Monday, April 18, 2011
antara dua sampah..
"apa hal pak jabor, menung je?" sapa aku. Pak jabor tersentak,tersenyum tawar. menggosok mata. apasal lak menangis orang tua ni? "takde apa.. duduk melepak takde kerja ni mulalah terbayang macam-macam." sengihnya kembali ceria. Pak Jabor pencen JKR. ada 3 anak. Yang bongsu perempuan. Yang sulung sepasang kembar lelaki. Kasim dan Karim. Aku ingat lagi. Kasim adik Karim abang tapi Karim digelar 'karipap' oleh Pak Jabor sejak dulu sebab kurang pintar berbanding Kasim. Kasim selalu dalam ranking pelajar terbaik manakala Karim ranking pelajar slow-motion. Jauh beza walaupun mereka seiras hampir serupa wajah. Karim cemerlang dalam sukan dan permainan tapi Kasim lebih lagi. Pelajaran dan sukan. Pak Jabor selalu memuji-muji Kasim bila berborak dengan kawan-kawan. Karim kurang disebut. Hari ini Kasim dan Karim sudah berkeluarga. Kasim kerja hebat, pegawai besar. Karim hanya bekerja memandu lori sampah. "Kasim jarang balik. Sibuk kerja banyak. Mujurlah Karim ada kat sini. Dialah dok hantar aku ke hospital ke, ke mana kalau aku nak pergi. Kadang-kadang Som (isteri Karim) atau Iqbal (anak Karim) datang hantar lauk. Lega sikit." Aku nampak ada kesayuan dalam kata-kata itu. Anak yang ditatang 'jauh' sedang yang 'karipap' itulah terus berbakti. Sampai di rumah tadi aku ternampak lori kutip sampah depan rumah aku. Aku balik bekerja berpakaian rapi. Mereka bergelumang sampah. Anak isteri mereka mungkin geli nak peluk waktu mereka sampai rumah petang nanti sebelum mandi. Tapi jika mereka tiada, siapa yang hendak pungut sampah kita? kalau semua orang jadi pandai kerja besar, siapa nak angkat sampah? Baju mereka busuk kerja mereka mulia. Anak isteri diberi makan dengan kerja ini. Ada yang berbaju wangi tetapi busuk bergelumang sampah dan najis rasuah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam bro
lebih baik dari artis pompuan ni
betol3 der..mereka lebih mulia dr sampah yg mkn rasuah..ptuihhh
perasuah lebih sampah..sampah yang mencemar dan menyemakkan..kita bakor je sampah2 tu..!!~
Post a Comment