kalau dah kahwin nanti anak-anak tanya macamana baca Quran, saya tak tahu."
Dan dia terus menceritakan sejarah jahat dan samsengnya. Aku tak pernah pelik mendengar labun-labun orang begini yang biasanya lebih sudu dari kuah. Tapi aku layan je.
Jumaat tadi dia ikut aku ke masjid.
"Kau ikut je apa yang orang buat." jawab aku apabila dia tanya apa nak baca. Lucunya sebelum itu dia boleh tanya isteriku macamna nak mandi hadas untuk yang dulu-dulu.
Aku mengerjakan Jumaat dengan tidak khusyuk kerana memberi peluang dia mengikut gerak-geri perlakuan solat agar dia tak tersalah. Aku mahu pastikan dia tak malu dikesan orang nanti. Aku angkat takbir dia ikut, aku ruku' dia ruku', aku sujud dia tiru.
Sewaktu dia mengangkat jari telunjuk ketika tahiyyat akhir meniru perbuatan aku, serta merta hati aku tersentuh. Telunjuknya yang lurus digalas ibu jari membuat aku tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang sedang belajar?
Aku atau dia?
Adakah Tuhan menghantar dia untuk mengajar aku sesuatu atau apa?
..aku masih tak faham mengapa jari telunjuk tegak dia menunjuk ke kiblat itu begitu menyentuh.
Apakah hubungan jari telunjuk dengan ibu jari yang menggalasnya?
Apa yang ditunjuk ketika syahadah dilafazkan?
Di mana sebenarnya kiblat yang ditunjukkan itu bermastautin?
18 comments:
Speechless. Selalunya org yg mengaku Islam mcm saya nie, solat n perlakuan kadang2 tak macam org Islam yg dah lama "masuk" Islam. Beliau beruntung kerana diberi Hidayah..
"bukan golongan sembahyang"
Iman Al-Ghazali
sempat lg hang mnjeling jari dia noo...
hidayah sudah ada moga beroleh taufiq dr Nya..
nasib baik ko x jadi imam kalau tak dan2 aku bermufarakah....huhuhu
salam LBK..
Moses
Lu bikin hilang stim gua jer baca citer LBK nie..kalu LBK jd iman..rosaklah semayang dio...boleh jeling2 lak kebelakang...
telunjuk lurus,digalas ibu jari
sahabat tulus,mengasah hati budi
kedua2ny sedang belajar
masuk yang membaca ni...jadi tiga2 orang lah yang sedang belajar
Sebenarnya ada hikmahnya .. dan mungkin Penulis telah melakukan banyak DOSA yang dia sendiri tidak sedar. Sifat takabur .. riak .. menghina .. memfitnah .. sudah menjadi darah daging si penulis. Apa pun .. itu mungkin satu kemungkinan ..wallahhualambisawab..
Allah itu Maha Kaya .. Maha Mengetahui .. Maha Mengasihani..
Bertaubatlah.
salam,
hg-kasturi,
Allah SWT amat menyukai orang2 yg berbuat salah lalu bertaubat atas dosa2nya, berbanding org yg tak terasa buat salah lalu tidak pula berbuat taubat sdg kan atas sifat sebagai manusia, pasti sentiasa berbuat salah dan silap... samada sedar atau tidak sedar.
LBK, teruskan usaha anda membimbing hafiz, hakikatnya...untuk anda sendiri...bukan si hafiz tu semata-mata, pandang dgn mata hati...tentunya kamu "nampak" apa yg org lain tak nampak.
Dalam solat ada adabnya...ibu jari menggalas jari telunjuk satu adab yang amat seni dan halus dalam solat...lup lu belajar sampai kesitu lup..solat orang makrifah Allah dan Muhammad berpisah tiada.
Beragama tanpa ada seninya tak menjiwai....
asalamualikum
kita sering belajar dalam keadaan menajar
Gombak said...
salam,
hg-kasturi,
Allah SWT amat menyukai orang2 yg berbuat salah lalu bertaubat atas dosa2nya, berbanding org yg tak terasa buat salah lalu tidak pula berbuat taubat sdg kan atas sifat sebagai manusia, pasti sentiasa berbuat salah dan silap... samada sedar atau tidak sedar.
LBK, teruskan usaha anda membimbing hafiz, hakikatnya...untuk anda sendiri...bukan si hafiz tu semata-mata, pandang dgn mata hati...tentunya kamu "nampak" apa yg org lain tak nampak.
Buat Gombak :
Cuba singkap balik entri-entri lama si KULUP .. anda dapat nilai keperibadian beliau.Berdosa kalau saya membuat tuduhan melulu. Nilailah sebagai seorang ISLAM yang tidak menyebelahi mana2 pihak.
Huhuhu...masak la ko lup... aku hanya ketawa je lup apa depa kata
apa2 hal pun hanya jauhari mengenal manikam
Gombak said...
salam,
hg-kasturi,
Allah SWT amat menyukai orang2 yg berbuat salah lalu bertaubat atas dosa2nya, berbanding org yg tak terasa buat salah lalu tidak pula berbuat taubat sdg kan atas sifat sebagai manusia, pasti sentiasa berbuat salah dan silap... samada sedar atau tidak sedar.
LBK, teruskan usaha anda membimbing hafiz, hakikatnya...untuk anda sendiri...bukan si hafiz tu semata-mata, pandang dgn mata hati...tentunya kamu "nampak" apa yg org lain tak nampak.
Untuk Gombak:
Taubat bukan boleh dibuat main2. Kalau bertaubat .. esok lusa buat lagi .. itu bukan TAUBAT namanya .. tapi TAUBUAT.
Seharusnya kalau taubat haruslah disusuli dengan taubat nasuha .. beriktikad sepenuhnya tanpa ragu2 .. dan mohon padaNYa....
Nilailah seseorang itu dengan bijaksana.
Gombak seharus BERTAUBAT kerana melihat perkara2 mungkar berlaku secara BERTERUSAN didepannya tanpa sedikitpun merasa gusar .. ATAU SETIDAK2NYA BERISTIGHFAR byk2.
gombak apasal ko belasah orang ni..
kira beruntung ko punya comment di siarkan ..
ko ada minat kat blog ni
h.kasturi,
pertama: terima kasih atas nasihat
kedua : jika aku ada memfitnah dlm mana2 entry sila kemukakan yg mana satu agar aku jelas..
ketiga: seperti kata Maun, telunjuk digalas ibu jari ada maknanya dalam solat dan ada jawapannya. jika kau masih belum tahu maka kau juga perlu bertaubat..
"Jihad bagi lelaki itu adalah berkata benar terhadap penguasa yang zalim"
asalamualikum
maaf pada gombak
aku nak balun hg kasturi tebalun hang
maaf pada bro kulup jugak
merujuk pada comment aku February 15, 2010 11:04 PM
tersalah taip dan tersalah balun
jutaan maaf
n7b37a7b59 f0c20l0r16 g2n36e4q66 d4w89j2n41 s9j52b9z57 o9s73h7h41
Post a Comment