Tuesday, January 12, 2010

Dialog Allah milik siapa suatu kemenangan.

Aku pergi menyaksikan forum tentang isu Allah malam semalam di Dewan Perhimpunan Cina Selangor &KL malam semalam
Blog ummuasiah ada menceritakan semua ini.

Berbagai hujah dilontarkan oleh semua ahli panel termasuk budayawan Eddin Khoo (aku dah mula meminatinya). Pro dan kontra. Masing-masing mempertahankan hujah-hujah. Sama ada anda setuju atau tidak Allah dikongsi adalah suatu perkara lain. Aku sendiri berpendirian Allah itu milik semua manusia..ops..semua manusia adalah milik Allah. Jadi beberapa hujah dari panelis yang tak sehaluan dengan aku adakalanya agak melucukan dan aku mengharapkan mereka dapat meyakinkan aku dengan hujah2 sokongan mereka supaya aku boleh menerima tetapi aku hampa. Seperti kata isteriku, Sham "Tolonglah berikan hujah yang aku di bawah ini tak tahu, semuanya sudah aku fikirkan."
Panelis yang menentang penggunaan nama Allah asyik menyatakan kerisauan tentang kemungkinan umat Islam akan keliru dan merasa terancam dengan dakyah Kristian tanpa mahu mengambil kesempatan bahawa kesepakatan menggunakan nama yang sama ini sepatutnya menjadi satu kelebihan untuk kita terus berdakwah dengan lebih mudah.

Dengan khalayak yang terdiri dari berbagai kaum dan agama malam tadi, sedar atau tidak 'dakwah' telah berlaku. Percanggahan pendapat ini adalah tanda manisnya ilmu dan luasnya ilmu Allah itu sehingga boleh dicungkil dari berbagai2 sudut. Secara tidak langsung, penonton bukan Islam malam tadi dapat melihat bahawa konsep syura' atau kebebasan bersuara dengan aman dapat memberikan manfaat kepada semua ummah.

Hujah panelis yang menentang penggunaan nama Allah oleh agama lain dapat menunjukkan bahawa betapa umat Islam begitu sayang akan Tuhannya dan betapa mereka tidak mahu Allah yang Esa itu diganggu gugat. Sementara yang setuju dengan nama Allah digunakan pula menunjukkan bahawa Islam itu ada toleransi dan bijak strateginya dalam berdakwah. Aku malas nak hujah banyak2 tetapi malam tadi adalah suatu permulaan yang baik untuk terus kita menyuburkan ilmu. Dakwah sedang berjalan. Teruskan. Subur dan murnikan nawaitu bahawa akhirnya biarlah segalanya berkesudahan dengan yang baik.

Tidak salah jika kita bersetuju untuk tidak bersetuju asalkan berlapang dada tidak disertai dengan nafsu untuk menang. Berdebat sesama Islam sehingga tegang urat leher adalah suatu kerugian.
Teruskan bergerak.
Cuma kalau khianat bukanlah Islam,
kalau aniaya bukanlah Islam
kalau zalim bukanlah Islam

kerana Islam itu "sejahtera" ...

14 comments:

Nangkubai said...

sudi kiranya ziarah blog wa bro..klu sudi tlg linkkan kat blog lu nii..tima kasieyyyy..

alang said...

Salam bro. Isu ini ada dihujahkan dalam blog keretamayat.blogspot.com

Klau bro free, boleh la tgk artikel dia yg menentang penggunaan nama Allah. Saya jujurnya saya tak kisah pun sapa nk guna nama Allah.

;)

Anonymous said...

Manusia semakin maju dalam berfikir. Kemuliaan itu tidak bermakna lagi dalam agama.
Maha suci Allah.
KalimahMu dalam kedudukan paling teratas mengatasi kemuliaan tuhan2 yang lain.
Pendirian saya tetap tidak berubah .. bahawa Maha Suci Allah .. KalimahMU tetap mengatasi Tuhan2 yg lain.

Anonymous said...

Aku masuk blog keretamayat dan kesimpulan yang aku dapat ..
Aku nak tanya pada yg menyokong kemahuan kafir Laknat ini:

Setujukah kalau nama Kalimah Allah ini diukir pada salib .. pada baju .. pada kasut .. atau pada papan2 tanda perniagaan saperti Kelab Malam .. Disko .. pada patung2 .. rumah berhala dan paling senang saya cakap .. ditempat2 yang haram kita menyentuhnya.???

Masa ni orang Islam dah kena kunci mulut .. duduk diam2 sbb undang2 dah bagi kebenaran kat kafir .. guna Kalimah ini. Jadi suka hati kafir laknat ni nak buat apa yang dia suka.

Banyak orang Islam tidak berfikiran positif maksud aku berfikir apa yang akan terjadi pada masa hadapan tentang isu ini. Tidak mustahil perkara2 disebut tadi akan berlaku bukan dalam masa terdekat ini.

Nasi dah jadi bubur .. kudis2 sudah mula bernanah .. Salah siapa ? Semua menuding jari ..

Marilah kita sepakat .. mencegah itu lebih baik dai berubat. Buang perbezaan politik .. bersatu dalam Islam demi menegakkan Maha Suci Allah itu di tempat teratas mengatasi tuhan2 yang lain.

kulupSakah said...

susahnya kalau org tak faham apa yg aku tulis

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

akum
baca pakai lutut susah nak paham
baca pakai otak guna akal..baru boleh
.................................
saya berpegang kepada pandangan prof harun din dalam hal ini

thk bro kulup

Anonymous said...

anon 6.36,

ayat awak yg akhir "mengatasi tuhan2 yg lain...."

pelik saya awak begitu tegas dengan prinsip dan kepercayaan anda dan saya tak mahu pertikaikan...

tapi ayat akhir tu saya nak tanya, ada tuhan lain ke?

author faethal said...

Adoi...
KulupSakah patut lah Hang poning..
Apa la si Anonymous ni merepek ke penggunaan Allah untuk letak dekat kasut? dekat baju dengan Entri kali ni???

Takpe aku tolong jawab..
Anonymous ni lupa ke..
Lambang PDRM ada kalimah ALLAH & MUHAMMAD..
Yang si Buddha pakai...Hindu pakai...
Bahai pakai...Kristian pakai...
Bawa masuk toilet..
Bawa masuk gereja..
Pakai masa belasah protester..
Pakai masa sembur 'water cannon'
Pakai masa tembak bom asap..
Pakai masa tembak Ibrahim Libya
Pakai masa tumbuk Anwar Ibrahim..
Pakai masa bom C4 Altantuya..
Boleh la pulak kan???
Chet!!

Anonymous said...

Hello everyone!
I would like to burn a theme at here. There is such a nicey, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of financial piramyde, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.

For several years , I make money with the help of these programs.
I don't have problems with money now, but there are heights that must be conquered . I get now up to 2G a day , and I started with funny 500 bucks.
Right now, I'm very close at catching at last a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my web site to get additional info.

http://theblogmoney.com

hg_kasturi said...

banyak orang kata aku tak faham ..
..sedangkan orang yang kata aku tak faham itu .. sebenarnya dia sendiri buat2 tak faham .. kerana apa ??? kerana KEJUMUDAN beliau kepada MEREKA dan perbezaan fahaman politik.
Huraian aku meliputi semua entri2 yang berkait rapat dengan agama.. kenapa susah sangat nak faham .. buka lah minda .. gunalah AKAL.

Anonymous said...

Anonymous said...
anon 6.36,

ayat awak yg akhir "mengatasi tuhan2 yg lain...."

pelik saya awak begitu tegas dengan prinsip dan kepercayaan anda dan saya tak mahu pertikaikan...

tapi ayat akhir tu saya nak tanya, ada tuhan lain ke?


Tu la engkau .. orang dah bercakap sampai A to Z .. tetiba nak menyampok .. tak tahu hujung pangkal ! Sememangnya engkau ni BENGAP lah. Maaflah kalau aku kata engkau ni BODOH.

Anonymous said...

author faethal said...
Adoi...
KulupSakah patut lah Hang poning..
Apa la si Anonymous ni merepek ke penggunaan Allah untuk letak dekat kasut? dekat baju dengan Entri kali ni???

Tk yah lah pening2 bukan minum BRANDY punggg .. buat apa susah2 nak pikirrr..

YANG KAT BAWAH NI AKU SETUJU 100%



YANG DIBAWAH INI ..SENDIRI YANG CARI PASAL .. JANGAN FITNAH DAN SALAHKAN ORANG LAIN

Pakai masa belasah protester..
Pakai masa sembur 'water cannon'
Pakai masa tembak bom asap..
Pakai masa tembak Ibrahim Libya
Pakai masa tumbuk Anwar Ibrahim..
Pakai masa bom C4 Altantuya..

Term Papers said...

Nice work, thanks again for sharing such an informative ideas. I appreciate the information, well thought out and written. Thank you.

Unknown said...

Subsequently, after spending many hours on the internet at last We have uncovered an individual that definitely does know what they are discussing many thanks a great deal wonderful post.

College Term Paper