Sunday, January 10, 2010

gelisah ini siapa yang bikin?


"Teksi bang?" kata pemandu teksi itu sewaktu aku keluar dari stesen komuter pagi tadi. Aku baru pulang dari Penang.

"Ya!" Aku bertanya berapa tambang ke rumahku dan dia menjawab "RM15".
"Ah! Saya ada RM12 saja" kata aku.
"Takpe bang! Rezeki awal2 pagi ni tak boleh tolak"

Dia memandu kereta sewanya.

" Saya tak boleh tolak. Susah bang! Permit tak dapat. Padahal ramai pemandu teksi macam saya ni Melayu. Mengapa kerajaan tak tolong orang Melayu macam saya?"

Aku selidiki mamat ni dan ternyata dia bukanlah penyokong mana-mana parti. Dia hanya mengeluh pasal dirinya. Warga yang terjepit.

"Sejak bila kerajaan tolong Melayu?" kata aku. "Bukankah banyak permit teksi dibagi pada seorang dua kroni mereka saja? "Kalau dia nak tolong Melayu, bagilah pada beratus pemandu teksi Melayu, maka akan lahirlah beratus Melayu yang berjaya. Tapi seorang kroni dia saja yang kaya!" kata aku. Aku bab Melayu-melayu ni maleh nak layan sangat.

"Ni barang naik lagi ni. Gula naik. Tak lama lagi minyak naik pulak! Belanja sekolah anak, yuran dan bas makin naik" keluh dia.

"Bila gula naik, profesor kangkung kata takpe, gula tak baik untuk kesihatan. Kita tak perlu gula banyak Memanglah....tapi peniaga kuih perlukan gula untuk buat kuih." kata aku.

"Yalah! Yang jual kuih kecil2an pun ramai Melayu!" kata dia lagi. Melayu lagi.

Aku menambah,"Kacang, ikan bilis untuk nasi lemak pun mahal tapi peniaga nasi lemak tak boleh jual nasi lemak mahal nanti orang marah. Terpaksa jual murah. Margin untung jadi kecik. Penat saja badan!"

"Pun ramai Melayu yang jual nasi lemak" katanya lagi.

Sebaik melewati sebuah taman perumahan yang sedang dalam pembinaan dia berkata,"tengok rumah ni..Mesti ramai Cina yang beli. Melayu kalau ada pun 10% jelah. Tak mampu, mahal!"

"takkan kita nak salahkan Cina pulak bila kita tak mampu beli? Mereka mampu sebab mereka berusaha dan saling bantu membantu. Tapi kita? Seratus projek sepatutnya diberikan kepada seratus orang dan seratus orang akan berjaya tetapi bangsat di atas hanya bagi kepada seorang . Seorang itulah yang jadi sangat melampau kayanya dan langsung tak ingat dengan saudaranya." aku membebel.

"Okey dah sampai! RM12 sudahlah". Aku membayar.

"Bang!" kataku "Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan. Dia menjelir lidah.

27 comments:

maun said...

Ujikaji makmal:
Sample: Rakyat (tikus ujikaji)
Variable: Liwat, MPKB,Kepala Lembu, Gula, Minyak,PDRM, SPRM, Mahkamah, Allah
Pencapaian: Hidup UMNgok!!!!!

Jangan tikus ujikaji jadi tikus raksaksa cukup le, yang buat ujikajipun dimakannye nanti....

abgBro said...

hidup melayau!!!

joegrimjow said...

nak mlayu je 24 jam
xbest jugak

bungkus said...

pasal rumah tu kena tengok pemaju macam mana
kadang kadang dia memang tak nak bagi melayu beli
yang pemaju pun melayu yang jual pun melayu
saya pernah kena bukan sebab takde duit
sebab dia kata kalau jual pada orang cina kawasan ni akan maju... itu kata jurujual melayu yang boss nya pun melayu

cicitHJHASSANu said...

kaw kaw liau..

Anonymous said...

Kulup, aku setuju bila ko kata barua diatas makan satu projek yang sepatutnya boleh bagi makan kat seratus seribu orang...

tapi aku tak setuju bila orang melayu bila terlalu bodoh untuk lalu di bawah kelengkang DAP yang juburnya tak pernah dibasuh padahal melayu dibawah bapak DAP (PAP) lebih merempat dan papa kedana dari melayu disini..lagi mau disokong ?

Anwar ? apa dikira sijubur itu, malah dia sama kayanya dengan menteri umno yang ada ... kaya anwar..kaya azmin..kaya khalid..kaya mereka itu.. ko kulup ? jenuh berdemo dibawah terik pancuran FRU atas nama "perjuangan" ?

"bila melihat bintang dilangit..ingatlah rumput di bumi"..

mamai said...

melayu yang terdahulu

mysticknight said...

buat pas bangang, kalu ko nak kaya mcm org kaya, ko buat la apa yg patut. Yang ko pegi taji kulup sbb dia tak kaya apsal? ko ingat semua orang nak kaya ke? Ko tahu ke KAYA tu apa?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

buat pas bangang

apa pasal ni ... janganlah marah kat bro kulup...
kita bukan penyokong anwar.. bukan juga pkr

tapi kita sokong perjuangan sekarang.. tak salah kita tukar tukar
supaya mereka tahu kita ada hak

asyik orang yang sama ....dah banak kes kita di bodohkan walaupun tak bodoh

kulupSakah said...

mysticknight,
terima kasih atas jawapan anda .aku akan terangkan maksud "kaya" pada 28 Januari nanti. Tungguuuuu....

kepada yang dah jawabkan utk mamat bangang tu, terima kasih..

Anonymous said...

Bertukar angin lah pulak kat sini ..

http://mymassa.blogspot.com/2010/01/blogger-celaka-dibaling-kapak-terbang.html

hg_kasturi said...

Aku sokong PAS BANGANG sebab yang lain2 tu lebih mirip kepada kejahilan tentang kebaikan orang lain.. tetapi terlalu JUMUD kepada pembangkang... saperti:
1. Celako celako celako
2. Al juburi
3. Manusia yang mesti langkah mayat mereka dulu sebelum nak menubuhkan negara Islam yg berteraskan kepada HUKUM HUDUD.
Melayu oh melayu yg sesat .. Gajah depan mata tak nampak .. tapi kuman diseberang laut tak nampak pun dia kata NAMPAK .. isk isk isk.

Anonymous said...

KPD BRUTALSOLO;

TAK PAYAHLAH TUKAR YANG LAIN SBB YANG LAIN TU LEBIH BURUK DARI YANG SEDIA ADA. MAI JENGAH KAT:

http://mymassa.blogspot.com/

http://jeffrydamien09.blogspot.com/

http://rahmanahchongmuniandy.blogspot.com/

http://mysrimuara.blogspot.com/

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

http://arifomar.blogspot.com/

http://www.anwaraidc.com/

BETUI KA APA DEPA KATA ..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kepada
Anonymous said...January 11, 2010 7:47 PM

senangnya buat keputusan dengan bagan baca blog-blog tu ke

kesian

berilah amanah pada yang berhak
ni contoh

cuti 16 .9 . tu pkr yang cadangkan

malaysia -malaysia sama dengan 1 malaysia.. tu dap punya

klinik satu malaysia tu dah lama ada kan dari dulu memang seringgit

asyik curi orang punya buah fikiran
macamana nak memimpin

aku tegaskan di sini
aku bukan penyokong pakatan rakyat
tapi kita ada hak untuk tukar 5 tahun sekali
kalau tak ok kita tukar lagi

kulupSakah said...

jika anda setuju dgn kenaikan harga barang atau apa2 dan kau tidak rasa terbeban, tak mengapalah. Kami memilih untuk tak setuju.

jika kau tak setuju dgn kami, kami juga tak setuju dgn kamu.

no big deal.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

terima kasih bang kulup...

Anonymous said...

KPD BRUTALSOLO :

Tak payahla kesian ..

Buah fikiran yang baik tak kira lah dari sape2 pun .. pemerintahan ikut .. jadi tak salahkan ? Tak pa la kalau mengaku benda tu dari cadangan PKR ke Dap ker Pas ker.. janji molek.

YANG PALING PENTING MELAYU MESTI KUAT..BILA MELAYU KUAT .. ISLAM AKAN DIHORMATI. MASA INI KAFIR LAKNATULLAH BUKAN SAHAJA TAKUT NAK GUNA KALIMAH ALLAH NAK SEBUT PUN DAH MENGGIGIL.

Anonymous said...

HARGA BARANG NAIK .. SEMUA NAIK .. RAKYAT HIDUP MENDERITA .. KEBULURAN ??? SUSAH NAK DAPAT KERJA ??? ANAK ISTERI MENDERITA ... AKU TAK BOLEH MENERUSKAN KEHIDUPAN DIMALAYSIA KERANA NAK HIDUP PUN SUSAH KERANA SEMUA BARANG2 NAIK ..SEMUA MAHAL.???

CUBA KITA INSAF UNTUK DIRI KITA SENDIRI .. BAYANGKAN RAKYAT INDONESIA SANGGUP MATI MEREDAH LAUTAN.. MASUK MALAYSIA SECARA HARAM .. SEMATA2 NAK CARI REZEKI SESUAP NASI UNTUK KELUARGA MEREKA.SANGGUP BEKERJA JADI KADAM .. JADI KULI .. JADI HAPRAK .. SENGKEK SEGALA2NYA. TAPI KENAPA MEREKA BOLEH HIDUP .. BOLEH BUAT DUIT .. BUAT BANGLOW .. WALAUPUN TAK KAYA TAPI SENANG.
PEMINTA2 SEDEKAH DARI INDIA ..MYANMAR.. CHINA BERLINDUNG DISINI UNTUK MINTA SEDEKAH .. KITA RAKYAT MALYSIA PERIHATIN .. TERUS BAGI DUIT SAMPAI DIA KAYA ..

BUKAN SAJA PENDATANG HARAM INDONESIA YANG ADA .. TAPI SELURUH PELUSUK DUNIA DATANG BERDUYUN2 MELOMBONG EMAS KERANA BAGI MEREKA KEKAYAAN ITU MUDAH DICARI DISINI.

KESIMPULANNYA :MELAYU KETINGGALAN KERANA MALAS .. MEMANG MELAYU MUDAH LUPA ..KENA PAKAI TONGKAT .. KENA PAPAH UNTUK BERJALAN .. KENA SUAP UNTUK MAKAN ..KENA DODOI UNTUK TIDUR.. DARI ZAMAN JEPUN SMPAI SEKARANG.
INILAH KERENAH ORANG MELAYU YANG TAK SEDAR DEK UNTUNG.KALU PENDATANG BOLEH HIDUP DENGAN SENANG DIMALAYSIA ..KENAPA TIDAK KITA WRNEGARA MALAYSIA.

hg_kasturi said...

PAS Dihentak Sinar Harian
Sinar Harian (11/1/10): Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sekali lagi menjadi tumpuan apabila ada pihak yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dalam pembelian kek untuk Hari Raya Aidilfitri diberikan kepada Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, beliau mempunyai bukti resit pembelian kek seberat 10 kilogram setiap enam biji kek, bernilai RM650 sebiji kek, yang diberikan kepada enam pihak termasuk si Nik Ajiz dan Ariffahmi Abdul Rahman.

“Apa yang dikesalkan ialah kek itu diluluskan oleh CEO PMBK sendiri untuk dirinya dan bapa mentuanya, si Nik Ajiz.

“Ini satu salah guna kuasa dan penyelewengan menggunakan wang PMBK untuk membeli kek sempena hari raya bagi kepentingan sendiri. Walaupun ianya satu perkara kecil tetapi rasuah tetap rasuah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sehubungan itu, Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu kerana SPRM juga sedang menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK.

“Jadi perkara ini mesti ada dalam siasatan SPRM, justeru saya minta SPRM umumkan apakah hasil siasatannya setelah tiga bulan telah berlalu.

“Kita khuatir jika lambat diumumkan berlakunya konspirasi untuk cuba menyembunyikan bukti dan fakta oleh pihak terbabit,” katanya.

SPRM mula menjalankan siasatan ke atas Abdul Ariffahmi sejak awal November lalu setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.

Siasatan SPRM itu dikatakan berkisar tentang salah guna kuasa Abdul Ariffahmi dan pelantikannya sebagai CEO yang dipercayai melanggar akta suruhanjaya berkenaan.

Isu itu kemudian memuncak apabila Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditamatkan kontraknya secara mendadak.

Pada masa sama, si Nik Ajiz mengakui beliau dan keluarganya menerima tajaan haji bernilai RM65,000 yang turut melibatkan Abdul Ariffahmi dan beberapa ahli keluarganya.

Apabila isu itu mendapat liputan meluas media, si Nik Ajiz atas nasihat kepimpinan Pas Pusat mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK.

Sponsored oh sponsored.

swai said...

"takkan kita nak salahkan Cina pulak bila kita tak mampu beli? Mereka mampu sebab mereka berusaha dan saling bantu membantu...."

ah ..mereka saling bantu membantu sebab mereka di tindas dan tak dapat bantuan dari sistem yang sedia ada(gov)! and so they just have to look after each other, basic rule of engagement! bukan bagus sgt mereka ni! :P

fikiranlicin said...

bangsa lain berjaya bukan berusaha semata-mata tetapi pandai ambil kesempatan atas kelembutan MELAYU! Apa kata kita ubah sedikit, kita ambil sedikit hak kita yang hilang... ada berani? by hook or crook!

kulupSakah said...

swai dah bersuara!

Anonymous said...

swai said...
"takkan kita nak salahkan Cina pulak bila kita tak mampu beli? Mereka mampu sebab mereka berusaha dan saling bantu membantu...."

ah ..mereka saling bantu membantu sebab mereka di tindas dan tak dapat bantuan dari sistem yang sedia ada(gov)! and so they just have to look after each other, basic rule of engagement! bukan bagus sgt mereka ni! :

TAU TAK PA
Banyak lagi Haprak2 kat dalam ni masih lagi tak tau .. sbb nak berjalan pun nak kena bagi tongkat .. nak makan pun .. nak kena suap..
So .. bagitaulah sesama melayu .. jangan nak harap jadi bangsa SUBSIDI .. cakap pandai .. gula naik 20 sen dan berdemo macam perangai setan .. sedap mulut kata rakyat ditindas. fikir2lah bangsaku.

Anonymous said...

ohh... kek... aku ingat kapal selam ke... jet sukhoi ke... tanker ke...

umno buat lawak laaa!!!

Anonymous said...

naik minyak sampai rm10 seliter pun... takpe..

naik gula sampai rm5 sekilo pun... takpe..

naik api pun... takpe..

naik air pun... takpe..

naik apa tax pun... takpe..

walau gaji tak naik2 pun... takpelah... sebab yg perintah malaysia parti kesayangan aku... yg perintah umno aku...

saaaaaayang najib!!! saaaayang umno!!! saaaaaayaaaang ubn!!!

daniel john said...

Valuable information and excellent design you got here! I would like to thank you for sharing your thoughts and time into the stuff you post!! Thumbs up

College Research Papers

Term Papers said...

Nice building and and thank you for the amazing text. It is a good job done.