Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Monday, February 28, 2011

pesan guru ana...

orang kita kalau pakai kopiah dan cakap agama sikit cepat je orang panggil ustaz walhal kaki cong. masa tengah panas dulu, kalau jumpa orang camni aku libas je tapi sejak akhir-akhir ni aku lebih baik dan tak suka kecikkan hati orang. (konon, hehe!)..
baru sehari dua kenal dia yang rajin duduk di meja aku, selalunya dia akan cerita agama sikit dan lecehnya ceritanya selalu dalam nada 'nak menasihat' atau 'nak mengajar'. bukan aku ego tak suka diajar, tapi kau orang pun boleh tau mana intan mana kaca. apatah lagi dia ni ada terlibat dengan ilmu perbomohan dan ada peminat fanatik, peh! menjadi-jadilah...

dia : pesan guru ana, banyakkan membaca kerana membaca menambah ilmu.

aku letih sikit kalau orang berana ente ni..lidah melayu aku kekok.

dia : pesan guru ana kita kena banyak menangis dengan Tuhan. seronok tau menangis kat Tuhan ni..

hmm.... wal padang pasiruunn...

dia : ente nampak budak muda yang datang sembang dengan ana tadi?

aku : ya!

dia : huh! Jangan main tu..dia tu kasyaf tinggi. boleh nampak jin.

sedih jugak orang melayu mengaitkan istilah 'kasyaf' dengan boleh nampak jin atau setan. walhal kasyaf adalah nampak 'telus' tanpa hijab akan sesuatu perkara berdasarkan firasat dan pengamatan. untuk capai ke tahap ini harus menguasai ilmu syariat dan hakikat lalu sampai ke tingkat makrifah dengan keyakinan yang haq.
hantu setan tolak tepi..

dia menulis jawi kalimah Lailahaillallah. tulisannya buruk tak seni langsung.

dia : apa ni?

ceh! cuba uji ketererran aku baca jawi kot?

aku : lailahaillallah!

dia : (menggangguk) Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

aku: berapa huruf kalimah tu? jika dipecah lam alif alif lam ha alif lam alif alif lam lam ha ada ada 12 huruf. 12 huruf mewakili 12 jam, kalimah rasul pula Muhammad rasulullah jika dipecah ada 12 huruf juga mewakili 12 jam lagi. bermakna kalimah syahadah tauhid dan rasul jika digabung menjadi 24 huruf. membawa maksud 24 jam kita mesti 'duduk' dalam kalimah. tergelincir bermakna syirik iaitu tunduk dengan makhluk dan bukan dengan Dia.

ustat itu diam. sejak itu dia kurang bercakap dengan aku. aku pulak menyesal kerana ego menunjuk pandai. sesekali terasa juga nak pakai serban dan cari makan berceramah di surau.
boleh?

Friday, February 25, 2011

bob lokman - jalan yang benar - perjuangan - tanda soal -

Ya, Bob Lokman penulis lagu/lirik Isabella, Taman Rashidah Utama (aku lebih kagum dengan lirik pemecah mindanya "Di jalan sesat" nyanyian M.Nasir dan "Adam dan Hawa" oleh Ramli Sarip), Pada syurga di wajahmu dan lain-lain masuk Pas. Bob juga sudah berbeza penampilannya. Aku juga kagum.
Cuma aku boring sedikit membaca komen-komen penyokong parti yang mengalu-alukan kemasukan Bob dengan ucapan seperti "syukur, bob sudah nampak jalan yang benar", "bob dah lari dari kejahilan" dan ucapan nada sebegitu hanya kerana masuk Pas. seolah-olah selama ini dia memang teruk. Kalau bob sendiri mengakui dia jahil, itu tak mengapa. tak salah. tetapi kita yang sibuk mengukur orang itu ini jahil dan terus suci apabila masuk Pas atau PKR atau sertai PR adalah tak patut. Masuk Pas tak semestinya suci. Dalam Pas ada macam-macam topeng. jangan nak gelembung. Aku pun kenal ramai kaki perempuan, kaki kelentong dalam Pas nii. Guna imej agama tapi kuat berbohong dan sombong. Dalam PKR, DAP atau PR pun ramai. Namun begitu JANGAN PULA SILAP faham. Bukan aku kata tak bagus masuk Pas. Pas adalah parti yang paling tersusun dan berdisiplin, malah ia sangat kukuh. Ramai yang baik sebagaimana aku percaya dalam Umno masih ada ramai yang sangat baik. aku biasa jumpa. Cuma orang baik dalam Umno adalah orang penakut dan dunia rosak disebabkan orang baik yang sangat penakut menegur orang jahat.
Sekali lagi diulang - Bob masuk Pas sangat kita alu-alukan. Bob berubah imej malah nampak imejnya lebih 'alim' dari kita sangat mengagumkan. Kewarakannya kerana keyakinan terhadap Islamlah yang harus dicontohi. Menyertai Pas kerana melihat Pas satu wadah menegakkan Islam sangat dialu-alukan. Bukanlah kerana jalan yang benar ada di Pas sahaja. Ia hanya wadah. Di luar Pas pun ada jalan yang 'lurus' namun dalam konteks demokrasi di Malaysia yang memilih pilihanraya, untuk menegakkan Islam harus melalui parti politik maka Pas memilih memperjuangkan Islam. Ya, tak salah dan sangat betul.
sekali lagi untuk difahami - aku cuma tak setuju jika ada yang mengatakan jalan lurus hanya di dalam Pas. itu saja.
satu lagi aku tunggu ialah melihat golongan seniman/karyawan dan artis terus berani mencontohi Bob. Bukan jadi 'warak' tetapi berani melaungkan kebenaran dan menentang ketidakadilan. Yassin brothers pernah mengakui dia peminat PKR dan tak gentar mengakui kerana kita sudah patut menerima konsep "agree to disagree". Tapi ramai yang masih spesis 'kondom' (play safe).
bayangkan Amy Search menjerit "takbir" di konsertnya atau Mawi melaungkan "reformasi". Tunggang terbalik BN aku rasa. Jamal Abdillah pula kata "jauhi dadah, perangi rasuah! Ada rasuah adalah dadah!"
malangnya mereka masih was-wasilhonnas. M.Nasir dulu banyak hasilkan lagu-lagu perjuangan tapi masih kecut selepas disergah isu "siapa mahathir" dulu. kah kah kah!
Ayuh kaum artis! Jom selamba je!

di bawah ni lirik "di Jalan sesat" karya Bob Lokman nyanyian M.nasir dalam album saudagar mimpi.

apakah takdir mimpi ini mendatang berulang kali
berdarah penuh di tanah sedang tangan menongkat langit
apakah yang kuperjuangkan
apakah yang dipertahan
apakah mesti aku jadi pahlawan
oh tuhan tidaklah aku layak untuk syurgamu
namun aku tak berdaya menahan panas nerakamu
curiga di mata orang bagai mentari rembang
bagaikan aku berdosa pada siapa saja
sedang tuhan di mana-mana melihat semua dosa
dalam serata usia walau ditelan segitiga bermuda
selaluku mengulangi dosa yang telah kubuang
diikuti kembali mengapa begini
mengapa begini
sedang tuhan tahu sesiapa untuk neraka untuk syurga
aku tak terpaksa memilih syurga
demi pengertian pada hukum alam
dan sesungguhnya aku cinta padamu tuhan
walaupun sesat jalan

Thursday, February 24, 2011

abang lawyer

"ada kes hari ni bang?"

"tak. cuti!"

abang lawyer dengan kotnya sesekali singgah di kedai kami pekena teh.

"abang duduk mana?"

"duduk kat PD. Dekat Ito penyanyi. Dulu kerja Navy. Ada elaun rumah, macam-macamlah. Halalkan kerja tu?"

"Siapa makwe abang?"

"Christine Hakim!"

Dan abang lawyer sesudah makan dan minum akan bangun berjalan entah ke mana. Dengan begnya tak tahu di mana dia tidur. orang akan mengatakan dia gila.
Yang nyata - dia bukan GILA kuasa dan dah tentu tak makan rasuah.

Wednesday, February 23, 2011

jenaka minggu ini

saya nak mansuh ISA tapi polis halang - madey kutty

ada hampir sepasukan bolasepak punya dna di seluar dalam sepol termasuk air mani dia. sepol yang dah bersumpah laknat itu mulanya sakit tapi bila terasa sedap lalu dia pun inzal.

azmin kata KPI terhadap YB PKR adalah mengarut. maklumlah KPI dia pun failed..kah kah!

PAS memang dah mula usya kawasan bandar untuk kerusi mereka PRU akan datang..

sumber dari utusan meloya kata kalau muka depan kutuk nik aziz atau anwar, sale memang drop gilaa..

kah kah kah! aku ketawa sambil terkentut-kentut.

Monday, February 21, 2011

Dia

video

Video di atas diambil oleh Sham dari balkoni rumah kami beberapa tahun dulu. Tidaklah kami sedar apa-apa melainkan apabila dimainkan di komputer beberapa bulan kemudiannya didapati awan tersebut membentuk kalimah Allah.
Korang nampak? kalau tak nampak, pendek umur.
Sudah pastilah ia mengkagumkan. Banyak video sebegitu kita jumpa di You tube. Noktah. Sesekali di tv atau di akhbar akan kita lihat cerita kalimah Allah dijumpa di dalam daging, kentang, laut atau sebagainya. Malah pernah aku tonton di Buletin Utama dengan intronya begini: Mungkin kebetulan barangkali, seorang lelaki telah menemui potongan daging yang membentuk kalimah Allah...bla bla..

"kebetulan?"
apa yang tak nak kita akui segala apa yang ada di dunia ini milikNya? mengapa kebetulan? apakah semua yang terjadi adalah kebetulan? bukankah setiap pergerakan atau apa-apa yang berlaku walau sebesar zarah adalah dengan kudratNya?

..............................................................................

sebenarnya apa yang hendak aku sampaikan ialah tentang kita yang sibuk dan takjub pabila melihat benda-benda begini, seperti video di atas sedang kita tak pernah sedar bahawa Yang Maha Esa hari-hari setiap detik berinteraksi dengan kita. Tak payah keluar dalambentuk asap, awan atau cahaya apa-apa. Hanya pancaindera kita yang lemah menyebabkan kita gagal mendengarnya. Pancaindera 'elemen ke enam'. bahasa rohani. kegagalan mengenal hakikat diri batin menyebabkan kita buta dan bangang.
kalimah hanya sekadar huruf yang akan hilang dan ia tak genuine. ia masih berbentuk. yang tak berbentuk dan yang tak hilang itulah yang sebenar2nya perlu kita cari.

Awan akan hilang, daging akan busuk, buku akan rosak.
yang tak hilang adalah yang 'di dalam'. yang perlu disuci bersihkan. bukan dengan air mutlak. "dalam" yang kalau ia tak bersih, berwudhuklah zahir anggota kita banyak mana pun - solat pun gagal mencegah keji dan mungkar.untuk mengenal yang di dalam harus masuk tenggelam, merasai alam syok lagi dzauk. yang dah merasa lazatnya durian pasti tidak boleh dikelentong lagi oleh mereka yang hanya banyak goreng sana sini walhal kenikmatannya belum pernah dijamah. hanya bicara, bicara saja. yang kenyang hanya diam kenikmatan.

wafianfusikum afala tufsirun. dan di dalam diri kamu ada segalanya mengapa tidak kamu telek?
dalam aku ada dia dan dalam dia ada kita ada semua...

* jangan sampai kita bangang dan melampaui batas sehingga Dia turunkan binatang untuk mengajar kita sebagaimana burung mengajar dalam pembunuhan pertama manusia di dunia Habil dan Qabil.

tale from the dark and bacin side!

arghh! Hentikan cerita gelijijikloya bicara liwat seyfool tuh!
10 tompokan air mani dijumpai, tompokan diri sendiri pun ada..
apa nerakakah ini? aku tak mahu bodoh!
sapa lagi yang percaya ni? bangangg!

"ah! Kau orang Anwar, kau taksub." kata dia.
"kaplahatok kau, jangan kaitkan aku dengan orang itu ini, itu budaya umno. aku bukan tungau nak gayut kat sapa-sapa. kalau anwar salah, aku tibai. tapi kes ni nampak cukkuuuppp bangang! kah kahkah!"
"tapi betul anwar buat, aku dengar dari sedara dia sendiri."

betul, banyak aku jumpa puak umno akan kata dia percaya anwar liwat sebab sedara anwar sendiri cakap. tapi setiap kali aku tanya sedara dia yang mana, semua senyap. kah kah! ni mesti kes sampai menyampai dari a ke b ke c ke d..

siapa sepool?
sekitar 60an-70an bapak aku tinggal di Janda Baik dan kenallah dengan bapa seyfool ni Azlan kerana mereka aktif pertubuhan belia kampung. Azlan bendahari bapak aku ketua. tapi kenal gitu dan azlan pun takde apa2 masalah..
tapi geng2 seangkatan aku di janda baik pun tak kenallah mat jubo ni, mungkin dia tak penah dok sana.
cuma satu hari waktu aku balik kampung, Lani kawan sekampung aku tanya,"Lup, kau ingat arwah Aki Rejab?"

Sepantas ingatan aku mengingati seorang tua yang sering berbasikal dari kampung ke kampung mengambil upah gunting rambut.

"ye..kenapa?" tanya aku.

"dialah atuk sedare seyfool!" kata Lani.

- ye, aki rejab memang sangat popular. tukang gunting rambut bergerak ini suka bergurau dan berjenaka dan salah satu jenaka popularnya yang hampir semua orang tahu termasuk bebudak seperti kami ialah dia akan datang ke arah kami yang sedang bermain lalu berkata,"ha! Ni semua jubur berlubanglah ni!"

ke mana2 dia pergi dia akan mengulang dialog lawak itu kepada bebudak.

- apakah itu signal Tuhan untuk cucunya 30 tahun kemudian?
wallahua'lam.



* All fatihah untuk Aki Rejab. Kami menghormati beliau. tulisan ini sekadar renungan untuk kita menilai apa yang berlaku hari ini. Jangan dikata apa-apa terhadap arwah aki.

Thursday, February 17, 2011

apabila "kah kah kah" disekat.

pelik aku dok try nak buka blog tukar tiub tadi tak boleh, ada warning. bila tengok fb, isham maklumkan ada usaha 'hacked' oleh pihak babi untuk bunuh blog tersebut.
kahkahkah!

woiii mangkuk! Kalau berani dan di pihak benar, lawanlah hujah dengan hujah bukan blok blog orang.
bodoh punya puak pengampu penjilat!
apsal?
takut cerita liwat sepoolbaukari diperlekehkan?
memang kes tu lawak tahap babi!
takut cerita anak yatim rogol bibik cun? kan dia dah nafikan dia suci murni!
takut apa lagi?
takut firaun dikata nyanyuk?
memang dia tak nyanyuk cuma dia perlahan2 berubah menjadi mangkuk!

takut apa lagi?
takut bikmama marah?
bikmama kan cun apabila marah? (geli kembang tekak)

jangan halang "kah kah kah!"
nanti tuhan kau jatuh menyembah tanah!

kenapa saya bukan komunis?

aku jarang copy paste artikel orang tapi sewaktu ulangbaca buku "Pilihanraya vs Pilihan jalanraya Hishamuddin Rais aku tertarik dengan artikel di bawah ni. lalu aku search di internet dan aku copy paste di sini. Menarik!


kenapa saya bukan komunis?

Jika ditanyakan satu perkataan dalam negara kita ini yang paling tidak difahami, selalu disalahertikan dan sering disongsangkan maknanya; maka saya akan menjawab, communist atau komunis.

Satu ketika dahulu, Wilfred Burchett, seorang wartawan Australia, telah dituduh sebagai komunis oleh kerajaan konservatif Australia. Hak kerakyatannya dirampas. Beliau kemudian diberi suaka politik oleh Republik Rakyat Vietnam.

Sebagai wartawan, beliau terus menulis dan memimpin The Guardian Weekly yang diterbitkan di Amerika. Mingguan bebas ini telah menjadi bahan wajib untuk sesiapa saja yang prihatin terhadap perang Vietnam pada 1960-an hingga 1970-an. Anak muda dan siswa dari Melbourne, London, Paris hingga ke Berkeley - semuanya akan cuba membaca akhbar berhaluan kiri ini.

Apabila kerakyatannya dirampas Burchett telah ditanya oleh seorang wartawan: ‘Are you a communist?’ Tanpa berfikir banyak beliau menjawab ‘I am an Australian, mate.’

Ini berlaku dalam suasana Perang Dingin, apabila pertempuran ideologi antara kapitalisme dan sosialisme sedang hebat berjalan. Amerika Syarikat yang mewakili kepentingan kaum pemodal antarabangsa sedang mengancam negara-negara Dunia Ketiga yang baru merdeka atau sedang berjuang menuntut kemerdekaan.

Negara-negara Dunia Ketiga pula dibantu oleh blok Soviet dan China yang menyokong hak rakyat tanah jajahan untuk menentukan nasib mereka sendiri.

Dalam suasana siasah inilah munculnya kesongsangan takrifan makna perkataan komunis itu di dalam negara kita.

Perkataan communist atau komunis berasal dari perkataan Perancis commune. Perkataan ini membawa makna daerah tempat tinggal satu kumpulan manusia. Jika ditukarkan ke bahasa Melayu, istilah itu bermakna mukim atau kampung. Semua warganegara Belgium, Perancis dan Switzerland tinggal dalam sebuah commune yang kemudian menjadi daerah dan akhirnya negara.

Apabila mula sampai ke Belgium, saya tinggal dalam commune Braine-le-Comte. Ini bukan bermakna saya menjadi komunis Braine-le-Comte. Apa yang terjadi ialah saya menjadi sebahagian komuniti dan masyarakat di commune ini.

Makna songsang

Perkataan commune membawa konsep komuniti dan komunikasi - perhubungan sesama insan - secara luas membawa konsep kemasyarakatan. Makna komunis seperti ini sengaja disongsangkan oleh penjajah Inggeris dan diterus digunakan oleh Umno hingga ke hari ini. Inggeris menyongsangkan makna komunis ini untuk terus menjajah Tanah Melayu. Mereka sedar bahawa satu-satunya kuasa yang boleh menumpaskan kuasa penjajah dan imperialis Inggeris di Tanah Melayu ialah kekuatan politik dan ideologi Parti Komunis Malaya.

PKM memang mengangkat senjata untuk membebaskan negara ini daripada terus menjadi tanah jajahan Inggeris. Mereka memang menembak mati musuh mereka - kapitalis dan pemodal - yang menjajah dan memunggah harta kekayaan negara kita. Mereka menjalankan taktik revolusi bersenjata untuk mempertahankan diri dan melawan kekuatan tentera Inggeris dan tentera negara-negara Komanwel.

Bagaimanapun harus disedari bukan semua pejuang dalam PKM itu insan komunis. Dan bukan semua yang mengangkat senjata itu ahli Parti Komunis Malaya. Mereka sebaris bersatu berjuang kerana ingin membebaskan Tanah Melayu.

Penjajah Inggeris yang terdesak telah menjalankan perang saraf yang licik untuk menggambarkan bahawa komunis itu jahat dan ganas, pembunuh dan bandit. Kepada mereka yang mempunyai pegangan agama, komunis ditohmahkan anti-Tuhan dan tidak mempercayai agama.

Hingga ke hari ini, saya lihat takrifan ini masih digunakan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional. Momokan komunis terus digunakan untuk menfitnah musuh-musuh politik Umno.

Kerana Perang Dingin telah selesai, maka menjadi kewajiban intelek saya untuk menerangkan kepada orang ramai apakah sebenarnya insan yang dipanggil komunis. Telah sampai masanya momok komunis itu dihapuskan. Kita sebagai rakyat tidak perlu lagi takut kepada perkataan komunis itu atau mudah ditakut-takutkan dengan momok komunis.

Bagi saya, seorang komunis itu adalah insan yang tinggi inteleknya, luas pembacaan dan luas bidang pemikirannya. Insan komunis adalah seorang internasionalis - berjuang bukan untuk bangsa tetapi untuk seluruh kemanusiaan. Insan komunis menolak kotak-kotak kecil yang memisahkan sesama manusia. Secara tidak sengaja dia dilahirkan di Tanah Melayu, maka kancah perjuangannya di bumi Melayu ini. Jika dia dilahirkan di Berlin maka di Berlin pula dia akan berjuang.

Insan komunis tidak mempunyai sikap dan nilai perkauman. Jika dia seorang lelaki dia akan menghormati wanita bukan sebagai objek seks tetapi sebagai manusia. Insan komunis adalah seorang feminis dan tidak sexist nilai hidupnya. Komunis tidak mempunyai nilai prasangka tanpa penelitian yang rapi. Seorang komunis menghormati budaya-budaya dan cara hidup insan lain.

’Tiga Abdul’ bukan komunis

Insan komunis akan melangkah satu kilometer ke hadapan untuk melakukan kebaikan. Insan komunis tidak pernah berundur daripada berfikir, menulis dan bercakap tentang kebenaran. Insan komunis menghormati kepercayaan mereka yang beragama dan juga menghormati kepercayaan mereka yang tidak beragama.

Insan komunis mungkin beragama dan mungkin tidak beragama. Seorang komunis adalah intelek tulen yang mengabadikan hidupnya kepada kebenaran.

Pernah pada tahun 1977, saya ditanya oleh seorang anggota Parti Buruh di Australia, apakah ‘Tiga Abdul’ yang ditahan di bawah akta ISA itu orang-orang komunis. Jawapan saya cukup senang. Mereka bukan komunis kerana mereka tidak mempunyai nilai-nilai yang setaraf dengan nilai insan komunis. Adalah satu komedi absurd jika ‘Tiga Abdul’ ini diangkat ke taraf komunis.

Baru-baru ini Siqiu yang membuat rayuan pilihanraya untuk masyarakat Tionghua telah dituduh sebagai komunis. Tuduhan ini adalah salah dan tidak betul. Telah amat jelas bahawa Suqiu bukan komunis - mereka tidak mempunyai nilai-nilai komunis yang unggul, suci dan bersih. Mereka bukan mewakili golongan tertindas - mereka mewakili golongan pemodal pertengahan bangsa Cina. Berdolak-dalik bukan sifat insan komunis. Insan komunis pendiriannya teguh dan tidak pernah bergoncang. Datanglah apa saja, termasuk tali gantung - insan komunis tidak pernah mengundur.

Saya juga selalu ditohmah sebagai seorang sosialis dan komunis. Saya rasa ini adalah satu penghormatan yang terlalu tinggi untuk diri saya. Saya tidak sanggup menerima penghormatan ini. Saya terpaksa menolak kerana saya tidak mempunyai kualiti dan nilai-nilai hidup seorang insan komunis.

Menuduh saya sorang komunis samalah seperti mengangkat martabat saya ke satu tahap insan yang begitu suci.

Seminggu sebelum saya meninggalkan kota London setelah 20 tahun tidak pulang ke Malaysia, saya telah ditanya oleh seorang wartawan wanita Malaysia di kota itu - apakah saya seorang komunis?

Lalu saya menjawab ‘saya bukan komunis - saya daripada suku Biduanda dari Jelebu, Negeri Sembilan’.

Tuesday, February 15, 2011

you are not alone, gedek!

aku peminat blog gedek. dua blognya iaitu blog begins at forty dan but we are not alone sangat rare dan menepati citarasa aku yang sukakan kelainan. berlambak blog hari ini tetapi gedek tampil dengan stailnya. kalau aku ada time tunnel aku akan pusing waktu dan hijack blog ni jadi blog aku.

blog "but we are not alone" sangat slow apdetnya kerana sukar mencari subjek dan objek yang sesuai. slow but sure! surreal but nice! lihat wajah-wajah serta ekspresi 'benda' yang dirakam. ia mengingatkan aku "barang ke mana kamu menghadap, di situ wajah Allah." dan "tiada lain selainNya. (amaran: jangan bodoh tafsirkan ayat itu dengan gambar2 ini, cuma aku akan lebih menghayati ayat itu apabila melihat foto ini. itu cara aku menggabungjalin pemahaman aku)

wajah-wajah misteri memerhati sebagaimana Dia sentiasa melihat

blog 'wajib apdet'nya ialah blog begins at forty merakamkan foto diri sendirinya dengan latar belakang penuh cerita kehidupan. t-shirt hitamnya barangkali adalah warna kehidupan dan latar belakang adalah cerita 'putih' yang mengimbangi kehitaman tersebut. secara sedar, gedek telah merakam fotonya setiap hari dan apabila disusun menjadi video, perubahan wajahnya (walau tak banyak) dapat dilihat. bermakna, gedek bisa menonton hari2 wajahnya dan ia akan kekal di alam siber.

foto annisa menjadi tamu blog gedek.

jom ke sana!

Sunday, February 13, 2011

p.ramlee nostradamus politik negara

artikel ini telah disiarkan di akhbar Suara Keadilan 2 keluaran 8 februari 2011.

penulis: Kulupsakah

Dekad terakhir abad 20 sehingga hari ini, awal dekad di abad ke 21 adalah dekad reformasi. Tiada siapa boleh nafikan. Api reformasi menggelembung, memecah, meletup dan laharnya muntah di mana-mana. Ia meletup di Myanmar, Nepal, Thailand, Indonesia juga di Malaysia. Mutakhir ini menyaksikan kebangkitan rakyat di Tunisia, Yaman dan Mesir. bagai mata air di bawah tanah, ia telah menjalar ke sana Reformasi mengubah segala yang bersifat arus perdana (mainstream) menjadi tidak relevan. Siaran televisyen, drama tv dan filem, majalah dan buku, industri muzik dan hiburan, komik dan kartun yang tidak mendengar keluh-kesah marhaen dikuburkan oleh rakyat. Di Malaysia, kita dapat lihat apa yang disebutkan tadi berlaku. Rakyat membunuh media yang tidak merakam suara mereka. Jika masih hidup, ia tawar, hambar dan tinggal nyawa-nyawa ikan. Satu-satunya yang masih relevan sejak zaman merdeka sehingga ke hari ini di era reformasi ialah filem P.Ramlee. Ini kerana P.Ramlee berani melawan arus. Bukan tiada pengarah Melayu ketika itu tetapi P.Ramlee telah mengambil langkah berani dalam berkarya. Mendengar rintihan rakyat lalu mengadunkannya mengikut selera penonton.

"Bukanlah saya gemar menghasilkan filem komedi tetapi kehendak pasaran. Namun begitu saya tidaklah membuatnya main-main." Begitulah ungkapan yang pernah beliau nyatakan. Benar, P.Ramlee menjadi pengkritik sosial, menyindir dalam sinis sejak filem pertama arahan beliau "Penarik Beca" sehinggalah yang terakhir beliau mewasiatkan filem "Laksamana Do Re Mi" untuk tatapan generasi selepasnya. Penarik beca cerita cinta tak kesampaian jejaka marhaen Melayu kasta pariah (boleh gunakah perkataan ini?) dihalang oleh bapa sang dara yang merasakan keturunannya terlalu mulia untuk digandingkan dengan sang penarik beca yang miskin papa kedana itu. Cerita ini cerita sedih tetapi yang menjadi lucunya di era reformasi lagu "Azizah" dan "Engkau laksana bulan" di dalam filem tersebut telah diharamkan oleh kerajaan kerana Azizah adalah nama presiden Parti Keadilan Rakyat manakala bulan adalah lambang bendera Parti Islam seMalaysia (Pas). Filem terakhir beliau pula, Laksamana Do Re Mi menyaksikan bagaimana sebuah kerajaan Pasir Dua Butir telah dirampas oleh menteri Fasola persis Barisan Nasional merampas negeri Perak dari kerajaan Pakatan Rakyat. Deria seniman P.Ramlee seolah-olah kasyaf (juga diharap istilah ini tidak menakutkan) dan dapat melihat apa yang akan berlaku di tanahairnya sendiri. Bahkan, P.Ramlee juga pernah tak dibenarkan masuk ke negeri Perak kerana 'hal keluarga dengan istana'. P.Ramlee seperti Nostradamus yang bisa meramal masa akan datang. Nostradamus yang hidup kurun ke 15 terkenal dengan ramalan-ramalan dunianya dalam bentuk pantun empat kerat.

Sudah diketahui umum dan menjadi gurau senda di internet dialog Sudin dalam Pendekar Bujang Lapok, "Alif mim nun wau, Alif tendang wau - sarkis!". Entah kebetulan atau memang P.Ramlee berpendirian yang alif, mim, nun, wau (Umno) memang sarkis penjajah tidaklah diketahui tetapi semangat patriotik dan bencikan penjajah telah dibuktikan P.Ramlee dengan menghasilkan "Sarjan Hassan". Ketika hari ini Perdana Menteri sibuk dengan konsep 1Malaysia yang cuma retorik walhal Umno sarat dengan semangat perkauman, P.Ramlee sudah lama menerima kaum lain sebahagian dari Malaysia. Tontonlah filem Ali Baba Bujang Lapok babak sarjan penyamun (lakonan Ibrahim Pendek) berbual dengan apek tukang kasut untuk menyiasat di mana rumah Kassim Baba. Setelah diberitahu di mana rumah Kassim Baba, sarjan penyamun tergesa-gesa meninggalkan apek yang bersungguh-sungguh mahu membawanya ke rumah tersebut. Ketika itu apek itu terhalang kerana diserbu pelanggan yang ramai datang hendak membaiki kasut. Apek tukang kasut telah mengucapkan dialog yang sinis," Tak usah gaduh-gaduh, gua pun local citizenship." Apa maknanya itu?

Konflik cinta terhalang akibat berbeza darjat memang popular sehingga hari ini tidak kiralah filem Melayu atau Hindustan sampailah ke filem Yusof Haslam dan Razak Mohideen. Banyak filem sebegitu telah dihasilkan tetapi P.Ramlee berjaya menyelitkan unsur-unsur lain di dalamnya. Filem Antara Dua Darjat, Ibu Mertuaku di antaranya. Sultan yang ego telah dibuli oleh nujum Pak Belalang agar masuk merangkak di dalam gua seperti menyindir meminta Sultan 'turun padang' dan jangan asyik megah di singgahsana sahaja. Tidak hanya cinta, P.Ramlee membongkar keluh golongan pekerja yang ditindas majikan melalui filem Labu dan Labi. Kemudahan tempat tinggal dan gaji pekerja bawahan si Labu dan Labi telah diabaikan oleh majikannya Haji Bakhil yang gemar membuli. Labu dan Labi takut memprotes sebaliknya hanya berani melawan dan membuli Haji Bakhil di dalam angan-angan dan mimpi sahaja. Kaum majikan sebenarnya bukanlah berani sangat jika golongan pekerja berani memprotes. Sebagaimana Labu yang terus melawan kerana menyangkakan dia masih bermimpi, sang majikan tiba-tiba berubah menjadi takut. Ia seperti mengajar kita bersatu dan berani menyuarakan hak kita.

Sebagai muslim, P.Ramlee bereksperimen dalam filem Semerah Padi bagaimana sebuah negara ditadbir mengikut undang-undang yang termaktub di dalam kitab Al Quran. Tidak seperti filem 'agama' yang pernah dihasilkan di Malaysia yang seperti kuliah dan ceramah, P.Ramlee menggambarkan indahnya menjalankan syariat Allah. Semerah Padi menunjukkan bagaimana Islam dijadikan panduan hidup yang memelihara keamanan dan menegakkan keadilan dengan penuh hikmah. Menyingkap filem "Musang Berjanggut" pula, ulama pengampu kerajaan dibidas kerana sibuk menyuruh orang berbuat baik sedangkan dirinya seperti bapa ketam yang berjalan mengereng. Ungkapan "Ini undang-undang kanda yang bikin, itu semua boleh padam" oleh Menteri Nikah Kahwin sangat pedas kerana dalam sesuatu hal, undang-undang boleh dipinda mengikut selera mereka yang berkuasa. Rakyat biasa buat akan dihukum tetapi orang atas tidak mengapa.

Tulisan ini sekadar memetik sepintas lalu sahaja beberapa filem P.Ramlee untuk mengajak kita berfikir bahawa cabang reformasi amat luas dan perlu digunakan sebaiknya oleh penggiat seni dengan penuh kebijaksanaan. Kezaliman harus ditentang dan untuk meruntuhkannya, ia perlu dikepung dari semua sudut sama ada melalui partai politik, NGO mahu pun kegiatan seni. Mahu bikin sesuatu bikinlah agar dapat difikirkan oleh anak cucu, jangan tinggalkan sampah untuk dibebani sebagaimana setiap kepala generasi hari ini dan esok menanggung hutang negara yang amat besar.

Friday, February 11, 2011

meh makan!

sesapa yang lalu/berada/nyebok di are kajang esok antara 7mlm -11malam, mai makan2 jamuan ulangtahun annisa ke 10 di rumah aku:

45, jln impian kasih 6, saujana impian, kajang.

landmark: seberang tesco kajang

Wednesday, February 9, 2011

10 tahun dia..

8 februari dia 10 tahun.
dia yang buat aku ketawa
dia yang buat aku bersedih
dia yang menari di dalam mimpi
dia yang membuat aku segera pulang ke rumah
dia yang merempuh, luka, bangun, sakit dan cekal...
dia yang dipinjam untuk aku mengenal diri

...dalam mimpi minggu lepas, dia kata dia minat "eminem"
maha suci Engkau!

Monday, February 7, 2011

kulup di alam bunian

hari makin lewat. 2.30 pagi. deadline gedung kartun terlepas lagi, sepatutnya hari ini. naza grafik, jonos, orangorang the colourist, art saad semuanya kena stay di ofis. aku keletihan.

"aku kena balik jugalah geng, korang siapkanlah yek, esok kalau kepala konco tanya mengapa tak siap, pandai-pandailah temberang." kataku kepada mereka sambil membayangkan zunar@kepala konco akan membebel esok paginya.
mata makin berat tapi memang aku terpaksa balik kajang. aku capai helmet dan jaket kartunis oly yang tertinggal untukku pakai melawan kesejukan pagi.
aku turun dari ofis. rumah pink tempat ayam-ayam daging melukah lendir kelihatan sibuk dengan pelanggan. ada juga orang sekulit dengan aku tersengi-sengih. aku tak peduli. lantak koranglah nak bertenggek pun, bukan duit aku dan bukan kondom aku. Chua Soi Lek pun tak kesah asalkan korang jangan bersalam dengan ayam tersebut beralaskan sarung tangan sudah. pasti esok suratkhabar akan kecoh.
aku menyetat (alah..mengengkollah) enjin motor panther gammaku yang setia walaupun sejak aku beli 15 tahun dulu barangkali tak sampai sepuluh kali aku basuh. dada Brickfields kubelah dengan derum enjin motor yang masih merdu.

1 kilometer berjalan tiba-tiba opsss....kabel klac motor putus....ahh! macamana ni? aku panik. nak patah balik ke ofis kena tolak juga. nak balik memang dah tak boleh. aku sms sham beritahu hal yang berlaku. mujurlah ada sebuah pejabat di tepi jalan berhampiran padang dekat jejambat masih buka. aku masuk ke dalam kawasan pejabat tersebut.

"Maaf Tuan, kabel klac motor saya putus..tumpang sini sekejap ye?"
Lelaki berpakaian seragam tersebut senyum dengan penuh curiga. kelihatan kurang mesra dan pergerakannya pun agak lambat-lambat dan malas.
dia membelek-belek motorsikalku," bukan motor curi yek?"
"saya punya." kataku.
Dia menghulurkan rokok, cuba peramah. aku mengangkat tangan mengisyaratkan tak mahu.

"tak boleh jadi, saya kena balik ofis, motor ni kena tinggal sini juga.." aku telefon naza supaya mengambilku.
20 minit kemudian naza dan geng-geng datang mengambilku dan terus ke Bangsar minum teh. kemudian kami balik ke ofis menyambung kerja sehingga semuanya tertidur menjelang subuh.

esok paginya berjaya juga deadline disiapkan dan aku ingin pulang. aku mahu mengambil motosikalku dan membaikinya. naza menghantarku ke pejabat semalam.
alangkah terkejutnya kami apabila aku mendapati motorku elok saja parking di sebuah tanah lapang. pejabat yang aku pergi semalam lesap entah ke mana. jangan kata pagar, bumbung, dinding, pintu dan tingkpa pun ghaib.

"kau jumpa bunian kot semalam." kata naza.
aku terdiam. mujurlah motorku selamat...

*pejabat itu memang hilang..aku masih ingat pejabat tu namanya Balai Polis Brickfields..hari ni tah hilang ke mana, cuba korang tanya tukar tiub.
kah kah kah!
1-0!

Saturday, February 5, 2011

masjid 20 juta

dari malaysiakini:-
PM hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, pembiayaan ke atas masjid itu adalah langkah pertama ke arah pembangunan kawasan yang didiami majoriti penduduk Melayu itu.Tegasnya, tidak ada pihak ketiga yang akan dibenarkan mendapatkan keuntungan daripada aktiviti pembangunan di kawasan itu. Katanya lagi, penduduk di kawasan itu tidak perlu berpindah apabila pembangunan dijalankan kelak. Langkah berkenaan ditetapkan bagi semua pembangunan yang akan dijalankan di kawasan itu.


kata rendra, saudara bermaksud baik tapi BAIK UNTUK SIAPA?
takde orang tengah? orang 'tepi' ada kan?

masjid zaman rasulullah tak perlu 20juta. tak perlu speaker canggih, tak perlu karpet mahal, jam dinding mahal, papan tanda digital.
tak perlu air-cond sehingga pintu dewan sembahyang mesti sentiasa ditutup takut 'air cond' habis, lalu khutbah jemaah di luar dewan sembahyang tak nampak muka khatib.

dulu masjid tak perlu dikunci, takde kes curi sebab barang2 tak mewah. lagipun kalau undang2 islam digunakan, sapa berani curi ye tak?
musafir boleh berteduh. sekarang ni siap ada papantanda dilarang tidur dalam masjid. nak baring lunjur kaki pun cuak.
kecik2 dulu kami boleh tidur surau, makan biskut surau buat teh sambil sembang. ambik gak quran ngaji sikit2 walaupun tipu mak ayah kata nak study kat surau sebab nak SRP.

yang penting pengisian masjid - pusat ilmu - rumah kebajikan - markas perbincangan - dan macam2 lagi program. bukan politik kepartaian yang kebudak2an..

majlis penyuburan ilmu. bukan membodek!
itu yang penting!

Friday, February 4, 2011

debat kulup dengan cikgu songkok tinggi

"Kita mesti bersatu. Melayu semakin tergugat sekarang." kata Cikgu Kama, guru besar sekolah yang juga rakan sepermainan sejak kecil. Pandai menyelit-nyelit akhirnya dia memegang jawatan setiausaha pemuda parti songkok kat kampung. dia dengar dari kawan-kawan yang aku ada blog dan kuat melawan, lalu satu hari dia datang ziarah membawa hajat.

aku : melayu umno ke tergugat? melayu lain aku tengok biasa je...yang susah tetap kena kerja, yang senang pun kena berhempas pulas dalam ekonomi yang teruk ni...cuma puak atas tu je yang gelabah.

dia: kau tak sedar ke lup, cina keling sekarang makin naik mua..mintak macam-macam. sampai hak istimewa melayu pun dia nak sentuh!

aku: hak istimewa apa yang kau rasa sebagai melayu? beli rumah dapat diskaun? atau biasiswa belajar kena bayar balik? yuran sekolah percuma? kah kah!

dia: kau tengok penang dia dah halau melayu semua..

aku: tanah rezab melayu tinggal tak sampai 5% sebelum mac 2008 kau tau? masa tu kerusi umno paling banyak tapi bangang pi bagi gerakan pahal?

dia: emm...er...tengok kampung buah pala..

aku: itu kes peninggalan BN..buat pa pi jauh-jauh? meh tengok kg.berembang, kg.chubadak, kg.bandar dalam, kg.kerinchi sampai kg.baru pun dah tergugat. sapa punya kerja?

dia : (terdiam) tapi kita kena berpadu. masalahnya nik aziz ni pengacau, haji hadi dah setuju dah..

aku: kan nik aziz kata dia setuju dengan syarat umno terima islam sebagai ad-din?

dia : yalah...slow-slowlahhh...nanti kita ubahlah dulu..yang penting bersatu dulu..aku pelik ngapa Pas sanggup gadai agama bergabung dengan DAP?

aku : maksud kau kerjasama umno-MCA rompak PKFZ tu bagus?

dia : eheh...taklah tu, Perak masa Nizar jadi MB habis tanah bagi cina sampai beratus tahun pemilikannya.

aku : cina miskin, melayu india miskin pun dapat jugak...yang genting, langkawi, pangkor tu cina kaya dapat macamana? seorang kaya dapat tanah yang luas.beratus tahun jugakan?

dia : ya..tapi kita jangan ulang lagi kesilapan tu..kita kena ke depan..bersatu! islam akan teguh kalau melayu kuat.

aku : hadis mana tu? hihi..

dia : ya Lup, kalau melayu kuat islam akan kuat!

aku : cina dan india islam nak duduk mana?

dia : kita jaga kepentingan mereka..

aku : Kama, 50 tahun malaysia merdeka takde sesaat pun kerajaan lain memerintah selain umno. sepatutnya melayu makin kuat dan tak tergugat di bawah perjuangan melayu umno. kaum lain pun akan kagum dengan kekuatan melayu dan kemantapan islam jika umno buat betul2. mengapa setengah abad makin lemah? umno buat apa?

dia: itulah aku cakap, kita kena bergabung untuk menguatkan semula yang lemah. cina india dah makin mencabar.

aku: ye ke? Soon Kooi tauke welding tu dah turun temurun niaga, kedai selvam pun sama. adakah depa mencabar? depa nak meniaga dengan amankan? hei kama dengar sini betul-betul. takde satu kaum pun atas dunia ni boleh bersatu termasuk yahudi. semuanya berpecah-pecah kerana ada fahaman masing-masing. itu realiti. manusia hanya akan bersatu jika ada kepentingan. melayu-india-cina yang di atas bersatu padu merompak melayu-india-cina yang di bawah. kau ni dipermainkan oleh mereka yang mahu mempertahankan kuasa yang terhakis. tapi jika keadilan dibagi betul2, semua rakyat berbilang kaum akan aman dan cintakan negara ini.

dia: aku cuma tak mau melayu tergadai di tanahair sendiri, macam singapore..lepas tu penang..

aku : singapore, presiden umno yang bagi kat kuan yew. hei kama! dengar lagi..dalam dunia sekarang termasuk di malaysia hanya ada DUA KAUM saja.. KAUM PEMODAL dan RAKYAT. malaysia ini sebenarnya diperintah oleh KAUM PEMODAL alias kapitalis. bukan BN atau PR. itu cuma wayang saja wal hal merekalah di belakangnya. mereka akan tengok dasar kerajaan yang mana akan menyebelahi dan menguntungkan mereka dan mereka akan bantu melabur kemenangan kerajaan yang akan menyokong mereka. kerajaan yang memerintah akan tunduk akur dengan mereka kerana mereka ini adalah bank. aku setuju kita berpadu tapi bukan dasar kaum melayu atau apa-apa. aku bersetuju bersatu sebagai 'kaum rakyat' yang terdiri dari melayu-cina-india-kaum lain untuk menumbangkan kapitalis. mereka telah goyang dengan kebangkitan rakyat dan kerajaan yang banyak termakan budi dengan mereka juga sedang ketakutan lalu isu ketuanan terhakis dimainkan..bla..bla..

dia termenung, tak fahamkah atau sedang cuma memahami permainan silap mata politikus yang aku cuba bongkar..ketika kawan-kawan kedai kopi aku yang kerja biasa2 boleh faham, cikgu besar ni amat slow otaknya....

dia terhangguk-hangguk macam faham tapi dengan perlahan dia berkata," kita kena bersatu juga demi melayu.."

LANTAK KAULAH!

kami pun blah pergi menahan jaring kat sungai Batu 7.

p/s: untuk mempelajari cara-cara menahan jaring atau lukah sila rujuk gambar ehsan mangga online di atas. hidup melayu! ( harap menteri KDN @ pejuang ketuanan bersemangat melaungkannya sambil menghunus 'keris' yang tegang)

Thursday, February 3, 2011

Parti Kroni dan Rakan2..

apa jadi dengan aduan chegubard tentang penyelewengan jpp dalam pemilihan parti pkr?
setiausaha agung pkr, saifuddin nasution janji akan memberi jawapan dalam tempoh dua minggu.
NI DAH DUA BULAN?
Apahal? susah ke? bila orang senyap, bersopan dan mengikut prosedur, pihak atasan parti pula ambil pendekatan memekakkan telinga. diam tanda setujulah ye tak? macam najib diam pasai kes altantuya..
mana pergi semangat solidariti dalam parti? mana suara orang lain? dah menang senyaplah ye tak? mana semangat melawan atau semangat reformasi?
mentang2lah puak azmin dengan slogan 'reformasi ke putrajaya' mendominasi parti, maka suara terpencil dipinggirkanlah ye tak? reformasi ke putrajaya jadah hapa? melalui apa? pilihanraya? kahkahkah..masih percaya pilihanraya? atau tak kesahlah BN menipu ke tak dalam PRU akan datang asalkan aku boleh jadi YB ye tak?
perjuangan anak muda bukan mahu jadi YB mangkuk! perjuangan anak muda adalah untuk menegakkan keadilan dan menumbangkan kezaliman.
apa strategi sekarang untuk menawan putrajaya? lenggang perut?
HOIII!!
MACAMANA NAK CERITA SOAL KEADILAN KALAU DALAM RUMAH SENDIRI ADA AHLI YANG DIZALIMI?
isu ini mencabar PKR dan jika benar penipuan berlaku, maka parti ini hanyalah parti untuk kawan2 saja..yang bukan geng akan dipinggirkan, dibuli (dengan memekakkan telinga bermaksud membuli). senang saja...jika ahli marah dan tak bersetuju, mereka akan kata: alah! Dia minta macam2 lepas tu kecewa tak dapat, keluarlah!
aku pun tak setuju Gobala mencecehh memburukkan parti dan kemudian keluar. begitu juga beberapa yang lain. tetapi isu zaid ibrahim lain. dia dipangkah!
isu chegubard juga lain. dia terlalu bersopan mengikut prosedur tetapi didiamkan. cuma ada puak2 bangang dalam parti masih cakap "yang sudah tu sudahla...." atau "dah kalah banyak lak cakap,"..."kita ada perjuangan yang lebih besar"

ini cakap2 mangkuk dan pencacai parti. mengutuk umno bukan main lagi padahal bengongnya sama. tu ada jugak yang cakap trojan horselah.. hari ni ada lak mereka mula berfikir macam umno apabila mengeluarkan kenyataan apakah blogger diupah untuk memburukkan ketua amk?
laa.................................... .. blogger ni bukan makan gaji. dia nampak lembab dia kutuklah pasal sebelum ni cakap berdegar2 ye tak?
Sampai aku pun masuk senarai dulu blogger upahan zaid..kah kah kah!

- beginilah! sebelum tuduh macam-macam minta pimpinan jawab isu jpp tu dulu..jangan diam, diam tanda ada terjadi..kah kah! bukan menawarkan jawatan kepada sang pelapor..kah kah! rasuah ke?
kalau tidak, lebih ramai yang akan keluar dan jangan pulak keluar kenyataan mereka itu memang dah dijangka keluar. tengok seluar dalam sendiri dulu.

Tuesday, February 1, 2011

mogok

tadi aku type entry debat aku dengan cikgu besar songkok tinggi. bila nak publish, tak boleh dan ia hilang dari simpanan.

citt! aku akan mogok menulis untuk beberapa hari.

korang layan dulu blog tukar tiub, gedek dan lain-lain.
!@#$%^&*!!!