Thursday, October 23, 2008

Dolah 2 - Najib 0

Dolah memang bijak. Suara akar umbi Umno yang memintanya berundur amat didendaminya. Berkuatkuasa serta merta Najib jadi Menteri Kewangan kononnya sebagai latihan sebelum peralihan kuasa berlaku. Walhal dia dah baca ekonomi akan jadi caca murba dalam tempoh mendatang dan menuntut dirubah belanjawan negara kerana unjurannya sudah tidak selari dengan keadaan semasa.
Pakatan Rakyat mendesak Menteri Kewangan bentangkan bajet(aduhai bahasaku) baru dibahaskan tetapi Menteri Kewangan baru tak berani muncul di Dewan..Siapa Menteri Kewangan baru? hahaha!! Imej Najib jatuh menjunam..Pak Lah masih boleh teruskan hobi tidurnya...1 - 0!!
Tengahari tadi Ketua Pembangkang bentangkan Bajet Pakatan Rakyat untuk atasi kemelut ekonomi global..ini menjejaskan imej kerajaan BN yang gagal dan tidak pantas menyaingi PR..Menteri Kewangan gagal..siapa Menteri Kewangan? Bukan Dolah......hahaha!!
2 - 0!! Alamat senasib Anwarlah dulu 98 ditendang Mahathir atas alasan gagal menangani krisis ekonomi...
siapa lebih licik? Dolah atau Najib?

2 comments:

Unknown said...

Mahathir lebih licik, dia tendang orang yang akan atasi dia. Pas tu serah kepada yang lembik dan lembab. Pastu pulak dia kritik semuanya tak betul. Yang betul dia sorang saja. Sebab apa? sebab sekarang dia tak pegang apa-apa.

matcomot said...

dollah rosak sebab org sekeliling dia.

ekonomi memang down kronik...