Monday, January 25, 2010

Barua dan Teman


haha...tajuk entry skema je..

woit! Jom tonton cerita ni.


Diarahkan oleh Teddy Chan Tak Sum dan beberapa penulis skrip seperti Chun Tin Nam, Yuen Sai Sang, Guo Jinli, Wu Bing (ada lagi yang tak dikredit) dan pelakon-pelakon hebat seperti Wong Xueqi, Tony Leung Kar Fai, Hu Jun, Tse Sing, Eric Tsang Chi Wai, Leon Lai Ming dan cameo Jackie Cheung gua jamin best yeop!


Aktivis demokrasi, Chen (lakonan Tony Leung) dapat mesej Dr Sun Yat Sen, tokoh revolusioner yang juga rakannya akan datang ke Hong Kong untuk bertemu dengan pimpinan2 aktivis lain dalam usaha menggulingkan dinasti Qing. Akhbar propaganda milik Chen dibiayai oleh saudagar Li Yue Tang (Wang Xueqi) marah kerana Chen dikatakan mempengaruhi anak lelaki tunggalnya Chung Guan (Wang Bo Chieh) menyertai pergerakan revolusinya.

Dinasti Qing telah menghantar orangnya Xiao Guo (Hu Jun) untuk memastikan Dr Sun mati sebelum pertemuan tersebut. Mereka telah menyerang dan menculik Chen sementara kawan2 Chen telah dibunuh.
Li telah menemui nota yang ditinggalkan Chen sebelum diculik agar meneruskan misi mengawal keselamatan Dr Sun agar tidak mati dibunuh. Li mengubah pendirian politiknya selama ini dan berhasrat membantu Chen. Dia kemudiannya mencari sekumpulan orang untuk menjadi pengawal Dr. Sun. Misi ini sungguh berat. Chen berjaya membebaskan diri dari tahanan dan mereka telah merancang strategi yang seseorang perlu menyamar menjadi Dr Sun dahulu kerana mereka tak tahu bagaimana bentuk ancaman bahaya yang akan musuh mereka gunakan untuk membunuh Dr Sun. Anak Li, Chung Guan telah terpilih dalam undian tersebut dan dia sanggup menghadapinya walaupun pada mulanya Chen sendiri tidak sanggup mengambilnya.

Korang saksikanlah sendiri bagaimana hebatnya mereka mempertahankan pejuang mereka sehingga wira-wira tak didendangkan ini mati. Ada yang usianya masih belasan dan ada yang akan berkahwin hari esoknya. Nama-nama mereka dikreditkan sebagai pejuang. Siapa mereka? Adakah tulisan ini tertinggal sesuatu? Korang tontonlah sendiri. Emosi aku terusik menonton filem ini.


Aku teringat bagaimana strategi anak-anak muda PKR menyelamatkan Anwar dari ditangkap sewaktu Saiful buat laporan polis diliwat Anwar. Bagaimana beberapa orang menyamar jadi Anwar dan yang lainnya menjerit "Reformasi" beberapa kali sehingga orang tak tahu dan tak dapat kesan bagaimana Anwar dibawa dari bilik hotel Quality Shah Alam turun ke tempat parking menuju kedutaan Turki. Waktu itu kami berkampung sampai subuh di lobi hotel tersebut.

9 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akum
terima kasih kerana menunaikan janji
aku sempat bersalam dengan dsai di hotel...
aku cuma ingin melihat ...
aku cuma ingin merasai
kalau artm dan tv3 pasti aku akan tertipu sampai tua
aku selamanya akan duduk di atas pagar..
kerana hanya pagar yang di tuduh maknan padi.. sedangkan tuan tanah yang malas berkerja

author faethal said...

Memang banyak strategi budak2 muda PKR ni..
Sampai polis & FRU jadi pening..
Ingat lagi masa perhimpunan mansuhkan ISA,walau macam mana FRU blok pun..
Anak2 muda PKR ada 'strategi' untuk pecahkan kepungan POLIS & FRU..
Chief in command diorang semestinya Che'gu Bard..hehehe..
Lasak budak Che'gu Bard tuh!

Unknown said...

itu aje la yang korang pandai...

berkampung kat loby hotel dapat pahala dan kemakmuran hidup untuk anak isteri semata nak selamatkan Anwar yang kaya lagi raya melihat kebodohan korang..

hmmm..melayu yang cuba tunjuk moden tapi rupanya masih bercawat diatas bukit berhuma padi..

dibawah bukit cina india bercawat tapi naik mercedes..

apa ke tak bangangnya kome ni

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

apa kena malim nawar
kalu di sebabkan jatuhnya 5 negeri kepada pakatan rakyat dia tak mdapat tender jangan la marah
anwar kaya lantak dia la
habis yang ko sokong tu tak menimbun duitnya
negara demokrasi terpimpin ni saja yang amalkan satu parti kononya .. tapi mengamalkan dasar pecah dan perentah
udah la malim kami hormati pendirian ko
hormati pendirian orang lain mali oi

kulupSakah said...

malim nawar,
walaupun kau bnyk tak setuju dan kutuk aku, tapi jauh di sudut hati kau, aku tau kau minat dgn aku dan blog ini. Terima kasih..

cuma, utk kelihatan cerdik kau kena banyak buat homework dan kemukakan fakta.

terima kasih!

Anonymous said...

tuan, mana nak dapat vcd citer ni ek? citer ni baru kuar atau dah lama? (hehe maafkan teman kalu soalan ni nampak bongok sikit) tp teman mmg nak tenguk citer ni.........

Anonymous said...

Zainal sifatkan PKR boneka DAP

PULAU PINANG 31 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) diselar kerana sanggup membiarkan parti itu menjadi boneka dan 'pak turut' kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sepanjang lebih dua tahun mentadbir, tindak tanduk Setiausaha Agung DAP itu jelas menunjukkan beliau mahu memimpin negeri mengikut caranya sendiri.

Malah, katanya, Guan Eng juga sanggup menyingkirkan siapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya seperti berlaku kepada bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin yang 'terpaksa' melepaskan jawatan.

''Perkara sama juga menimpa Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang selama ini lantang mengkritik Guan Eng dan akhirnya 'terpaksa' melepaskan jawatan Pengerusi PKR negeri.

''Jika perkara ini berterusan tidak mustahil rakyat akan melabelkan PKR sebagai boneka dan 'pak turut' kepada Guan Eng," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara seumpama itu juga tidak pernah terjadi sepanjang lebih 34 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang kerana parti itu mengamalkan konsep permuafakatan.

Tambahnya, dalam tempoh itu juga, semua parti komponen BN di negeri ini iaitu UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan PPP tidak pernah membuat keputusan yang mementingkan sebahagian pihak sahaja.

''Semasa BN perintah, apa jua keputusan akan dibuat secara permuafakatan dan ia dilakukan demi kepentingan rakyat negeri ini dan tidak seperti kerajaan sekarang yang hanya mementingkan kelompok tertentu," ujarnya.

Anonymous said...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bukti kini sedang dikumpulkan dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.

“Tindakan kita kebelakangan ini menunjukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah,” katanya.

Anonymous said...

Aku setuju pendapat Malim Nawar
Adakalanya Puak2 Mentaliti Berserabut PMB ini masih tak kenal yang mana pahala dan dosa .. main terjah ikut hati.
Pasai Gula naik 20sen .. bawa habis anak bini pi buat demo ..
Baru khabar angin minyak nak naik lagi .. dahhh.. terlonjak2 macam kera kena TAIK bawa anak bini buat demo lagi kononnya pemerintah yang ada sekarang terlalu kejam terhadap rakyat.

Di sempadan gula kena seludup.
Di sempadan minyak jugak kena seludup ..
Rupa2nya benda yang menyusahkan Puak2 Mentaliti Berserabut ini sebenarnya terlalu Murah jika nak di bandingkan dengan semua negara jiran disekeliling kita.

Aku lari dari tajuk ke ? Sebenarnya tidak kot ... cuma nak mengingatkan PMB jer .. supaya bersyukurlah dengan nikmat yang kita kecapi sekarang ini.