Monday, April 25, 2011

part 2: sahabat gua

kami sampai ke kawasan lapang di bukit itu. Ia seperti padang yang sudah diterangkan semak samunnya. Kebun sayur-sayuran berada di sebelah lereng. Gua tersebut tidaklah dalam dan lamannya seperti bumbung pisang sesikat.

"Makanan yang ditanam dan dimakan sendiri lebih bersih dan baik. Yang kita beli tu penuh dengan racun dan kotoran." kata Darwis. "Pemakanan penting."

Aku melihat telefon bimbit tiada 'coverage'. Huh! macamana nak tahu keadaan anak isteri di rumah. Bimbang pulak mereka tak dapat hubungi aku.

"Adam dan Hawa dulu tercampak ke bumi dan terputus hubungan. Tapi dengan gelombang suara dari laungan mereka akhirnya mereka dapat bertemu. Gunakan 'gelombang' suara batin kau untuk mendengar dan meninjau keadaan mereka di sana." kata Darwis.

"Macamana pulak?" tanya aku.

"Ah! Usah risaulah... anak isteri kau tinggal di dalam rumahkan? Ismail dulu ditinggalkan Siti Hajar di padang pasir yang terik dan penuh binatang buas. " Darwis selamba saja berkata begitu.

Aku diperkenalkan kepada kawan-kawan Darwis. Adam, Muhammad, Ibrahim, Sufian, Alif dan Pak Fakir (bapa Alif). Mereka mesra, manis wajah dan tidak sombong tetapi taidak banyak cakap. Masing-masing dengan tugas. Adam dan Muhammad memotong kayu api, Ibrahim dan Sufian membersihkan kebun, Alif tak pasti buat apa tetapi kelihatan sedang buat sesuatu juga. Aku mendapatkan Pak Fakir.

"Pak Fakir sudah berapa usia?" tanya aku. Nampak seperti 70an tetapi masih gagah.
"86 tahun." jawabnya.
"Sihat lagi ya? Apa petua?" tanya aku.

Pak Fakir tersenyum tidak menjawab. Kemudian dia termenung jauh tidak menghiraukan aku. Wajahnya sedikit sugul. Alif mencuit belakangku.
" Jangan ganggu bapaku. Dia sedang merindui kekasihnya yang satu. Jangan buang masa kamu dan masa dia. Jangan alihkan perhatiannya dengan pertanyaan yang tiada kena mengena dengan kekasihnya. Dia tak akan layan."

Aku terdiam. Darwis yang tadi menghilang muncul dan berbual-bual denganku sehingga hari hampir senja.

"Sudah hampir maghrib. Makan dulu." Sufian menghulurkan aku sepinggan nasi putih ayam kurma dan baunya amat menyelerakan.

"Bila kamu masak ni? Tak nampak pun?" tanya aku.

"Tak masak. Kekasih yang beri. Katanya kamu tetamu kami. Makanlah."

Aku makan. Mereka semua bangun seperti bersiap-siap membersihkan diri untuk maghrib.

"Kamu semua tak makan? Takkanlah aku seorang saja?" tanya aku.

"Kalau rohani kenyang, jasmani pun takkan lapar. Kamu makanlah. Tiada masalah." Jawab Sufian.

Terasa malu tapi aku meneruskan makan. Sebaik saja habis makan, aku terdengar suara azan yang dilaungkan oleh Ibrahim. percayalah! Itulah azan yang paling menusuk dada seumur hidup aku. Ia seperti satu laungan yang benar-benar 'mengajak'. Bukan sekadar mengalunkan lagu mengajak sembahyang. Hati aku berdebar.

Ibrahim kemudiannya qamat. Semua duduk didalam satu saf sementara Pak Fakir menjadi imam.

"Itulah hayat kita. Sewaktu kita lahir, kita diazan dan diqamatkan. Apabila mati, jenazah kita disolatkan. Bukankah antara azan dan solat jaraknya terlalu singkat?" Bisik Muhammad.

Aku terpempan. Sewaktu takbiratul ihram, aku memejamkan mata menghayati bacaan Pak Fakir. Apabila membuka mata aku dapati mereka ghaib tetapi aku dapat rasakan mereka sebenarnya 'ada' berjemaah sebab aku boleh dengar bacaan Pak Fakir, laungan amin mereka, pergerakan anggota dan turun naik nafas jemaah....

(bersambung)


8 comments:

Pena Marhaen said...

meremang bulu roma baca entri part 2 ni..

terima kasih sebab tolong ingatkan aku..

hud said...

the return of wak jono. best!

P.E.C.A.H.R.U.Y.U.N.G said...

great lah!

Cikli said...

mereka patut diberi email 1malaysia setiap seorang.
takde coverage takpa. yg penting email address ada.

TheSniper said...

aku suka. teruskan

ummu asiah said...

tak sabar...cepatla sikit...P1 tolong jgn buat hal:)

maun said...

Benar lup antara azan dan solat terlalu dekat saatnya...begitu juga hidup dan mati..makin lanjut usia bukan lagi pjg umur bahkan makin mendekati kematian...

Tapi yg aku heran azan tidak.. terus iqamat lepas tu solat sorang-sorang...iqamatnye panggil sape..

Sapu bersih 3 dalam 1...muadzin, imam dan makmum..hahahha

Muhasabah diri utk aku yg selalu tertinggal solat berjemaah..

Term Papers said...

The text is so much informative and worth itself.