Sunday, October 19, 2008

Shamsiah Fakeh srikandi zaman!

aku sedang makan tengahari di sebuah warung berhadapan sebuah sekolah sewaktu menerima sms pemergian Shamsiah Fakeh. Lalu aku bertanya kepada tiga orang wanita yang aku rasa mereka semuanya guru. Mereka makan di meja sebelahku. Aku bertanya siapakah di antara mereka mengajar subjek Sejarah dan entah apa mujurnya memang salah seorang dari mereka mengaku mengajar Sejarah lalu bertanya "Mengapa?'..
Aku jawab "Shamsiah Fakeh meninggal dunia!".. dia menganggukkan kepala. Salah seorang dari guru tersebut bertanya kepada guru sejarah tersebut Shamsiah Fakeh tu siapa?"

Aku terkejut lalu menjawab dengan selamba "pemain badminton negara!"..Guru Sejarah itu tertawa.. PARAH!!! seumur hidup guru tersebut bersekolah, melanjutkan pelajaran lalu menjadi guru tak pernah sekalipun dia menemui nama "Shamsiah Fakeh"..

AL FATIHAH srikandi tanah leluhur ini!!
Kutaburkan mawar untuk seorang wirawati sejati.....

*jom! segera ke sana sebagai penghormatan terakhir di tanah perkuburan Islam sungai Besi selepas Asar..hubungi 0193870467/ 0123159561

7 comments:

Anonymous said...

salam

alfatihah untuk beliau.Saudara, cuba buat penyiasatan sikit.dengar cerita ada orang PKR mengendeng datuk bandar PJ minta projek (saya dapat info ni dari anak datuk bandar sendiri).Baru naik kat selangor dah macamtu.Camnela kalau DSAI jadi PM nanti.

wasalam

pemerhati rock

matcomot said...

parah cikgu tu....sekolah mana tu..

cuba baca buku memoir shamsiah fakeh..

kulupSakah said...

anonymous..kalu ada info bgtaulah!kalau tak betoi kita lanyak!

mat comot,
cikgu syllabus la katakan.robot kementerian! yg dia tau syllabus habis budak lulus..lain jadi tok pekong!

hafiz said...

buat kita yang masih hidup ini. mudahan semangat juang marhumah terus membara dalam jiwa2, dalam ruh2 kita. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang menang!

Anonymous said...

Alfatihah buat SRIKANDI PEJUANG NEGARA.

Bourne said...

hahahahaaaa

gelak dulu ya samekom bro,

itu laaaa... dah kata dah cikgu sekolah la ni tau cari duit buat kelas tusion ja..... ahahahahahaha

anyway alfatihah walau pun aku tak kenal terus tapi nama dia ni hebat gak masa jadi kominis dulu. cuma silap pasal kerajaan tak halalkan PKM ja..... kalu tak dah Tun dah dia nie.

Masa Rashid Maiden meninggal dulu kome ade ke?

Ni orang Perak aku kenal la....cuma dia tak kenal aku...hahaha kelakor tak habis lagi pasal cikgu sejarah tu.

samekom


hahahahahahah
http://budakraban.blogspot.com/

Anonymous said...

kepimpinan beliau tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi walaupun beliau adalah wanita dan caranya tidak diterima oleh masyarakat. Tetapi beliau menunjukan kewibawaannya sebagai salah seorang yang memperjuangkan hak dan kebebasan walaupun nyawanya terancam.

al-fatihah buat almarhumah, semoga rohnya dicucuri rahmah dan dihimpunkan dalam golongan orang yang beriman