Thursday, April 14, 2011

Katak-katak yang melompat itulah PEJUANG sebenar!

hari ini aku tersedar yang aku telah tersilap. selama ini aku juga macam orang lain, menuduh pejuang-pejuang yang dulunya gah tetapi kemudiannya menjadi katak itu pengkhianat. aku salah. aku terikut-ikut dengan orang lain mengatakan ezam, zul nodin, lokman adam, gobala mahu pun hari ini RPK adalah pengkhianat. aku minta maaf kepada mereka.

sebelum menuduh mereka pengkhianat aku kaji diri aku dulu. adakah aku telah melangkah sejauh mereka sebelum aku gugur dan melompat menjadi katak? pernahkah aku menganjurkan demo besar-besaran, berkempen membongkar rahsia-rahsia penyelewengan pemimpin negara, mengedarkannya ke setiap pelosok negara seperti yang telah mereka lakukan? pernahkah aku berpidato membakar rakyat sehingga kerajaan goyang dengan aku? pernahkah aku ditangkap, diseksa, dilokap, dibicara atau aku lari meninggalkan negara dan merempat di tempat orang?

tak pernah.....
layakkah aku menuduh mereka pengkhianat dalam perjuangan sedangkan aku sendiri tak pernah buat apa yang mereka buat, lepas tu aku pun gelarkan diri aku pejuang juga? jika mereka gugur dan melompat pun mereka telah melakukan semua itu sedangkan aku hanya dok dengar ceramah, pasang bendera, hulur seringgit dua, bertempik takbir saja. itu pun aku bangga mendabik dada mengatakan aku pejuang. ada juga yang mengutuk mereka pengkhianat tapi muka kamu sendiri pun kamu tak berani nak angkat...

sekurang-kurangnya mereka berjuang dan sehingga hari ini juga sebenarnya mereka masih lagi berjuang menjatuhkan BN. mereka walaupun dah melompat dan mengutuk PR tetapi tingkah laku mereka sebenarnya membuatkan orang bertambah benci lagi kepada BN. Tidakkah itu menunjukkan yang mereka sebenarnya masih lagi sedang berjuang membuat rakyat membenci BN?
Ezam dan zul nodin hari ini sedang berjuang menjatuhkan BN dengan mengutuk anwar. makin kuat dia kutuk makin benci rakyat kepada BN. Perjuangan Zul dan Ezam ini harus kita puji.
Jangan buruk sangka dengan mereka. Jasa mereka dalam perjuangan menjatuhkan BN semalam dan hari ini sangat besar. Kita aje yang masih pengecut dan tak berani. Kita ini jika dibandingkan dengan mereka sangat jauh bezanya. mereka adalah pejuang sementara kita adalah lepat pisang.





12 comments:

kuden said...

alamak bro, aku kompius ni. ko serius ke atau kau perli diorang?

Pena Marhaen said...

baru aku faham erti perjuangan dan sapa itu pejuang..terima kasih sebab sedarkan aku..hehe

budak ulu said...

teman berjuang dalam hati je...agak2 lepat pisang juge ke?..

mahaza said...

leat ubi takde?

Cikli said...

lepat pisang takpe, jgn jadi lompat tikam belakang

kamha said...

bro.memang kau bijak.idea begini yang kita cari.orang tak nampak bagaimana katak-katak itu berjuang.cayelah bro

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...
This comment has been removed by the author.
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sup katak sedap

Irwan said...

Betul, bro. Pejuang sebenar takkan berganjak dari motifnya dan dia akan terus berjuang dalam palatform apa sekali pun....

Kalau entry ini jujur, aku puji dengan ketulusan bro sebab mengaku. Mengaku salah dan tersilap juga adalah sifat pejuang.

Kalau entry ini adalah sarkasis seperti kuden kata, maka aku tak paham dengan entry ini. Hehehe.

Anyway, apa pendapat bro tentang RPK punya af'al barubaru ni?

Anonymous said...

Ko kudin kok lembab bangat sieh...

Aku pun stuju. Aku selalu mencarik org yg sokong para katak2. Cantik2 aaaa.... ada katak puru, mcm2 species berbelang2. Colour gold tu nampak ganteng lagi elegen gitu....

Dulu aku tak kenal zul nordin. Lama2 aku tengok hensem nya bertambah2 malar segar.

Si zahrin pung sama. Dulu muka mcm kuih abok2. Tapi skrang segar bugar dgn poket2 kat baju kemas menggebu2.

Ah yg lain pung apa kurangnya.

Jom kita raikan diorg nak tak? Kat otel mana yek? Otel 10 bintang ada tak? Meke2 ni berjasa besar tau. Ko kuden kena ingat senang ke nak ngubahnya landskap negara ni? Aku mmang dah tak nyabor nak bagi bunga di pentas nanti.

Besar tau pengorbanan diorg menyemarakan lagi kejijikan rakyat pada be end.

EEiiiiiee loya aku.

kulupSakah said...

memang aku ada ditanya pasal RPK,
mudahn je..jika kau muncul di media BN, maknanya kau apa?

lepat ubi lagi sedap said...

tp ,gua lagi suke lepat ubi yg dibuat oleh mak gua..tp lepat pisang pon boleh laa..