Friday, February 19, 2010

Jumaat kedua dia dan si luncai dengan kulim-kulimnya..

Minggu ini dia sudah bersiap untuk bersolat Jumaat kali kedua dalam hidup dia (baca sini dulu untuk faham).

"Hari ni abang jangan risau, saya tak kacau abang sembahyang lagi. Saya dah tahu baca dah!" kata dia.

"Kalau masa bongkok tu kita baca Subhana rabbiyal a'la wabihamdihi kan?" kata dia dengan aksi ruku'nya.

"Itu baca masa sujud. Masa ruku' Subhana rabbiyal adzimi wabihamdihi." kata aku. "Al Fatihah dah tahu?' tanya aku.

"Belum." Dia menggaru kepalanya.

"Takpe, minggu depan mesti dah tahu. kalau tak aku minta Ustaz Aizuddin ajar." jawab aku.

"Baca Subhana rabbiyal adzim tu tiga kali kan bang?" tanya dia. "Kenapa mesti tiga kali? Sekali tak bolehkah?". Ah sudah! Mamat ni tanya soalan apa ni? (Anonymous mesti tahu macamna nak jawab ni)

"Kau pernah tengok kopi 3 in 1? Boleh kau minum kopi tanpa gula? Atau telan serbuk kopi je tanpa air? Atau minum air dengan creamer je tanpa kopi walhal kau nak minum kopi?" jawab aku. Sebenarnya soalan, bukan jawapan.

"Isy! Tak bolehlah bang. Makan nasi saja tanpa lauk pun tak boleh! Hahaha!" Dia ketawa. Jujur.

"Begitulah, mesti sandar menyandar. Walaupun nampak 3 kali tapi ia sebenarnya satu. Macam wudhuk, basuh sekali pun boleh, tapi 3 kali lebih piau! Diri kita ini pun ada 3. Diri terperi, diri terdiri dan diri sebenar diri. Tapi ia sebenarnya satu!" kata aku.

"Amende pulak tu bang?" tanya dia.

"Hahaha! Tu nanti dulu." kata aku.

Dan hari ini dia sembahyang selang dua saf di hadapan aku.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Luncai Kulim

Aku rasa PKR tak perlu ambil tindakan pada mamat tok wakil "kulim-bandor tak buruk" tu. Anggap dia punya pendapat sebagai satu suara lawan arus di dalam rumah sendiri. Raikan perbezaan pendapat. Tapi kalau dia terus provoke dan tibai, biarkan dia. Jangan halau dia. Kalau dia nak belah dia akan belah. Tak pun akan jadi hantu raya- roh bergentayangan.

takde sapa nak terima..
hahaha!

11 comments:

daLyaanoon said...

hahaha...bleh je brader! Minta dia sediakan rehal!

Anonymous said...

Membuka Pekung Didada ..

hg_kasturi said...

..walaupun dianggap luncai .. gua tabik lu bro .. sbb membuka pekung manusia2 yang mengaku diri mereka hebat walaupun umum tahu mereka ini sebenarnya gila kuasa.
Tahniah jugak pada yang lain yang berani membongkar segala tipu muslihat rakan mereka terhadap rakyat .. yang sebelum ini .. rakyat tidak tahu.

Anonymous said...

loyar kulim tu ada jawatan hapa dalam parti? lucutkan je jawatan tu... [supaya dia tak tau hapa pasal strategi rahsia parti...] takyah halau keluar pun... biar jadik ahli biasa je...
pas tu... jumpa pun wat tak tau je... bior jadik kera sombang mahram... :P

lelama nanti dia keluar snirik la tu...

Anonymous said...

Anonymous said...

loyar kulim tu ada jawatan hapa dalam parti? lucutkan je jawatan tu... [supaya dia tak tau hapa pasal strategi rahsia parti...] takyah halau keluar pun... biar jadik ahli biasa je...
pas tu... jumpa pun wat tak tau je... bior jadik kera sombang mahram... :P

lelama nanti dia keluar snirik la tu...
Kenapa perlu takut tentang strategi rahsia parti.? Kenapa ?... Nak kelentong rakyat ke ?
Jangan sampai orang kata Parti Kelentong Rakyat dah lerr...

hg_kasturi said...

Hahaha ... kelentong .. kelentong .. kelentong .. Masih ada lagi manusia yang dungu bila kena kelentong beberapa kali. Tak serik2.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sebok minggu ni ...
no comment kena muasabah diri

Anonymous said...

Blogger b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sebok minggu ni ...
no comment kena muasabah diri


BAGUS2 AMALKAN SELALU SUPAYA TIDAK DI KELENTONG.SEBAB BYK SGT SI BAGHAL DALAM BLOG NI MAIN TERJAH IKUT HATI.

israq ismail said...

alo alo alo brader... jangan hina dak kulim ek... silahabau tu bukan dak kulim okek

shysme said...

this contact formspecial info navigate herehave a peek at these guys Check This Outgo to my blog

Anonymous said...

supreme hoodie
kyrie 6 shoes
kyrie 8 shoes
nike sb
bape
kyrie shoes
kyrie irving shoes
kd 15
bape official
bapesta