Saturday, April 23, 2011

kita lebih alim

satu kepantangan aku ialah apabila ada orang lain merasakan dia lebih alim dari orang lain dan cuba melabelkan orang lain dengan label yang tak baik jika orang itu tak sependapat dengannya. Bagi aku agama adalah bagi 'diri' mereka dan hubungan seseorang itu dengan penciptanya adalah rahsia peribadi mereka yang mana tiada orang lain yang boleh nampak dan nilai di tahap mana seseorang itu. Aku tak boleh kata kamu sesat dan lebih teruk daripada aku. Dan dari dulu aku tak pernah cuba melibatkan diri menuduh seseorang atau sesuatu pertubuhan itu sesat selagi mereka mengakui keesaan Yang maha Suci.
Aku tak mahu terlibat menuduh Syiah, Naqsyabandiah atau apa jua tarekat, Al Arqam, Tabligh, Qadiani, Mat Matahari, Ayah Pin atau sesiapa sesat.
Senang ceritalah - ada juga sekali dua pengomen di FB mengatakan aku ini freethinker atau kurang berpedoman.
Hahaha! Pegi mampuslah dengan label. Selalunya mereka yang cuba berdakwah di fb ini jenis yang muka sendiri pun tak tunjuk. Macamana boleh kata orang itu terpesong akidah jika muka kita sendiri pun tak berani tunjuk? Kenapa tak berani? Takut kalau dikenali nanti susah nak cari makan? Aiikkk...makhluk ka yang bagi rezeki? Mana pulak akidah kamu ye dak?

Ada banyak jalan tapi tujuannya menuju yang satu itulah. Kamu kamu punya jalan, aku aku punyalah. Tuhan itu satu tapi bagaimana menghayati 'Tuhan' itu aku rasa berjuta sebab setiap orang intepretasinya berbeza. Ada yang menganggap dirinya hamba yang perlu taat dan tidak boleh langsung membantah maka dia melakukan ibadah sungguh-sungguh sampai bengkak kaki dan lebam dahi. Salahkah?
Ada pula yang menganggap Tuhan itu kekasih yang sangat dicintainya. Rindu, puji-pujian tak lekang. Tapi sesekali dia bergaduh dengan kekasihnya, merajuk dan selepas itu dia merindui lagi. Bercintalah katakan. salahkah?
Ada yang menganggap Tuhan itu bermacam-macam. Aku buat itu ini sebab Tuhan dah janji nak bagi itu ini. Bagaimana pula yang ini?

Untuk aku, aku tak kisah sebab insan itu memang istimewa kedudukannya dalam mencipta hubungan dengan penciptanya. ada macam macam golongan dan mereka ini semua berbeza pendekatannya dengan tuhan :-
ada rasul, anbia, aulia, muqarrabin, solehin, asyikin, syuhada, abidin,
ada puak yang sibuk beribadah dan mengasingkan diri dari pergolakan persekitaran macam 7 pemuda kahfi. sekarang pun ada yang tak ambil pot dengan persekitaran tapi takdelah juga beribadah sangat. Rasulullah tidak mengganggu sekumpulan manusia yang sangat warak dan menetap di masjid.kalau ada kerja atau peperangan mereka akan turun jika tidak ada mereka lepak je. ada rezeki makan, takde kalu mereka berpuasa.

sepanjang perbualan,aku hanya menerangkan perbezaan pendapat tapi sebaliknya mamat ni meletakkan aku seorang yang rosak akidah. Aikk? mengapa mesti jadi berpihak begitu? Musa tidak salah Khidir yang nampak songsang itu juga tidak salah. Kebenaran bukan hak mutlak sesiapa melainkan Dia.
lepas tu aku diminta jangan kaitkan cerita khidir dan musa sebab ia jauh.

pulak....bukankah cerita itu ada dalam Quran, dekatlah kan?
Quran bukankah dekat dengan kita.....

"takkanlah kita nak jadi khidir pakai ilmu laduni?" kata dia. Tak boley ke? Cerita dalam quran tu sekadar cerite je ke? tak perlu tahu mengapa khidir boleh kasyaf? kelebihan apa dia? ilmu apa yang dia tuntut? Rasulullah ada tak ilmu tu?

"bagaimana akhlak Rasulullah wahai Aisyah?" tanya sahabat.
"Akhlak baginda ialah Al Quran!"
- nah...apa yang ada dalam Quran semua baginda amalkan. Dan kita dituntut contohi baginda.

aku mahu tanya kalian. Ayat pertama ialah "iqra" - "bacalah!"
tapi Rasulullah reti bacakah? baginda buta hurufkan?

Apa maksud 'baca'di sini?

9 comments:

Hendra Ducksund said...

Orang yang komen macam tu biasanya alim kucing jer tuan" jangan diambil peduli orang macam tuh' boleh rosak pikran...

Panglima Muda said...

ada orang kutuk aku depan depan, dia kata kat aku en........encik ni cetek lagi pasal ugama. tu dia macam peluru berpandu dia bagi kat aku.

Pena Marhaen said...

orang sebegitu jelas sekali tidak tahu "membaca'..siapa dia untuk menghukum orang lain sesat sedangkan dia sendiri "buta"..

moses said...

huhuhu...bang kulup jgn la tension sgt....
Iqra`...ayat pertama tu tp org tak mau kaji.....

maun said...

ilmu hati dah banyak org tak ambik peduli...kalau adapun amalannya tak kemana..masjid dan surau dipenuhi oleh kaki cerita agama...agama tu apa lup..

nak jadi org beriman..kenalah beriman dgn diri sendiri dulu..

naik le ke arasy bersama jemaah yang dipanggil mukmin berimamkan Penghulu Segala Nabi, Bapa Segala Roh memandang yang Maha Esa..ada yang tunduk, malu, tercengang, tidak berkelip, tiada berkata, redha segala segala, mengikut Nabi secara hakiki bukan bikin-bikin..

merasa kerdil diri..malu untuk menganggap aku alim kamu sesat..

hidup di dunia masih bergerak, rasa diri sudah meningalkan jasad..memalingkan muka dari dunia dan akhirat..hanya dihadapkan muka ke Wajahnya.

Wan said...

Wa pernah salin terjemahan ayat dan wa kupas ikut ape yang wa paham (ikut suka wa) dan wa rasa betul pada wa. Bila sorang pengomen yang namanya bermula dengan 'DR' telah belasah wa dengan ayat ahli neraka, wa ok jek. Bukan wa nak masuk neraka waima kalau lu tanya orang kapir yang dah tentu neraka pun tak nak masuk neraka, cuma malas nak panjang-panjang. Semua manusia ade akal cuma sebilangan saje yang berakal.

marauhirang said...

salam..
Ada yang berakal tidak berilmu..Bahaya nie
Ada yang berilmu tapi tak berakal..Spesis yang rasa dia hebat dengan ilmu dan title yang di miliki..Puak nie la yang dok hentam orang dalam FB..Bukan nak cari kebenaran bila bincang..tapi nak cari kemenangan agar dir nampak dan di anggap hebat..Aku peduli apa..Kata MSK....Ada yang berilmu dan berakal..Nie yang hebat..ilmu dia tinggi..akal dia mantap..idea dia hebat......

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua baru habis baca

YuYun@HanleeYun a.k.a KuLaT_NaKaL said...

:)