Tuesday, October 28, 2008

'BEBALISME' dan caca-murba MELAYU!

BEBALISME- satu istilah pernah diperkatakan Allahyarham Prof Dr Syed Hussein Al Attas (bukan Pak Habib) tentang bodoh melantun-lantun dan kecelaruan berfikir perihal sesuatu perkara oleh seseorang atau sesebuah institusi. Akhirnya menjadi caca murba! Dalam isu ketuanan Melayu atau Bumiputera misalnya, dalam sibuk mencari pengertiannya maka terbitlah idea-idea dungu dan keldai dari golongan yang memanggil diri mereka cendikiawan..walhal mereka kangkung yang langsung tak sama dengan cendawan kecuali mereka ada kepala cendawan yang keras sebagai lambang ketuanan tongkat Ali.

Kelebihan menjadi BUMIPUTERA telah menarik ramai yang ada kuasa duit dan ada pengaruh (sebab bijak sedikit daripada kelompok bangang) untuk menyamar dan menyusup masuk ke lubuk yang memperjuangkan Melayu dan Bumiputera. Mereka berpura-pura berjuang untuk Melayu dan bumiputera walhal mereka adalah parasit yang menyedut zat-zat pokok yang kian melayu itu..apa kena mengenanya Melayu, Parti Melayu dengan Mahadey melainkan status bumiputera membolehkan dia melompat menjadi DR dan PM?
Pergilah anda ke Arab Saudi keluar masuk 100 kali pun dan cubalah minta izin Raja Arab Saudi untuk anda diiktiraf sebagai bangsa Arab bolehkah? Pasti anda akan ditanya dari kabilah manakah asal anda? Bolehkah anda yang melayu ini jadi Arab dengan berkahwin dengan keturunan Albar, Al Attas, Assagoff, Al Habshi?
Sampai mampus pun tak boleh!! mari lihat contoh ni...

contoh A
anda lelaki keturunan Raja, Tengku atau Megat atau Syed berkahwin dengan wanita yang tiada gelaran, anak-anak anda lelaki dan perempuan boleh bergelar Raja, Tengku, Puteri atau Syarifah sebab darah di raja datangnya dari bapa

contoh B
anda lelaki tanpa gelaran dan berkahwin dengan wanita yang bergelaran seperti di atas, anak-anak anda tidak boleh diberi gelaran Raja, Tengku, Syed dan Syarifah sebab ibu tak 'kuat' untuk mewariskan gelaran itu kepada anak-anaknya...

Secara peribadi aku sendiri berkahwin dengan isteriku seorang Tengku. Anak-anak aku tak boleh jadi Tengku, cuma boleh diletakkan Wan... tapi kalau aku nak letak Tengku boleh tak? Apa pasal tak boleh? pasal yang berdarah diraja bukan aku tetapi isteri aku? Maka aku BERDARAH rakyat biasa tak layak menengkukan anak aku?
HABIS! darah BAPAK mahathir bukan Melayu apasal boleh jadi Presiden Umno? Bini Dollah Melayu ke? apasal duduk dalam Umno? Syed Hamid Albar bapak dia dan suku sakat dia Arab..arab pun ada dalam Umno? Dalam MCA ada Melayu tak? MIC ada india jawa?

AKU SETUJU KALAU DOLLAH BADAWI JADI PM ATAS TIKET PAS SEBAB DOLLAH ORANG ISLAM..TAPI ATAS TIKET UMNO DIA TAK LAYAK.. sebab dia ARAB!
sebab tu dia 'bias' memilih SYEIKH MUZAFFAR yang berketurunan Arab sebagai angkasawan pertama Malaysia..haha!! ada 'share'lah puak-puak Arab..perkauman tak dia?

BEBALISME!!

7 comments:

Anonymous said...

Apa da.. yg hang dok merepek maraban ni..tengku ke, putri ke, pak arab ke, jowo ke, bugis ke...nanti kat dlm kubor dah x pandang semua tu..

Ulat&Kulat

kulupSakah said...

aku takde hal dlm bab ni tapi puak2 yg merepek nilah dok sebok dengan ketuanan dan pejuang itu-ini tapi bertopeng semuanya!
dari mana pun kita asalnya dari Adam dan Hawa...manusia mencipta kasta dan darjat...
kalau org seperti kau penuh dalam dunia ini pasti kita aman!
tiada diskriminasi warna kulit, fahaman dan ideologi...tapi manusia tetap manusia!!

Anonymous said...

betoi apa hang cakap tu kulup. agena melayu yg depa perjuangkan tu bukan untuk ornag melayu pun. untuk kembungkan perut depa sendiri saja.

yg bodohnya, penyokong yg tak tau nak membezakan perjuang orang ataih depa tu.

Ulat&Kulat... awat la hang tak reti nak paham apa yg kulup ni dok buat cerita. memang la semua orang sama. tapi bagi umno, bukan melayu tu umpama musuh yg tak boleh dibuat kawan.

tapi pelik, pemimpin yg dok ada pun tak tahu hujung pangkal asal kemelayuan tapi dok bising pasal perjuangan melayu. sampai menindas orang melayu sendiri. dan cuba meniupkan api perkauman.

Che Moq™ said...

betul tu..ada lagi yang keturunan mak bapak india muslim macam abd.azeez dgn reezal merican pun bleh jadi umno siap ada pangkat lagi..takde pulak unsur nusantara dalam darah diorang melainkan india juga termasuk dalam misteri nusantara..ada juga prof kata melayu tu rumpun bahasa..jawa , banjar dan lain2 pun tak mengaku melayu...haaa...sapa yang melayu? Sape nak jawab kulup?

Unknown said...

Memang dah nasib Melayu, dari dulu zaman kesultanan melaka.. cuba belek sejarah, Sultan apa yang betul-betul melayu. Bendahara apa yang betul-betul melayu?

Sekarang pulak.. selepas merdeka sapa dia PM yang betul-betul melayu?

Itulah Melayu yang cukup senang dilayukan.... yang kangkung memang senang dibuat ulam atau sayur, lagilah senang layunya.

Money4Free said...

aku pun pelik soal nasab keturunan ni.Ada sekor mamak kat tempat aku.kulit berkilat2 mcm juboq kuali.kawin dengan melayu...apsal anak dia jadi melayu pulak?

r.k said...

officeboytingkat4,

senang je nak jawab soklan kamoo..
die jadi melayu sebab kontrak sosial..

:)