Friday, February 25, 2011

bob lokman - jalan yang benar - perjuangan - tanda soal -

Ya, Bob Lokman penulis lagu/lirik Isabella, Taman Rashidah Utama (aku lebih kagum dengan lirik pemecah mindanya "Di jalan sesat" nyanyian M.Nasir dan "Adam dan Hawa" oleh Ramli Sarip), Pada syurga di wajahmu dan lain-lain masuk Pas. Bob juga sudah berbeza penampilannya. Aku juga kagum.
Cuma aku boring sedikit membaca komen-komen penyokong parti yang mengalu-alukan kemasukan Bob dengan ucapan seperti "syukur, bob sudah nampak jalan yang benar", "bob dah lari dari kejahilan" dan ucapan nada sebegitu hanya kerana masuk Pas. seolah-olah selama ini dia memang teruk. Kalau bob sendiri mengakui dia jahil, itu tak mengapa. tak salah. tetapi kita yang sibuk mengukur orang itu ini jahil dan terus suci apabila masuk Pas atau PKR atau sertai PR adalah tak patut. Masuk Pas tak semestinya suci. Dalam Pas ada macam-macam topeng. jangan nak gelembung. Aku pun kenal ramai kaki perempuan, kaki kelentong dalam Pas nii. Guna imej agama tapi kuat berbohong dan sombong. Dalam PKR, DAP atau PR pun ramai. Namun begitu JANGAN PULA SILAP faham. Bukan aku kata tak bagus masuk Pas. Pas adalah parti yang paling tersusun dan berdisiplin, malah ia sangat kukuh. Ramai yang baik sebagaimana aku percaya dalam Umno masih ada ramai yang sangat baik. aku biasa jumpa. Cuma orang baik dalam Umno adalah orang penakut dan dunia rosak disebabkan orang baik yang sangat penakut menegur orang jahat.
Sekali lagi diulang - Bob masuk Pas sangat kita alu-alukan. Bob berubah imej malah nampak imejnya lebih 'alim' dari kita sangat mengagumkan. Kewarakannya kerana keyakinan terhadap Islamlah yang harus dicontohi. Menyertai Pas kerana melihat Pas satu wadah menegakkan Islam sangat dialu-alukan. Bukanlah kerana jalan yang benar ada di Pas sahaja. Ia hanya wadah. Di luar Pas pun ada jalan yang 'lurus' namun dalam konteks demokrasi di Malaysia yang memilih pilihanraya, untuk menegakkan Islam harus melalui parti politik maka Pas memilih memperjuangkan Islam. Ya, tak salah dan sangat betul.
sekali lagi untuk difahami - aku cuma tak setuju jika ada yang mengatakan jalan lurus hanya di dalam Pas. itu saja.
satu lagi aku tunggu ialah melihat golongan seniman/karyawan dan artis terus berani mencontohi Bob. Bukan jadi 'warak' tetapi berani melaungkan kebenaran dan menentang ketidakadilan. Yassin brothers pernah mengakui dia peminat PKR dan tak gentar mengakui kerana kita sudah patut menerima konsep "agree to disagree". Tapi ramai yang masih spesis 'kondom' (play safe).
bayangkan Amy Search menjerit "takbir" di konsertnya atau Mawi melaungkan "reformasi". Tunggang terbalik BN aku rasa. Jamal Abdillah pula kata "jauhi dadah, perangi rasuah! Ada rasuah adalah dadah!"
malangnya mereka masih was-wasilhonnas. M.Nasir dulu banyak hasilkan lagu-lagu perjuangan tapi masih kecut selepas disergah isu "siapa mahathir" dulu. kah kah kah!
Ayuh kaum artis! Jom selamba je!

di bawah ni lirik "di Jalan sesat" karya Bob Lokman nyanyian M.nasir dalam album saudagar mimpi.

apakah takdir mimpi ini mendatang berulang kali
berdarah penuh di tanah sedang tangan menongkat langit
apakah yang kuperjuangkan
apakah yang dipertahan
apakah mesti aku jadi pahlawan
oh tuhan tidaklah aku layak untuk syurgamu
namun aku tak berdaya menahan panas nerakamu
curiga di mata orang bagai mentari rembang
bagaikan aku berdosa pada siapa saja
sedang tuhan di mana-mana melihat semua dosa
dalam serata usia walau ditelan segitiga bermuda
selaluku mengulangi dosa yang telah kubuang
diikuti kembali mengapa begini
mengapa begini
sedang tuhan tahu sesiapa untuk neraka untuk syurga
aku tak terpaksa memilih syurga
demi pengertian pada hukum alam
dan sesungguhnya aku cinta padamu tuhan
walaupun sesat jalan

12 comments:

saya pon suke said...

salaam..

betol der..lagu ni lah lagu plg gua suke hasil dr bob lokman..terbaeek..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam bro
jalan lurus banyak cabangnya ...lidah bercabang tidak lurus orangnya..

budak sebelah taman said...

aik! kenapa macam uneasy saja bro?
aku tau la kau macam tension dgn PKR dan kau jadi macam abg mat saman kati.
jangan macam tu bro,kau nak kutuk PAS pun kau tak pernah join usrah dan aktiviti dalaman kami.
aku terus terang kata,aku dulu 80an pun rock yg mungkin kau susah nak faham(zaman hardrock cafe di TTDI dan red rooster kat bukit bintang) battle of the band kat ipoh(group aku semifinalist tau).

aku dapat hidayah pasal ada mamat sorang ini PAS totok(walaupun rock jugak) ajak aku,dan alhmadullilah aku byk berubah.mungkin BOB pun sama kot,mana kau tau?

TAPI aku tetap anti UG he he..

kulupSakah said...

uneasy? cuba baca betul2. aku dah agah dah reaksi gini..
kan aku alu2kan
cuma soal 'kembali ke jalan yg lurus'tu je aku tegur. ini segelintir penyokong pas.
soal matlamat pas dan minat bob terhadap pas aku tak kisah dan hormati. pas sangat tersusun.
macamana kau tahu aku tak pernah ikuti usrah pas? salah tu...jangan baca aku ketika di hulu langat saja. cuma 'menyantuni' golongan umno dan bukan pas untuk ikuti usrah perlu digiatkan dengan lebih kuat lagi agar program pas tak dilihat oleh org bukan pas hanya untuk pas saja..ini kesempatan terbaik untuk pas mendekati lagi.(oleh kerana kau di hulu langat, aku khususkan tempat dekat dgn kau..depan pjbt tu sekeliling orang umno, mereka tak dihiraukan, aku telah berkesempatan join mereka. ini benar bro..duduk restoran mamak tu tak mengembangkan pengaruh, haha!)
aku akui dan tak pernah nafi jasa pas yg menarik ramai golongan termasuk rockers untuk menyertai. sangat bagus!
soal kecewa dgn pkr, haha! jangan salah faham. sila faham. aku tak kecewa dgn apa2 sebab aku tak gantung dgn siapa2 dan apa2. inilah budaya yg kita kena terapkan. kritik juga kawan jika tak setuju. mula2 ikut saluran - jika gagal - terus kritik. kerana sayang.
- ya, aku baik dgn mat saman kati tapi soal pendapat tak semestinya sama dan itu yg kita saling hormati.
terima kasih!
(jangan tengok yang 'kritik' saja..cari yg mana boleh kita majukan)

kulupSakah said...

budak sebelah taman,
inilah masalahnya jika kau terus merahsia tak mahu berkawan dgn aku - diskusi untuk sama2 memperbaiki tak dpt dilakukan.

budak sebelah taman said...

bro kulup

percayala aku juga "belasah" pemimpin aku tak kira peringkat caw,kaw,negeri even pusat.
kadang2 aku juga kena "belasah" he he oleh mereka.

tapi it all happened peringkat kami sahaja,tak kecil hati pun kami,infact we become more open and closer(depa tak pecat pun aku),percayala teguran aku memang kritikal sungguh.
maaf bro dari jawapan kau di atas,aku percaya kau tak berapa faham maksud usrah dalam konteks PAS.

P.S. we have met bro.

kulupSakah said...

ye ye..aku kurang faham usrah dalam konteks Pas..aku selalu terlupa Pas dan Islam dua benda berbeza..lupa lak..

zuraimi said...

brother kulupsakah & brother sebelah taman... cukup kot...

bagi aku masa baca awal2 rasa nak marah gak ngan brother kulupsakah... tapi bila baca rangkap2 seterusnya aku mula faham dengan apa yg ingin disampaikan...

mungkin brother sebelah taman takut org2 yg mencari kesilapan dan berada diatas pagar akan memakai buah2 pukulan itu sebagai alasan atau jalan mudah utk menjadikan dalil bhawa PAS dan UMNO sama je...mmmmm...tanpa mengkaji rahsia ayat tersurat yg ingin disampaikan..

tapi apa2 hal... isu ni tak perlu dipanjangkan... tak gitu...

kulupSakah said...

betul

budak sebelah taman said...

bro zuraimi

aku pun rasa cukup tapi ayat kamu agak BIAS(melayu cakap apa haa?),
Tapi ini blog kulup so aku boleh back off a little bit tanda hormatku kepada bro na***.

zuraimi said...

bro sebelah taman...

maaf jika apa yg dikatakan tidak dapat memuaskan hati kedua2 pihak..dan secara kebetulan jika dilihat lebih cenderung @ berat sebelah kpd satu2 pihak... (tak disengajakan dan tak bermaksud)

cuma nak jadi org tengah supaya keadaan menjadi tenang...

* ahli bawahan pemuda Pas shah alam...

Anonymous said...

nada KS sama macam joyah dari utusan malaysia ketika berbicara soal hijrah bob, any words can be manipulated bro, kalau benda kecil habuk kita highlightkan jadi besar lah ia, btw it's ur blog, so suka hatilah.......