Friday, January 1, 2010

Ayuh berdemo lagi!

Malam tahun baru di Dataran Merdeka aku dan Sham duduk di depan Coliseum sambil jual coklat dan roti. Ribuan manusia berpusu-pusu saie, tawaf dan wukuf di Dataran Merdeka menunggu seruan untuk upacara yang selalu diritualkan.
Mercun dan bunga api entah berapa juta ringgit dibakar dan meletup. Hadirin gembira.

Sewaktu mereka pulang melalui jalan TAR, aku berdiri di atas benteng dengan Sham mengucapkan selamat TUHAN baru kepada mereka dan memberitahu bahawa gula naik 20sen pagi karang dan bersiap sedialah dengan kenaikan harga yang lain. Aku dan Sham menjerit tentang yuran sekolah dan asrama yang bakal naik, GST yang tak diketahui oleh rakyat apa ke jadah perlu dibayar dan bermacam2 lagi. Tersengih2lah pak cik dan makcik berseluar slack, berkasut tinggi berkilat yang tumpang sebok di situ. Anak-anak muda aku tak kisahkan.

Ini demonstrasi unjukrasa aku yang pertama tahun 2010.

Demonstrasi dan seninya

Budaya berdemo masih asing bagi kita dari sudut seninya. Walaupun BN pernah mengejek di media mengatakan demonstrasi haram bukan budaya kita, alih-alih mereka semakin kerap pula berdemo. Silakan dan raikanlah perbezaan pendapat. Asalkan perhimpunannya aman- tiada provokasi dan pasukan keselamatan memantau dengan baik. Bukan menjadi babi pengacau. Demo kepala lembu boleh, yang aman tak boleh. Bodoh!

Islam memberi ruang umatnya berdemo dan menunjuk perasaan dengan saluran yang betul dan tertib. Melontar jamrah semasa mengerjakan haji adalah seni demo. Dikatakan ada syaitan di depan, walhal itu hanyalah kiasan. lontaran kekotoran dari batiniahlah yang perlu dilontarkan ke luar, tepat ke arah target. Itu seni.

Kita jarang menggunakan taktik seni. Dengan kostum, sepanduk dan gimik yang menarik akan membantu penyampaian mesej dengan lebih berkesan.



Gambar aku sekeluarga berdemo di atas telah juga digunakan untuk dijadikan bahan kempen pilihanraya yang lalu. Brochure yang dijual kepada calon2 itu (wow! Mereka bikin uang tanpa berbincang dengan aku yang mereka kenal) menggambarkan seolah2 aku sekeluarga sangat susah dengan kenaikan harga tol wal hal aku cuba menyampaikan mesej bahawa kesan kenaikan tol tersebut menyerang seisi rumah, bukan diri kita seorang. Itu mesejnya. Ada sedara mara aku menangis tengok gambar ni sebab dirasakan aku susah sangat (kah kah kah). Mereka tak faham malah ada pula kutipan derma di jalanraya untuk aku. kami menolak. kami mengajak mereka turun sekeluarga. Kalaulah demonstran yang diketuai pemimpin2 atasan turun membawa keluarga aku rasa penangannya lebih hebat. Sebab itu kerajaan heboh berpesan jangan memperalatkan kanak2 dalam demo. Antara yang selalu turun demo satu keluarga ialah Saari Sungib (kini YB) dan Kak Aliza serta anak mereka Muthanna dan Urwah, Dr.Badrulamin dengan Kak Zumrah- si kakak dan si kembar , Dr.Hatta (kini YB), keluarga Abang Bad dan Kak Nashitah dengan anak2 mereka.

Sebab itu ayuh jangan takut turun ke jalan. Lawan tetap lawan.
"u don't have to beat them, just fight them!'

15 comments:

Guru said...

saya tak pernah berdemo dalam hidup...
melihat gambar, teringin pula rasanya.

Anonymous said...

Dalam keadaan ko terpekik tak puas hati, anak-anak ko tetap dapat pembelaan setimpal dari hospital kerajaan...

ko tengok dalam satu lorong sempit dan gelap dan dalam masa yang sama tangan ko meraba apa yang dapat ...

kenapa jadi begitu ?

ummu asiah said...

kami suka....:))

..........
Apa yang hak kita,kita ambil..kalau orang rampas hak kita pekikla kuat2 minta balik...kalau diam..membiarkan diri dizalimi...

maun said...

Kesian "pas bangang", otak pendek tak memahami isu kenapa perlu berdemo...tahap UMNgok!!!Biarkanlah dia dengan keUMNgokannya...

Aku suka akhir kata Tukar Tiub pada malam tu..Selamat Tahun Baru 2010..berjumpa lagi di jalanraya!!!

kulupSakah said...

PAS BANGANG
jika anda berada di negara komunis dan zionis sekali pun ada hospital yang memberikan perkhidmatan yang baik tetapi patutkah anda menyebelahi zionisme hanya kerana kemudahan itu?

sama ada aku tengok dalam satu lorong yang sempit aku tetap bencikan rasuah dan penyelewengan kuasa. sila bezakan dulu apa dia negara, kerajaan dan parti politik. noktah! terimakasih untuk anda.

isteri kulupsakah said...

pas bangang lagi tolol,

dlm keadaan yg selesa bagi org umno kononnya dan di selangor dapat air percuma umnogok berdemo juga... apa cerita?

hospital kerajaan tu bukan duit umno bangang...!!!!

Hashim Zabidi said...

Kita kena dan terus berdemo lagi, Kali ini tentu lebih besar dan lebih hebat. Bersedialah.

Keputusan Mahkamah mengeniai penggunaan Allah dalm media kristian mesti ditentang habis-habisan.

daLyaanoon said...

bertuhankan UMNO/BN!

Bahalol!

kulupSakah said...

Hashim Zabidi,
aku mempunyai pandangan berbeza dalam hal itu. Aku rasa kau perlu baca blog Isa: Ikutsukaaku

abgBro said...

bro umno ni same je dr utara smpai selatan bwk ke sabah swak seme otak trbalik, fikiran songsang xleh pakai daaa....

Anonymous said...

aku tak kata aku pandai, mungkin aku amat bangang dari ilmu yang korang ada, tapi aku bersyukur tidak diperbodohkan oleh pemimpin korang yang tangan kanan suap makan kat anak korang, tangan kiri meraba tetek bini korang..

asal nama korang melihat dari sudut politik, korang sedang ditipu secukup-cukupnya.

Kenapa tidak perjuangkan hidup diri dan anak2 yang pasti tidak akan dibela oleh Anwar, Hadi awang dan Lim Ks...

tapi takpa la, berdemo la sampai dapat apa ko dapat Kulop.. aku boleh bet ko tak dapat apa pun baik untuk diri sendiri, orang lain atau anak ko..percaya lah

Anonymous said...

Bila di pikir2 ..betul juga kata2 PAS BANGANG ni. Bawa anak bini berdemo.. seolah2 macam Malaysia ini banyak yg kebulur dan kerajaan yg kejam. Baru naik harga gula 20 sen .. perangai dah naik macam setan .. Kalau nak di bandingkan dengan negara Asean lain .. kita jauh lebih murah.Begitu jugak minyak .. tepung dan kebanyakan barang keperluan harian yg lain.
Betulah cakap sesetengah bangsa lain.Melayu ni pemalas .. masih perlu tongkat .. bangsa subsidi.
Sokonglah Pas untuk tambah dana .. dengan membela babi2 yang terbesar diAsia.Ajaklah anak bini kita bekerja disana. Lawat:http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/04/10/selangor-projek-ternakan-babi-moden/
Kalau UMNO yang buat projek ni tentu bawa anak bini buat demo .
Satu persoalan ; kenapa tak buat projek ternakan lembu ataupun kambing secara besar2an .. boleh juga bawa anak bini kita bekerja secara halal.
GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK.NUN HAHH ..KUMAN SEBERANG LAUT DIA BOLEH NAMPAK ..ISK ISK ISK
Maaf kalau terkasar bahasa.

Anonymous said...

btul btul btul ... ubahlah perangai jadi macam manusia .. terimalah hakikat.

Anonymous said...

isteri kulupsakah !!! abih tu hospital kerajaan tu duit sapa .. bukan duit Rakyat ? Rakyat tu sapa .. rata2 rakyat tu UMNO .. tunjang kerajaan Malaysia yang memerintah.
Kalau nak harapkan PAS PKR DAP .. bila harga gula naik sikit .. berdemo macam setan .. minyak petrol naik .. berdemo macam iblis .. tol naik .. berdemo macam kera kena belacan.Apa yang anda dapat.
Maka dengan duit inilah kita berupaya untuk menikmati kemudahan yang terbaik walaupun ada suara sumbang nak lagi baik dan semua FREE. Fikir2 lah.

Anonymous said...

pas bangang,

Apa la ko ni. Sebenarnya aku rasa ko ni taklah bangang sangat..

Kalau diorang kata UMNgOk, aku tak mrah sangatlah sebenarnya. Tapi yang diorang pi sokong PAS, PKR & DAP tu apa ke jadahnya. Adakah 3 parti busuk ni lebih pandai dari UMNgOk? Adakah 3 parti haramjadah tu lebih baik dan lebih terjamin masa depan kita sebagai rakyat Malaysia?

Mustahil...