Tuesday, April 12, 2011

tapi aku tak peduli aku akan rock sampai tua!

sesiapa yang lahir-membesar- remaja atau belia era 80an, pertengahan terutamanya tak dapat menafikan yang mereka tersimbah dengan pengaruh ROCK. Sama ada kamu pakai seluar ketat kakachi atau tidak, berboot kulit berenda atau kasut aliph, nike atau tidak, atau ada key di poket belakang dan berbuckle tengkorak atau tidak, berambut panjang atau togel, berbaju loudness atau pakalolo atau tidak, pekena dam, siong atau tidak - kamu rockers! itu yang berlaku pada kami. tapi yang ramainya adalah rocker jadi-jadian. hanya fesyen je. bukan attitude. bukan tahu pun pasal rock. hanya tahu muzik bising, suara meneran dan gorengan gitar. rock masa tu adalah rock acuan URTV dan Pancaindera Mingguan Malaysia. Kalau URTV kata band tu best sebab vokalis dan guitarisnya cun band tu best! Kalau Freddie Mercury yang bermisai tepet tu lahir kat Malaysia dah tentu melingkup balik kampung menoreh. Jangan harap dia nak popular. Aku tak mampu pakai fesyen2 bermafla langsir, berkasut kulit macam kawan-kawan aku masa tu. kadang-kadang aku dipulau sikit sebab takde baju rock. Kawan-kawan aku bukan tau apa pun. sekadar reti conteng vandalisme simbol lidah terjelir ada lambang nazi (rolling stones), conteng Iron Maiden. Mereka tak tahu pun lagu Queen, Led Zeppelin tu hapa, Black Sabbath jadah bende... toksah cakaplah Cream ke Uriah Heep ke.. Yang depa tau sebenarnya Glam Rock. Dressing macam Poison. Lagu Ballad Rock yang selalu radio RTM putar - lagu2 jiwang Scorpions. Sampai hari ni kalau Search bikin konsert, lagu Isabella masih jadi anthem lagi. Kah kah kah! RockRock Rock... Ia bermula bila Battle of the Bands menggempur Malaya. Siapa tak kenal Search, Lefthanded, SYJ, Bloodshed, Rahim Maarof n White Steel, BPR, Ella n the boys. Yearghh!! masuk second batch - Wings, May dari juara2 Rock, d'Febian's (sebelum vokalisnya menukar identiti menjadi Bandi Amok). Sebelum tu Rusty Blade dari Singapore kemudian Rockerz dan sampailah ke XPDC dan band2 nyanyi lagu rock nangis2 huhuhu... Sebenarnya Rock N Roll di Barat dah merudum masa Battle of The Band sedang hot. Led Zep dah disbanded bila drummernya meninggal dan beberapa band pun dah biasa je. Malah Ramli Sarip pun dah keluar Sweet Charity (band melayu terawal rakam lagu Rock dengan memelayukan rock - berjaya). Tapi kawan-kawan aku tak minat Ramli. Sapa orang tua gempal ni? Kah kah... mereka gila Amy, Awie, Ella, Man Bai Gersang, Ekamatra (kih kih)..budak-budak felda lagi haru. turun pekan siap borong tah band hapa pun dia sapu - Olan ke, Kejora ke..tahapa lagi tah.. M.Nasir handle Search, Wings, BPR dan beberapa band lagi. aku rasa zaman rock ni Datuk M.nasir ni betul2 kaya. boleh terbit 2-3 album rock dalam masa serentak di studio sebelah-sebelah. Ramli Sarip handle Lefthanded dan Ella. Sound Lefthanded pun dah macam Sweet Charitu dan Nash punya tone pun macam Ramli masa awal2nya. Amy dengan style Robert Plant + Mick Jagger + Freddie Mercury kekal rock sampai hari ini. Ella masih takde pencabar. Aku bukan ambil pot sangat dengan Ella tapi bila kau tengok dia live, wah! kau akan akui Ella bestlah woii! - Aku sebenarnya minat Lefthanded sebab muzik depa tight dan skil depa tinggi. Man Kidal (yang dah terang2 meniru bukan saja skil malah dressing Yngwie Malmsteen) dan arwah Samad memang best. Yan punya bass dalam Q'abul bikin aku melonjak. Man dayak pukul drum kadang2 macam aku tak percaya je..double paddle dia macam keropok rangup. Kelemahan mereka ialah lagu tak best- stereotype. Lepas "seruan' macam ada lagu lain yang ala-ala gitu. lirik tak baik dan tak hensem. BPR pun. kalau kau dengar album sulung dia SElamat pagi Malaysia, lirik aduhhh! Search ada pakej. Cun. Wings pun. Ada band yang main bagus tapi tak cun.band-band baru lagilah hancur. rockers jadi-jadian. macam masa nasyid top muncul grup nasyid jadi-jadian. bapok pun buat grup nasyid. hihi! dadah? Ganja? masa tu kira macam columbialah kot? hahaha! pernah kita ditanya mengapa band rock hebat Malaysia tak boleh maju sampai internasional? Sampai barat? hahaha! Senang je beb..Rock muzik depa bukan muzik kita. kalau kita main, janggal bagi depa. macam kalau kita dengar mat salleh nyanyi dondang sayanglah... cuba tengok, negro ada buat banyak band rock? Mat Salleh ramai ke popular sebagai penyanyi rap? cuba kau tengok you tube di link ni..kau rasa kelakar ke, bangga atau dia hebat? http://www.youtube.com/watch?v=bpqzgyZtLuo

13 comments:

Cikli said...

bro, orang tua macam gua je yang faham bila lu tak masukkan nama hujan, bunkface, petir, guruh, taufan kahkahkah.

kulupSakah said...

aku tak masuk dgn bende2 tuh hAHA

Walk's said...

Bro, gua setuju apa yg lu bebelkan ini. Zaman 80-an kebanyakan peminat2 muzik2 di Malaysia dihidangkan dgn muzik ROCK KANGKANG yg takder kualiti, itu label yg gua dapat katakan. Pada awal tahun 83 gua lebih banyak mendengar lagu2 yg berbentuk lebih keras dari rock iaitu "Thrash Metal" masa tu ramai lagi org Malaysia tak kenal & tak tahu apa itu Thrash Metal dan juga siapa Metallica, Venom, Raven, Exciter, Anthrax, Bathory, Sodom, Metal Church dan banyak lagi band2 yg masa tuh album2 dari kumpulan ini tak dapat masuk ke Malaysia. Pada masa tuh semua org dok cakap Search best sebab main lagu betul2 rock tapi gua cakap Search main lagu celup band Earthshaker dari Jepun, sama juga dgn kumpulan Belantara celup lagu2 band Helloween dari Jerman.
Apa2 pon bro, gua rasa kita adalah antara org2 yg punyai sama jiwa.. Jiwa gua tetap rock tapi bukan rock kapak meleleh cintan cintun, walaupon gua dah nak dapat cucu gua tetap bergelar Mat Trasher.

____\m/ (O o) \m/_____

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
bro lu sekarang kan dah tua

TheSniper said...

Masa aku cikai, pakai squier (betul ke ejaan ni?) then pakai Ibanez. Ibanez ni manja sangat. Last pakai Fender strat.

Paling baran bila pegang gitar bebudak sound "Pakcik, main 60an satu!"

Pada aku, rocker manusia ikhlas!

Pena Marhaen said...

aku suka layan filem Rock arahan Mamat Khalid..hehe

rockok said...

rock sampai tua bro... gu rase cam nak nangis jek dgr band jerman ni nyanyi lagu melayu... terharu... hehehe

Anonymous said...

rock ori tu brutal, rock jiwang tu butuh

Anonymous said...

uhh black sabbath tony iommi , ozzy or dio (master of reality/mob rules), cream clapton ... , bunkface tu jadah apa? alat make up ke?

marauhirang said...

Salam....

Pekena dam....


hahahaha

Webessay said...

I has been a great post.This is simply the best. Please keep it up.

gedek! said...

ROCK sampai TUA!

haha!

uNCLe Joe said...

jangan tinggal suruhan Allah dan Rasulnya sudah...
tak de pun nak bawak Rock masuk kubur kan...

akoo sedang ingatkan diri sendiri...