Sunday, April 10, 2011
tiunaseng!
aku ada sebuah kereta yang murah bayaran bulanannya dan tidak diselenggara dengan baik. namun jasanya cukup banyak terutama untuk mengangkut barang jika ada dapat upah katering kecil-kecilan. disember lalu seorang ustaz telah memperkenalkan aku kepada seorang ustat gak. ustat ini telah dapat job angkut budak sekolah pergi-balik, dia perlukan kereta. memandangkan kereta aku itu selesa, dia mahu pakai. aku terangkan keadaan kereta tersebut yang tiada pendingin hawa, bocor power steeringnya. dia tak kisah dan berjanji akan membaikinya. tiada paksaan apa-apa pun. dia mahu guna kereta aku. tiada syarat apa dan perjanjian bertulis - atas kepercayaan saja. cuma dia sambung bayaran bulanan saja tak sampai rm400. satu hari dalam bulan februari dia telefon mengatakan kereta aku masih bocor power steeringnya walau dah ditukar suis yang selalunya bocor di situ. aku kata power steering tu mesti ditukar satu ketul, tak boleh diganti parts yang kecik2.. lalu aku kata nantilah dulu.. seminggu dua kemudian aku sms dia pada hari ahad yang jika tak berbaloi, pulangkan saja kereta tu kerana tak mahu menyusahkan dia. senyap sehingga 3 hari kemudian dia telefon aku mengatakan baru saja buka henfon dan nampak sms itu ( ye ke?). "kereta tu dah kena tarik jumaat sebelum awak sms hari ahad tulah Lup!" Aduuuhh! Kenapa dia tak bagitau awal2? "Awak tak bayar ke ansuran bulanan tu?" tanya aku. Dengan gelak kerang dia jawab tak, tak sempat busy sangat. Ceh! 3 bulan dia tk bayar memanglah kena tarik. aku meminta supaya dia menjelaskan bayaran 3 bulan tu kepada aku. patutnya bajet tu mestilah adakan? setiap kali aku telefon dia janji akan bayar hujung minggu tapi haraaammm!! sms usah cakaplah, tak pernah jawab! aku berlembut sebab aku tahu mungkin dia orang susah gak tapi sekarang aku pun susah..aku bakal disenaraihitam. dia cuma berhutang dengan aku aje... aku minta duit 3 bulan saja, upah tarik dan sewa tapak stor aku usahakan. tapi haram! aku telah pergi ke sekolah agama tempat dia mengajar, berunding. dia berjanji lagi dan lagi..bagi tempoh seminggu. aku terhangguk macam budak bongok. ok! takpe...baik sangka.. seminggu berlalu. tiada sms mahupun telefon. periksa akaun - tadak! esoknya aku pergi lagi ke pejabatnya. dia menyambut dengan menepuk2 bahuku. "amacam?" tanya aku. "belum lagi!" jawabnya sardin. aku sudah tak mahu dibongokkan lagi. aku tendang partition, tercabut dua laci meja. dua staf yang ada di dalam terkejut. ustat ni terkejut juga, mungkin malu dan dia juga naik marah kerana diaibkan depan kawannya. "jangan bergaduh di sini. nak bergaduh ayuh di luar." katanya. "kalau bergaduh pun hanya dapat sakit je.." jawabku."kau langsung tak berusaha. kau tak pernah fikirkan pasal aku. jika aku pecah2kan kereta kau sekarang, pasti kau tau cari jalan macamana nak cari rm1200 kan?" "kau tak patut membabitkan orang lain, mengamuk depan staf tadi.." "ohhhooo..kau buat aku takpe..aku blacklist tau? berapa lama aku nak nanti..nanti..kau tak telefon tak sms..kau nak bayar ke tak nak ni?" "nakkkkk....tapi baru ni aku balik kelantan.." "boleh balik kampung lagi?" "okey, 3 hari lagi aku bayar!" janjinya. "podah! aku tak percaya kau lagi. dengar sini. kalau kau tak nak bayar, kau cakap je tak nak bayar. aku tak nak tengok muka kau lagi!" dia mudar mandir kegelisahn, menyarungkan kasut dan berjalan meninggalkan aku. aku menjerit di koridor." kau nak bayar ke tak? tak nak cakap tak nak?" "tak nak!" jawabnya. "hah baguslah ustat pembohong. haramlah dunia akhirat!" kata aku. - putus hubungan. hingga hari ni aku masih tak tau di mana kereta aku disimpan. anak aku sakit. aku pun. dia sudah boleh tidur lena. aku belum. padan muka aku! tunaseng!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
cilaka punya ustaz... betul betul cilaka!
ustaz macam ni memang tak boleh pakai..
sendiri sesat dan menyusahkan orang..!!
Aku dah lama tak percaya dengan ostad-ostad nih! Masa aku dalam perkhidmatan dulu, ada satu ostad hari2 pau rokok aku! (kuar Al-Azhar tu!). Kalau dia pinjam 10 hinggit, anggap sedekah aje lah!
pakcik kulup sabar.
tapi apsal kereta tak ambik lagi?
salam
jenis memang nak kena penampo kiri kanan..tu kalau berlembut segala dalil keluar...aku angin betul org agama agama yg jenis macam ni
bujal x,
mana aku ada duit woii..dah nak masuk 5 bln ni
Salam...
N3 hebat..
Rugi x pe..janji hati puas...dapat lepaskan apa yang terbuku... Untung rugi tangga kehidupan..Yang penting ingat berapa kali kita menyusahkan insan lain dan lupakan berapa kali insan lain menyusahkan kiata..Untung dan rugi bukan penentu kebahagiaan..hehehe
ostad cr mkn...poorracittt!!!..afundi brutalsolo
mmg x berkenan btol aku ngan manusia jenis ni...bg dia agama tu utk org len...!!
nasib baik kau tiunaseng(mencarut ke tu ha?)kat diri sendiri dulu kalau tidak aku yg akan buat kat kau.
1st salah kau sebab kurang cerdik punya deal(tak kisahla dgn siapa,tok guru sekali pun).
2nd baru org yg kau panggil dia ustaz.
keturunan aku panggil makna ustaz lain.penyair pun kami panggil ustaz.(ehem aku bagi clue siapa aku).
pls bro let me help you.publish yr a/c no or email me at asjj66@google.com(lagi satu clue)
jANG INI NAMA NYA USTAZ BAHALOL BIN SAMDOL n juga ustaza khadap katir hahahahahha ............. nak tahu apo makno khadap katir ekau tanyo lah org yg pandai bahasa surga kah kah kah..... lagi satu posan den, biar si khadap katir tu tipu ekau jgn ekau tipu dia...
tibai jer die di alam barzakh hahah
budak sebelah..
kalau nak menyakitkan hati org tak payah nak komen..
kami tak kenal awak.. awak tak jujur... siapa pun awak kami tak nak tahu...
nak publish no ac.. i ngat kami peminta sedekah ke... meluatlah dengan awak..
sham isteri kulupsakah...
ok sorry sham,aku minta maaf and akan back off.
aku tidak bermaksud seperti itu.cuma aku kurang faham,apa yg korang nak aku/kami komen.maki ustaz tu dan kata kesian kat korang,itu saja ke apa? pls aku tak faham.pls bagi aku faham.
sorry.
kami maki ustaz tu sbb dia buat dajal dan tak amanah... dan menyusahkan kami sampai kami black list. sedangkan semasa dia ambil kereta kami tak minta deposit walau seposen pun.. dan kami pun tak tanya apa2 sbb percaya... jadi apa yg awak tak faham...
dan pasal nak collect duit utk kami, kalau kami susah pun ramai kawan2 yg kami kenal boleh bantu...
sham
ok sorry sham,i will back off from now.Walaupun i really dont understand what do guys want to gain from all this pendedahan tentang keluarga korang.i might be rude in questioning but sama spt naz.. i pun sedikit celupar dan outspoken,tapi hanya allah yg tau niat saya.
anyway good luck,semoga allah melindungi kalian dan aku akui korang memang hebat dan bukan semua orang boleh se tabah kalian.
wasalam.
ini blog kulup sakah blog saya aku oku.. pendedahan keluarga kami.. suka hati kamilah nak tulis apa pun di blog kami.. u suka u baca tak suka jangan baca.. kami menyusahkan awak ke?
sham
ini header kat muka depan tu "dalam perjalanan pulang melalui lorong hidup, pasti banyak cerita tersangkut di kaki limanya"....
sham
This is one of the most incredible article I've read in a really long time. I hope you update this blog often because I’m anxious to read more about.
school uniform fabric wholesale
school uniform check fabric
Post a Comment