Sunday, January 9, 2011

di sini: kami di sini



sekeping foto seribu cerita. Lau Tek Hai (baju belang) telah tag gambar ini di fesbuk aku dan serta merta aku termangu. foto ini akan kekal menerawang di alam siber untuk zaman mendatang sebagaimana kita melihat foto-foto hitam putih dulu. ada beberapa perkara yang perlu aku ceritakan pada gambar ini.

1. telah tersebar ketika itu di email seluruh negara beberapa aksi kami sekeluarga berdemo sehingga masuk ke peti email aku sendiri. seorang artis wanita popular menelefon aku menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan kami. ada yang puji ada yang menyeranah. ada yang menuduh kami diperalatkan pihak tertentu dan ada pula kata kami memperalatkan anak-anak. ini semua adalah lawak bangsat. kami turun tidak mewakili mana-mana pihak,parti politik, kumpulan atau individu. kami turun sebagai kami, menyampaikan suara kami sendiri. tiada siapa taja, manipulasi, eksploitasi kami. tiada satu sen pun upah. tadak!

2. melihat annisa yang aku dukung membuat aku sayu. waktu ini annisa selalu sakit. banyak uang dibelanjakan sehingga kami jual kereta, senaraihitam bank dan macam-macam. pergi kerja pun naik basikal.basikal hilang jalan kaki. balik kerja aku jaga anak dan ambil upah jaga 3 orang anak jiran. Sham jual goreng pisang dan kuih - berpanas berhujan. meninggalkan kerjaya stabil dia. pernah sekali hujan dan angin kuat hampir menerbangkan payung, aku memegang payung tersebut dan payung itu membawa tangan aku masuk ke dalam kuali berminyak panas yang sedang menggoreng pisang. canteekk!
malam, bungkus nasi lemak dan hantar ke asrama. pinjam motor Roni, budak Madura. lepas tu abang teh Sham bagi pinjam motor jaguh setahun. lega sikit. boleh pergi pasar dengan mudah untuk beli pisang dan keledek. ada juga kawan2 menyindir ...ah! cibailah korang, kalau tolong bayar bil air aku takpe jugak nak kutuk aku pun tak marah..
akhirnya dapat juga beli kereta terpakai, boleh angkut annisa dan an-nur sekali niaga masuk mana2 pasar malam. tergoleklah budak dua orang tu petang sampai malam - kadang2 tak mandi - tapi annisa dan an-nur sangat lasak. gagah! sehingga hari ini kalau nak uang, kena kerja cari sendiri. jangan harap orang.

2. budak berbaju superman memegang speaker itu adalah budak unit amal yang selalu mengiringi pimpinan pas ke mana2. setelah lama tak jumpa, demo hari itu menemukan dia dengan kakak tirinya iaitu Sham.

3. di belakang Lau, Ghani Haroon - jiran kami. hari ini dia dan ezam sudah masuk umno kembali.

4. duduk belakang aku berbaju biri muda - sahabatku Tuah dan di sebelah kanannya - Farhan anak Fauzi Rahman.

5. yang sedang duduk menghadap aku bercakap (membelakangkan kamera) Lim Hong Siang -editor Merdekareview.com yang tulisan Bahasa Melayunya lebih baik dari orang Melayu..

apa lagi?

5 comments:

Anonymous said...

Kita golongan marhaen ni, memang selalu tertindas oleh si bajingan keparat di sana...

Kekadang aku rasa, peluang mengundi tu semua hanya sandiwara mereka saja. Kekadang aku rasa elok kita semua pakat buat pemberontakan saja utk tukar semuanya. Sebab sekarang keadaan dah sangat teruk! Rasa macam negara kita ni tak dak apa2. Tapi keparat di sana tetap kaya dan bahagia. Sampai bila nak biarkan?

Irwan said...

kita biarkan sampai adiwira itu bersedia...

yakni bila dia dah kehilangan segala tali pengikat belikatnya...

Marhaenonymous said...

semua kesusahan dan derita kita dalah kesenangan bagi mereka...mereka mmg x mahu kita maju dan cerdik!!

kulupSakah said...

yang penting jangan jadi alat..cheers!

umiawadah said...

kagum dengan ketabahan cikgu menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa...kim salam rindu pada K sham..katakan dari ida -tn zaidi dari lipis.