Sunday, October 19, 2008

OBAMA Presiden USA! Robohnya tembok perkauman..

Dua minggu lagi Barrack Obama bakal menerajui Amerika Syarikat. Hina menjadi kulit hitam atau 'nigger' sudah mula terhakis kalaupun tidak padam keseluruhannya. Orang kulit hitam dicop samseng, ganas dan jahat dulunya berbanding kulit putih yang dianggap mulia walhal mereka pun sama dajalnya. (sebenarnya diskriminasi yang menjadikan mereka begitu). Keturunan Buffalo Soldier bukan lagi hamba abdi.
Rakyat Amerika cuba beralih angin setelah bosan dengan pemimpin sewarna dengan mereka. Warna kulit, ketuanan orang putih dan bumiputera bukanlah soalnya lagi. (sebenarnya Red Indianlah kaum pribumi tapi dalam filem cowboy Red Indian digambarkan jahat.) Ketuanan rakyat diutamakan. Bush si anak dan bapak, Clinton telah gagal bagi mereka kerana pernah menggadaikan ekonomi demi menegakkan ego dan mempertahankan agenda peribadi mereka. Hillary Clinton bagai terkena badi skandal seks suaminya apabila gagal menewaskan Barrack Obama. Lalu si kulit hitam menjadi Presiden seperti yang pernah disaksikan dalam filem-filem Hollywood mereka. (filem bagi mereka adalah bahan propaganda dan juga eksperimentasi sebelum ia direalisasikan).
Di Malaysia pemimpin yang bergelumang skandal seks merogol anak bawah umur, belasah orang, makan rasuah, larikan anak raja tanpa segan silu bertanding nak jadi pemimpin kerana yakin lembu-lembu daging ternakan mereka pasti menyokong setelah dibagi dedak.
Amerika tetaplah Amerika. Obama barangkali tak jauh bezanya dengan Bush, Clinton mahu pun hero koboi Ronald Reagan. Sistem dan dasarnya belum tentu berubah kerana sudah diacu begitu tetapi kemerdekaan jiwa dan keberanian rakyat melakukan perubahan wajar dicontohi. Seperti negara maju yang lain, Presiden ibarat oil filter sahaja yang bila-bila masa boleh ditukar jika sudah tak mampu berfungsi lagi dan kereta(negara) akan terus berjalan. PM Jepun berkali-kali ditukar walaupun jarang tidur tetapi Jepun tetap maju.
Negara bukanlah syarikat sdn bhd yang mana pengrahnya boleh saja menyerahkan tugas yang tak mampu dipikulnya lagi kepada orang yang boleh dikudakannya. 25 juta rakyat Malaysia berhak menentukan siapakah PM mereka bukannya 2 juta ahli UMNo saja yang hari ini kerap bergaduh berbaling-baling kerusi tak kira lelaki, wanita, pemuda mahupun puteri..

5 comments:

matcomot said...

jawatan perdana menteri di malaysia adalah melalui sistem warisan.bkn melalui demokrasi...

Ros said...

Jawatan PM diMalaysia hanya dikongsi dari golongan Melayu bangsawan..

Anonymous said...

Kelayakan PM & Pemimpin UMNO

1) sijil rasuah
2) sijil zalim
3) diploma menipu
4) ijazah nak tindas rakyat

Mesti lulus kepujian BM (Bahasa Menipu.

Syarat syarat lain

-kroni
-keturunan setaraf
-hanya yg berkereta mewah keatas

Syarat syarat khas

-pintar pusing memusing

Iklan Suruhanjaya Perkhidmatan UMNO.

Jenab

kulupSakah said...

hahaha!

hafiz said...

huh! bro. aku semakin muak dengan umno. betapa jijiknya pimpinan mereka uuuwweeeeekkkk! ketuanan tahi hanjing!