Monday, January 4, 2010

Siapa ALLAH?

Sama ada kalian hendak berdebat siapa nak guna nama Allah aku malas nak campur kerana bagi aku sebagai Tuhan sekalian alam (Rabbul alamin) tidak salah sesiapa mengakui akan keesaanNya sebagaimana firmanNya "Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku".

Cuma persoalannya di sini bukan perkataan atau nama. Masalahnya bagaimana hendak mengenal "Allah " itu? Setiap insan mempunyai tafsiran yang berbeza sebenarnya tentang "Allah". Maksud aku bukan huruf Alif Lam Lam Ha atau A..L..L..A..H.. itu. (alangkah susahnya kalau orang Melayu tak dibenarkan menulis rumi perkataan Allah kerana huruf roman bukan milik Melayu).

Bagaimanakah yang dikatakan Allah sebenarnya yang kita diberitahu amat "hampir" dengan urat merih itu? Yang sangat diminta akan Dia supaya mengenal kita akan Dia ."Awaluddin makrifatullah" (awal agama mengenal Allah). Kalau ada namanya mestilah ada 'benda'nya. (maujud). Tapi ke mana rindumu hendak kau dakapkan jika kau tak dapat mengenal Allah dari segi dzat, sifat, asma dan afa'alNya?

Apa komen Allah dalam isu perebutan nama ini? Bagaimana hendak kau dengar suara Allah sedangkan Allah itu berkata-kata sifatNya (kalam). Bagaimana kau hendak mendengarnya? Bahasa apa yang Allah gunakan untuk berkata-kata? Bahasa apa?

Bahasa rohani. Yang perlu dicapai untuk mendengar bahasa rohani ialah dengan laduni (apokalips). Menafikan wujud yang lain selainNya dan berjalan ke tingkat-tingkat nafsu dalam usaha membersihkan diri. Proses tajalli, tahalli dan takhalli, agar yang buruk digugurkan, yang bersih dimasukkan dan akhirnya yang bersih itu dipantulkan. Barulah kau dapat merasai kewujudanNya. "Rasa" (Ilmu Roso) amat penting dalam membina keyakinan yang Haq (Haqqulyaqin).

Untuk mereka yang berebutkan nama Allah itu sila "crystal clear"kan "Allah" itu dari jiwa kamu. Allah mana yang kamu sembah? "Asma" sajakah? Huruf-huruf itu sajakah? Jika kau mengaku menyembah Allah, apa bentuk persembahan kamu? Mana 'duduk'nya yang kau sembah itu? Allah di arasy yang Rasulullah SAW jumpa waktu Mikraj ke Sidratul Muntaha itu kah? Atau Allah yang meruntuhkan bukit Tursina sewaktu Musa mahu melihatnya? Allah yang "Barang ke mana kamu menghadap , di situlah wajah Allah" itukah?..
Jelaskan..


Sifat 20 yang kamu amat hafal itu apa sebenarnya? Bukankah hanya makhluk saja yang bersifat? Jadi 20 sifat yang dibahagi 4 iaitu Sifat Nafsiah, Salbiah, Maa'ni dan maknawiah itu apa?
Dari empat dipecah kepada dua iaitu Isti'na dan Istikha (ejaan dan sebutan berlainan) itu apa?

Aku rasa perebutan nama itu tidak membahayakan umat Islam jika mereka mampu menghuraikan semua ini dan merasai wujud dan maujudnya Allah yang disimpulkan dalam dzat, sifat, asma dan afa'alNya.

Ingat, Awaluddin makrifatullah, jika peringkat awal pun masih tak lepas, bagaimana hendak meneruskan yang lain?
Bukankah soalan pertama talqin "Siapa Tuhan kamu?"
Jika menjawab "Allahu Rabbi!" maka Allah yang mana yang kamu rujukkan?

Pejam mata dalam-dalam, tanya hati ..apabila menyebut Allah, apa yang kamu bayangkan dan 'rupa'kan?
(silap "bayang' kau sesat dan syirik)
Wallahua'lam

tulisan aku ini adalah pandangan peribadi aku dan tidak berniat memprovok sesiapa. Aku bertanggungjawab sepenuhnya apa yang aku tuliskan.

22 comments:

binjidan said...

bila aku sebut allah aje meremang bulu roma, hendaknya orang bukan islam pun bila sebut je allah maka lagi bertambah tambahlah kasih sayang mereka pada semua makhluk

Unknown said...

Salam sdr.

Bolehkah mereka faham apa yang saudara maksudkan?

Bolehkah mereka faham bahasa dan kata-kata Allah?

Fahamkah mereka apa yang mereka rebutkan itu?

ISA said...

Bro,

Lu huraikan memang cantek, tapi fahamkah puak2 kepala lembu dengan semua.

Nanti tak pasal2 lu di copkan sesat. Lu ada tauliah ka...?

Lu tau jelah, rambut terjojol pun bersemangat mempertahankan kalimah Allah. Itu tandanya kasih dalam derhaka namanya...

ha..ha..ha.... cuba jelaskan erti kasih dalam derhaka kepada Allah macam-mana?

qifahsdamha said...

salam, saudara.

kalau tak keberatan, mohon pinjam tulisan ini untuk dikongsi.

AnakSemuaBangsa said...

."Awaluddin makrifatullah" (awal agama mengenal Allah). tau tak paa..

bg wa la..ini tektik lama..isu ni nak menipu org2 melayu aje dan menutup isu lain spt:
mula enjin hilang
heboh cerita raja petra
kemudian gula naik harga
heboh cerita nama tuhan


same comment kat blog tukartiub..

Antara punca masalah yang lebih pokok, ialah agama Islam telah hilang maruah kehebatannya diMalaysia amnya juga didunia umunnya. Sekiranya ia bermaruah maka dunia akan hormat dan kagum kepadanya persoalan begini tidak akan timbul.

Contohnya apabila maruah Amerika melonjak semasa Neil Armstrong memijak kakinya dibulan, orang terlalu kagum dan menyanjunginya...Padahal satu penipuan@propaganda..hinggakan keluar kenyataan2 spt, "Perlukah kita kepada agama, alam telah kita takluki" dimerata-rasta dunia akibat takjub.

Islam bukan sekadar tidak mengkagumkan malah telah berada dikandang orang salah. Ia dibicarakan dalam mahkamah orang putih dan diRacun pula dgn penipuan@propaganda 9/11sept.Roh Islam itu sendiri menjadi peminta sedekah dari penganutnya yg rata2 lalai. Ia dinilai dari perspektif orang barat, keadilan universal dsb.

Pihak bertanggungjawab terutama golongan ulama wajib mengkaji bagaimana keindahan yang terkandung dalam Islam dan memahami hujjah2 mengapa Islam membuat keputusan tidak membenarkan umatnya didakwah ugama lain ataupun menukar agama.Bukannya menipu melayu dgn istilah pengunaan kalimah Allah.Pencarian ini lebih bermakna apabila dibandngkan dengan rasional hujjah Barat yang ugama Kristian tidak mengkagumkan mereka samasekali.

Kalau budak sekolah yang dididik dngan akhlak dan ilmu yang baik2, mereka tidak kita benarkan didedahkan kepada rokok, junk food, asam yang berlebihan... apatahlagi arak dan dadah yang merosakkan sifatnya. Tetapi berlainan dengan kacamata Barat, Kapitalis rokok, arak dan dadah merasakan mereka mempunyai hak yang sama dan tidak boleh didiskriminasikan. Berdasarkan pendapat kelompok masing2 maka penjualan dadah keatas org dewasa dibenarkan di Switzerland, tetapi menurut akal kelompok German ia perlu diharamkan ...yang cantiknya Islam mengharamkannya samasekali untuk kesejahteraan makhluk yag dicipta dan dibimbing Allah tanpa melepaskan mereka mengikut pendapat mereka shj.

(real by)
stumpy

Aa said...

Orang tulis pepanjang aku bagi pendek aje le.
Patutnya ajar sakalian Muslim mengenal Allah jadi kalau dah kenal tak heran Herald ke tok herald bapak herald ke guna pakai.
Ni tak yang di ajar rakyat Malaysia hu ha hu ha.

Unknown said...

Salam sdr. kulup dan aku.

Panjang aku berkhutbah. Tapi isinya bagus gak. Ha..ha.. cuma Pak Din rasa tidak manis kalau kita perkatakan secara terbuka. Nanti ramai yang pening.

Huraian sdr. kulup tu pun dah ok kepada yang faham!

Ikutlah pesan Saidina Ali...

Unknown said...

Maaf, maksud saya bukan aku tetapi moses. Dah tersasul sebab lama sangat moses menghilang.

aku said...

hahaha pakdin, aku ni apa tau, tukang angguk je..

Siti Aishah Shaik Ismail said...

sya sokong abang..!tepat..!

sesungguhnya allah swt itu adalah nama bagi zatnya...yang menjadi rebutan adalah nama akan tetapi zat dan hukumnya diabaikan...

zat mana yang disembah dan menyembah adakah kita tahu..?

Allah swt berfirman:Jika sesiapa bertanya tentang ROH katakan ia urusanku,dan tidak aku berikan ilmu mengenainya melainkan sedikit..

so sebelum semua yg tak faham nak jadi jaguh apa kata fahamkan dulu ayat allah swt di atas..ilmu ada belajar la..

Anonymous said...

Kita terlalu menghurai sesuatu yang susah dan tidak difahami oleh orang2 tertentu padahal ugama Suci Islam itu amat mudah di anuti dalam ertikata sebenarnya supaya umat islam itu sendiri tidak dibeban dengan pelbagai masalah.
Apa yang penting adalah menjaga Kalimah Allah itu berada ditempat yang terbaik dan teratas sekali.

Bagaimana pula dengan mereka yang kafir .. yang menyembah berhala dan patung2.. dan menamakan dengan nama Allah...?
Bagaimana pula pendirian kita .. bila ada kelompok2 tertentu yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan ketegangan kaum dengan menulis ayat kalimah Allah pada baju .. tuala mandi .. pada kasut dan pada tempat yang HARAM diletakkan kalimah Allah itu ??? Sudah pasti kita tidak dapat berbuat apa2 kerana kalimah Allah itu milik semua dan dia mempunyai hak keatasa kalimah itu. Adakah ini dinamakan DEMOKRASI yang dilaung2kan oleh sesetengah NGO maupun pertubuhan politik yang ada sekarang ... termasuk mereka yang berugama Islam. Masyaallah... Nauzubillah Minzalik ...

kulupSakah said...

sebab yang dimaksudkan dgn mudah itu pun masih tak difahami..

hg_kasturi said...

Apa kata kita dengar hujah2 dari ulama PAS sendiri.. yang tidak sekata dengan PAS pusat tentang Kalimah Allah yang Maha Suci.

Kalimah Allah: Dr Haron Din tidak berganjak...hadir di muzakarah 70 NGO desak Yang Dipertuan Agong campurtangan

Kehadiran Datuk Dr. Haron Din di muzakarah mengenai kalimah Allah yang disertai oleh 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Masjid Wilayah Persekutuan Rabu jelas menunjukkan Timbalan Musyridul Am PAS itu tidak berganjak dari pendiriannya yang tidak sealiran dengan PAS Pusat.

Beliau secara terbuka kata petang Isnin lalu mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran serta syirik manakala PAS Pusat pada sebelah malamnya cuma tidak mahu kalimah itu disalahguna.

Ekoran muzakarah berkenaan wakil 70 NGO Islam itu telah menandatangani satu memorendum meminta Yang Di Pertuan Agong campurtangan selesaikan isu berkenaan.

Dr Haron hadir di muzakarah itu sebagai salh seorang penal atas jawatannya sebagai Penaung Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa),

Selain beliau penal lain ialah Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng dan Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Md. Asham Ahmad dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd. Azmi Abd. Hamid.

Mohd Azmi memberitahu wartawan selepas muzakarah selama empat jam itu memorendum itu juga mendesak supaya pihak Gereja Katolik menarik balik niatnya untuk menggunakan kalimah Allah.

Mereka juga merayu supaya raja-raja Melayu mengambil peranan muktamad bagi memastikan situasi tegang yang timbul akibat penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak berlarutan.-13/1/2010

Tuduhan:
Jangan kata UMNO yang membawa masalah dan nak jadi juara tentang Kalimah Allah yg Maha Suci ini.Sedangkan ulama Pas sendiri tidak sekata. Sebabnya .. kerana kepentingan politik jahil melebihi Kesucian Ugama Islam itu sendiri.
Cermin2 lah diri.

hg_kasturi said...

Sila Rujuk :

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2a057a7c-7f000010-175b7f90-89e5cbef

Anonymous said...

Aku tertarik bila baca perenggan kedua.. lihat bawah:

Kehadiran Datuk Dr. Haron Din di muzakarah mengenai kalimah Allah yang disertai oleh 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Masjid Wilayah Persekutuan Rabu jelas menunjukkan Timbalan Musyridul Am PAS itu tidak berganjak dari pendiriannya yang tidak sealiran dengan PAS Pusat.

Beliau secara terbuka kata petang Isnin lalu mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran serta syirik manakala PAS Pusat pada sebelah malamnya cuma tidak mahu kalimah itu disalahguna.


Huraian :
**Pas pusat tidak mahu kalimah itu disalahgunakan ???**

Kalau disalah guna pun apa PAS boleh buat ??? Kalau dia cop dekat kasut ... tuala mandi .. atau namakan patung berhala dia dengan nama ALLAH ..
Itu hak dia .. dia punya pasal lah.
Kesimpulan : Cadangan Pas itu bukan nak membantu tetapi nak melingkup lagi adalah.


Aku terpikir sendiri .. kenapalah Parti Pas tidak konsisten dengan pendirian mereka .. kejap boleh kejap tak boleh .. macam main ACI LUT pulak .. dan adakalanya macam tak sungguh2.
Mungkin kot sebab terlalu ramai umat Islam dimalaysia .. begitu sensitif dan marah sangat2 dengan Herald-The Catholic Weekly dan tidak menyebelahi Pendirian dari Ulama Pas Pusat maka mungkin kerana takut hilang sokongan rakyat .. maka Pas mula nak TERBALIK KOT pulak.

panglima muda said...

Salam, mencari tuhan atau Allah ?

Barang siapa kenal dirinya nescaya kenal dia akan tuahnnya dan barang siapa kenal akan tuhannya maka binasalah dirinya.

Tiap tiap yang bernama pasti bersifat dan ianya binasa lagi baharu.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.

Nak ajak semua saudara mara seagama berkunjung memahami tuntutan asa FARDU AIN. Tidak ada nilai dalam bentu wang ringgit. Yang diharapkan hanya RAHMAT ALLAH. Antaranya kalimah NAFI dan ISBAT di http://www.siapaallah.blogspot.com

Apa Ada Pada Dunya said...

BismillahirRahmannirRahim

Menarik ulisan saudara. Kalimah ALLAH adalah Isma' yang tertinggi. Kerana selain dari itu adalah hasil dari wujudnya Isma tersebut.

Sayang yang tak faham tentang ketinggian isma Allah. Kerana rukun Iman yang pertama adalah beriman pada Allah. Yang mana beriman pada Asmanya, Sifatnya, perbuatannya, dan lain2 lagi berkenaan Allah samaada dari sudut syariat, tariqt, hakikat & maarifat

Wallahualam

Anonymous said...

betul apa saudara tulis di atas...walaupun saya bukan jenis orang yg dalam sgt agama...tp saya boleh faham dengan pengertian soalan2 saudara.... semasa zaman Nabi Muhammad tiada pun Asmaulhusna dan Juga Sifat20....tetapi zaman selepas Nabi Allah ini...baru ada benda2 ni...saya seorang muslim n masih mencari dan belajar ...supaya menjadi mukmin sejati... terima kasih...sgt bermanfaat walaupun sedikit :)

Unknown said...

rahsiaku rahsiamu, rahsiamu rahsiaku
















Anonymous said...

Kalau nk kenal sape ALLAH2 kenallh diri sendiri dulu..make anda akn kenal sape ALLAH2..klau nk berdebat tnye sape ALLAH2. Mg korang xkn dpat jwpannye..jd buang mase je korang tnye sape ALLAH2 sebab ALLAH 2 sndri pun xknal die 2 sape..

Unknown said...

salam sudara..

maaf hanya teguran

saya juga memperdalami ilmu seperti saudara, jangan la dikaitkan SIAPA ALLAH????
saya juga mempertanyakan soalan yang sama dulunya... tapi saya semakin kenal siapa saya sejak
soalan itu timbul... saya semakin kenal kulit saya dan isi saya... tapi tak semua orang yang kenal isi dan kulit.... orang yang tahu hanya orang yang tahu... jangan di sebabkan pemahaman orang seperti saudara... orang yang kebanyakan salah anggap tentang saudara... sebab percakapan adalah kata-kata bukan maksud... maksud asal cuma kita dan Dia yang faham... mereka hanya pandang luar baju mereka x tahu pon apa di dalam baju... mereka cuma tahu apa itu satu tapi mereka xtahu apa itu satu... saya cuma memberi teguran kerana saya pernah di salah tafsir... siap di cop sesat... siap kata kitap saya baca itu di haramkan... kitap saya baca diharam kan sebab ramai yang membaca tanpa guru... seperti sifat 20 jika tidak berguru juga akan sesat... contohnya "wujud itu ada tapi mustahil Dia ada tapi Dia ada" x ramai yang faham tentang ni... dan diantara kita pon kadang-kadang x sehati... jangan marah saya saya cuma memberi teguran