"Kita mesti bersatu. Melayu semakin tergugat sekarang." kata Cikgu Kama, guru besar sekolah yang juga rakan sepermainan sejak kecil. Pandai menyelit-nyelit akhirnya dia memegang jawatan setiausaha pemuda parti songkok kat kampung. dia dengar dari kawan-kawan yang aku ada blog dan kuat melawan, lalu satu hari dia datang ziarah membawa hajat.
aku : melayu umno ke tergugat? melayu lain aku tengok biasa je...yang susah tetap kena kerja, yang senang pun kena berhempas pulas dalam ekonomi yang teruk ni...cuma puak atas tu je yang gelabah.
dia: kau tak sedar ke lup, cina keling sekarang makin naik mua..mintak macam-macam. sampai hak istimewa melayu pun dia nak sentuh!
aku: hak istimewa apa yang kau rasa sebagai melayu? beli rumah dapat diskaun? atau biasiswa belajar kena bayar balik? yuran sekolah percuma? kah kah!
dia: kau tengok penang dia dah halau melayu semua..
aku: tanah rezab melayu tinggal tak sampai 5% sebelum mac 2008 kau tau? masa tu kerusi umno paling banyak tapi bangang pi bagi gerakan pahal?
dia: emm...er...tengok kampung buah pala..
aku: itu kes peninggalan BN..buat pa pi jauh-jauh? meh tengok kg.berembang, kg.chubadak, kg.bandar dalam, kg.kerinchi sampai kg.baru pun dah tergugat. sapa punya kerja?
dia : (terdiam) tapi kita kena berpadu. masalahnya nik aziz ni pengacau, haji hadi dah setuju dah..
aku: kan nik aziz kata dia setuju dengan syarat umno terima islam sebagai ad-din?
dia : yalah...slow-slowlahhh...nanti kita ubahlah dulu..yang penting bersatu dulu..aku pelik ngapa Pas sanggup gadai agama bergabung dengan DAP?
aku : maksud kau kerjasama umno-MCA rompak PKFZ tu bagus?
dia : eheh...taklah tu, Perak masa Nizar jadi MB habis tanah bagi cina sampai beratus tahun pemilikannya.
aku : cina miskin, melayu india miskin pun dapat jugak...yang genting, langkawi, pangkor tu cina kaya dapat macamana? seorang kaya dapat tanah yang luas.beratus tahun jugakan?
dia : ya..tapi kita jangan ulang lagi kesilapan tu..kita kena ke depan..bersatu! islam akan teguh kalau melayu kuat.
aku : hadis mana tu? hihi..
dia : ya Lup, kalau melayu kuat islam akan kuat!
aku : cina dan india islam nak duduk mana?
dia : kita jaga kepentingan mereka..
aku : Kama, 50 tahun malaysia merdeka takde sesaat pun kerajaan lain memerintah selain umno. sepatutnya melayu makin kuat dan tak tergugat di bawah perjuangan melayu umno. kaum lain pun akan kagum dengan kekuatan melayu dan kemantapan islam jika umno buat betul2. mengapa setengah abad makin lemah? umno buat apa?
dia: itulah aku cakap, kita kena bergabung untuk menguatkan semula yang lemah. cina india dah makin mencabar.
aku: ye ke? Soon Kooi tauke welding tu dah turun temurun niaga, kedai selvam pun sama. adakah depa mencabar? depa nak meniaga dengan amankan? hei kama dengar sini betul-betul. takde satu kaum pun atas dunia ni boleh bersatu termasuk yahudi. semuanya berpecah-pecah kerana ada fahaman masing-masing. itu realiti. manusia hanya akan bersatu jika ada kepentingan. melayu-india-cina yang di atas bersatu padu merompak melayu-india-cina yang di bawah. kau ni dipermainkan oleh mereka yang mahu mempertahankan kuasa yang terhakis. tapi jika keadilan dibagi betul2, semua rakyat berbilang kaum akan aman dan cintakan negara ini.
dia: aku cuma tak mau melayu tergadai di tanahair sendiri, macam singapore..lepas tu penang..
aku : singapore, presiden umno yang bagi kat kuan yew. hei kama! dengar lagi..dalam dunia sekarang termasuk di malaysia hanya ada DUA KAUM saja.. KAUM PEMODAL dan RAKYAT. malaysia ini sebenarnya diperintah oleh KAUM PEMODAL alias kapitalis. bukan BN atau PR. itu cuma wayang saja wal hal merekalah di belakangnya. mereka akan tengok dasar kerajaan yang mana akan menyebelahi dan menguntungkan mereka dan mereka akan bantu melabur kemenangan kerajaan yang akan menyokong mereka. kerajaan yang memerintah akan tunduk akur dengan mereka kerana mereka ini adalah bank. aku setuju kita berpadu tapi bukan dasar kaum melayu atau apa-apa. aku bersetuju bersatu sebagai 'kaum rakyat' yang terdiri dari melayu-cina-india-kaum lain untuk menumbangkan kapitalis. mereka telah goyang dengan kebangkitan rakyat dan kerajaan yang banyak termakan budi dengan mereka juga sedang ketakutan lalu isu ketuanan terhakis dimainkan..bla..bla..
dia termenung, tak fahamkah atau sedang cuma memahami permainan silap mata politikus yang aku cuba bongkar..ketika kawan-kawan kedai kopi aku yang kerja biasa2 boleh faham, cikgu besar ni amat slow otaknya....
dia terhangguk-hangguk macam faham tapi dengan perlahan dia berkata," kita kena bersatu juga demi melayu.."
LANTAK KAULAH!
kami pun blah pergi menahan jaring kat sungai Batu 7.
p/s: untuk mempelajari cara-cara menahan jaring atau lukah sila rujuk gambar ehsan mangga online di atas. hidup melayu! ( harap menteri KDN @ pejuang ketuanan bersemangat melaungkannya sambil menghunus 'keris' yang tegang)
20 comments:
bapa inci songkok brader tu, macam armand kah? kah kah kah
Nama betui kaa,nama samaran si 'kama' ni? Lagi best kalau habaq dia cikgu besar sekolah mana.
i LIKE tang dua kaum tu. Well said!
Btw, alin tadi tu.
Bro, aku risau kalau dia guru besar sekolah anak aku. Takut budak2 sekolah tu jadi bebal mcm guru besarnya. Tolong dedahkan sekolah mana?
dasar kama sutra. ceh
abis laa murid2 sekolah tu jadi pro kerajaan lepas ni..hehe
aku mula jengkel sebab ada gambar camni dalam blog ni...
kau lihat pengomen lain langsung tak kesah dengan gambar tersebut sebaliknya mengomen isi yang diutarakan.
aku tau pembaca blog ini bijak, tau yang mana 'isi' yang mana hampeh.
jangan kau pedulikan hampeh kerana melayan hampeh tertinggal isi.
Gambar sebagai hiasan tu....! Adoih!
gambar utk menguji iman pembaca blog...wkakkaka...
gambar tu bahaya lup. boleh mencetus ketegangan tu.
ya! sekarang mari cerita psl gambar tu..hih
Hahaha! (gelak pada respon kulup pasal gambar)
penafian terpaksa:
"dasar kama sutra. ceh" tu komen aku semata-mata untuk cikgu besar songkok tinggi yang bernama kama dalam isi cerita kulup.
hampeh gadis gebu tu aku jeling aje. takde kena mengena dengan komen aku.
sekarang aku nak gelak dengan penafian ini. kenapa aku terpaksa melakukannya...hahaha
ye...itulah sebenarnya..apalagi ye tak?
yang salah tetap salah. tak kira camana pun kau goreng ayat kau...
orang lain tak berani tegur sebab kau diorang anggap kau berhala
(aku mula kesian dengan diri aku sendiri)
dah lah...
irwan,
aku tak goreng, ada sesuatu yg cuba aku sampaikan. aku terlupa pembaca blog ini terdiri dari berbagai peringkat dan daya menafsirnya.
aku sangat2 minta maaf jika kau terganggu
2)jika pengomen lain tak senang bila kau kata mereka anggap aku berhala, aku harap kau mimta maaf juga. ini kerana ada di antara mereka kawan2 aku yg macam saudara.
bukan tuhan...
wallahua'lam
Aiseh fendi, kenapa la aku berjanji nak jaga mulut.
Tapi, ginilah... First impression aku bila org masuk sini tapi pandang gambar pompuan tu lebih utama dari isi entry ni....yg pertama, mestilah tak berapa bijak org tu. Kepala/akal mudah distracted bak kata org kampung aku. Yg ke-2, bila ada isu lebih penting hendak dikupas tapi lebih nak komen benda sampingan lain yg tak berapa penting, aku samakan dia dgn chua soi lek la kan -- akal di 'situ',maa. 'Itu' yg nampak dulu dan dianggap lebih penting.
Bagi aku, kalau isteri fendi rilek tak rasa tergugat dgn gambar ni, apatah lagi datangnya dari RONASINA yg kini merupakan 'public asset' yg tak perlu 'cheap stint' like some ppl, siapa kau,kau,kau dan kau nak mempersoal teknik dia dlm 'mendidik' pembaca2 dia?
Dan fendi ni mcm berhala kwn2 dia?? Bwahahahahaha. Aku mesti lah terasa sey. Utk makluman, aku anggap fendi,sham + anak2 mcm saudara sedarah aku sendiri. Kalau tak setuju,aku akan tegur dgn cara berkias. Mereka adalah sumber inspirasi kpd ramai org -- kerana ketabahan,kesabaran,kekuatan prinsip. Kau? Ada jadi sumber inspirasi sapa2 tak, irwan...?
Sori lah fendi. Malam ni mmg penuh dgn 'tragedi buah limau busuk', tu yg bunyi mcm serius sket. haha
peluk cium ke burfday gurl!
Alin.
kah kah kah berhala?berhala/sejak bila lu jadi berhala?kah kah kah
yg sibuk pasal gambar lebih dari isi ni apahal?nak jadi chua soi lek ke?isi kasi debat,gambar kasi faham dan kasi faham..gambar cuma hiasan..
kalau nak debat gambarm,sila debat pasal gambar..tapi gua tak boleh blah bila irwin kata lu ni berhala..kah kah kah
ni ayat org selalu pakai songkok 8 inci ni...hahahahahaha..sabarrr je la fendi oiii
songkok 8 inci? kalau aku mampu beli benda tu, aku dah kira kaya dah tu. tapi tak...
berhala = idolize
aku cakap pasal aku.
Aku mintak maaf kepada semua kalau korang salah paham tapi korang semua pun tahu aku sedang bercakap dengan Tuan Kulup.
Nilah goreng yang aku cakapkan.
Dah lah.
Saya mintak maaf.
Post a Comment