Thursday, January 14, 2010

1990-2010

Dari desa nan sepi dia berjalan kaki
menuju ke kota indah penuh cita-cita
panas matahari yang bersinar
menjadi teman dan debu-debu di jalanan
sering mendakapi

(Lagu Pelukis nyanyian M.Nasir - lama lagu ni dah)

Aku sampai KL Disember 1990 dua minggu selepas SPM. Datang penuh harapan.Menumpang rumah Ayah Alang di Wangsa Maju. Apa nak jadi masih belum tahu. Tapi aku sudah berazam untuk pergi ke Creative Enterprise, pejabat majalah Gila-Gila. Aku mahu jadi kartunis. Kalau dapat kerja di sana lebih bagus. Suatu hari semasa mengikuti rombongan sekolah, bas yang ku naiki telah tersesat ke Bangsar Utama dan aku ternampak pejabat Gila-Gila. Sejak haritu aku berazam aku akan ke sana. Kat mana Bangsar aku tak tahu tapi satu-satunya yang boleh aku jadikan tangkal, ia tak jauh dari Muzium Negara. Alah..zaman bas mini 50 sen bukan susah. Masa tu bawa RM5 dah boleh makan minum dan selamat tambang pergi balik. Tak payah bawa dompet, cukup bawa kad pengenalan lama yang liat tu di poket belakang.

Sampai di muka pintu pejabat Gila-Gila tingkat bawah (opis baru di Bangsar Utama ni, sebelum itu di Jalan Pantai Baru) dada aku suspen. Nak naik atau tidak. Nak masuk atau tidak. Perangai malu orang kampung masih tebal. Dari pintu itu tiba-tiba keluar kartunis Roslim, Kulat dan Not. Nak pergi makan barangkali. Aku berpaling pura-pura tak nampak . Mereka tak pedulikan aku pun. Seorang lelaki menegur aku, "Adik nak hantar kartun? Jom naik?". Aku membuntutinya. Dia memperkenalkan dirinya kartunis Nasa, penyumbang ruangan Senyum Skot (ruangan kartun untuk askar-askar atau polis). Sewaktu mendaki tangga berselisih dengan kartunis Roy dan CikLi . Aku kagum.
Naik ke tingkat 4 menuju bilik Rejabhad, Aku nampak Fatah. Dia mengangkat kening kepadaku. Zunar serius tak menghiraukan sesiapa. Aku juga nampak Gedek dan Azman Yusof.

Pak Jab bersalam dengan Nasa dan aku. Aku hanya diam mendengar mereka berbual.
"Dari mana?" tanya Pak Jab kepada aku.
"Pahang!" kataku.
"Pahang? Datang sini seorang?" Dia pantas mengambil kamera dari laci mejanya. Kebetulan Boy PJ ada di dalam biliknya dan dia menyuruh Boy PJ mengambil gambar aku dan dia. Kemudian dia mengambil gambar aku dan Boy PJ. Kedua-dua gambar itu amat lemah komposisi sudutnya. (Seminggu kemudiannya apabila aku datang, arwah Pak Jab menunjukkan gambar itu kepadaku sambil ketawa mengatakan dirinya dan Boy tak layak jadi kameraman).

"Sebenarnya dia ni kartunis juga!" Nasa memberitahu Pak Jab. Aku ada beritahu Naza di luar tadi yang aku pun kartunis tapi malu nak mengaku dengan Pak Jab. Aku pun memberitahu karyaku ada tersiar dalam ruangan Senyum Pelajar. Pantas juga Pak Jab mencari Gila-Gila isu tersebut dan sewaktu melihat kartunku dia berkata (selalunya dengan bahasa standardnya) "Rupa-rupanya anda seorang kartunis."

Pak Jab ada sebuah buku panduan melukis kartun yang dibikinnya sendiri dan dijual dengan harga RM10.
"Tapi, oleh kerana anda masih belum bekerja saya tidak mahu mengambil duit anda. Anda pinjam saja buku ini dan pulangkanlah nanti,". Aku membawa pulang dan memang aku pulangkannya sebulan kemudian. langkah aku baik hari tu kebetulan Fauziah Latiff datang untuk interbiu majalah Humor. Kartunis Long memperkenalkan kepada kami

"Amboi! Anda beruntung hari ni, dapat salam dengan Fauziah Latiff!' kata Pak Jab kepada aku.
Sejak itu aku selalu datang ke bilik Pak Jab belajar.
"kalau saya boss, saya ambil anda bekerja dulu sebagai peon di sini sambil tu boleh belajar melukis. Tapi saya bukan boss!' kata arwah.

Aku keluar dari pejabat tersebut dengan penuh keazaman. Melihat pelukis dan pengamen di Central Market menambah lagi semangatku.

Tak sedar 20 tahun sudah berlalu dan hari ini aku rasa seperti baru hendak bermula. Ke mana aku selama 20 tahun ini, aku tak pasti. Yang seronok, ramai dari mereka dah jadi kawan aku.

Hidup ini hanyalah suatu lukisan
Yang dilukiskan oleh Maha Pencipta

15 comments:

maun said...

rope mane le PJ Boy nangkap gambor...

kejap beno rasanye 20 tahun dalam hidup ni ye lup..sepanjang masa tu agaknye apa kot pengalaman dan ilmu paling bermakna.

Pada aku bila dapat ilmu bagaimana nak mengenal Allah..20 tahun cuba mencari dan mengenal Tuhan, hasilnye zero malah diri aku semakin hari semakin hilang jejaknye pulak..tapi ada nikmatnye sepanjang umur jika dibandingkan dengan yang lain walaupun tak ada hasilnye....

aku said...

kembara seniman jalanan 2

alang said...

Bro, tak sangka gua, lu nie muda2 jambu jugak ye. ;)

mamai said...

bro, wa rasa lu sepatutnya jadi pelakon masa muda-mud dulu hehehehe jadi hero citer azura

ubilepih said...

ha..ha..ha..aku pun rasa kemana aku selama ni..betul hidup lukisan maya

chili merah said...

Salam bro Rona...
sy ni pengikut setia blog ni.
dan sgt berminat utk memiliki majalah gedung kartun dan t-shirtnya.

sy nk order tshirt di cartoonkafe.com tp mcm ade problem ngan pembayaran.
boleh tak kalau sy nk buat pembayaran melalui CIMB clicks
walaupun tiada dlm senarai kaedah pembayaran?

terim kaseh!

kulupSakah said...

maun,
bab tu kena ziarah kat blog wak jono haha...

aku,
part osman tikuih belum masuk lagi

alang,
cetttt!!!

mamai,
part berlakon aku akan citerkan satu hari nanti

ubi,
lu jadi tarzan

chilli,
ko telefon opis bincang kat sana

Gen2 said...

Ha..ha..ha..Buku Arwah Pak jab rm10 tu pun dulu aku ado juga...sayang hilang ntah kemano..dia bagi hutang..minggu depannya aku bayar...Waktu jadi Kartunis PELAPIK samo ngan Dwan..KAT GG dulu..

Reformis Jalanan said...

En. Kulup,


jika dilihat pada usia sdra, anda 16 tahun lebih tua daripada saya. Bagi saya, sdra sangat bertuah kerana di usia muda begitu berani seorang diri menjejakkan kaki ke tempat asing. Dan juga bertuah. Kerana, sdra dilayan dengan baik oleh orang-orang yang sdra baru kenali ketika itu. Jika lihat pada cerita sdra, mereka melayan sdra seperti "kawan lama" walaupun baru kenal sekejap.


Tapi cuba bayangkan jika ketika itu sdra berada di zaman sekarang (2010). Masih adakah orang yang baik hati seperti yang sdra jumpa itu, yg sanggup melayan orang yang tidak dikenali dengan baik? Sebab itu saya katakan sdra sangat bertuah. Jika zaman sekarang, amat payah untuk berjumpa dengan orang-orang seperti itu.

abgBro said...

gua pung walau dh 2wa tp msih brhasrat nk jdi kartunis...ahak

kulatlapok said...

salam bro: wa ha ha..gua ingat lu sebut nama gua KULAT.. tapi gua KULATLAPOK, baca lu punya story, guapun terus melayang teringatkan KL 20 tahun lalu,

Baju yg lu pakaipun gua masih ingat dulu 80an tshirt2 macam tu tengah meletup2. masa tu kat caowkit macam2 baju ada terutamanya american flag. lu punya ceritapun samalah macam gua. memang ada cita2 nak jadi kartunis.

wa punya member pun ada offer kat wa tapi dia jadi kartunis kat GELIHATI. tAPI BETULLAH BRO, hati wak kecik masatu tak berani nak pi jauh.. tapi sekarang ni macam lu cakaplah sudah 20 tahun berlalu, akhirnya wa tercampak kat utara kerja makan gaji sampailah lahni tercampak lak kat selatan.pimai pimai tangtu, macam tu gak lagunya.

apa wa bersyukur walau tak jadi orang pandai dan kaya tapi yg penting wa manyak happy, itu Allah beri kita satu ketenangan, serta gembira bersama anak2 dan keluarga. Happylah baca lu punya story..! wookeyyy..bye.!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akum.. ada kat gelagat kan ada kat gado gado juga.. ada kat gila gila

ada satu kartunis vike kot ( kalau tak silap eja dia lukis katun jari empat kenal ke.

...................

dulu rock rupanya

Term Papers said...

It takes some reading to find all the really interesting stuff, but it's pretty good.

Unknown said...

I wanted to drop you a quick note to express my thanks. I've been following your blog for a month or so and have picked up a ton of good information as well as enjoyed the way you've structured your site. I am attempting to run my own blog but I think its too general and I want to focus more on smaller topics. Being all things to all people is not all that its cracked up to be.

Term Paper

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.