Mata makin layu. Syafiqsunny sudah berdengkur di sebelah. Alin isteri Zunar yang duduk di depan juga sudah diam. Zunar memandu dalam keadaan letih selepas program tamat jam 1.00 pagi di Ipoh Timur tadi. Harap-harap kopi di R&R Sg. Perak tadi memberi sedikit kekuatan. Harus sampai Penang sebelum subuh sebab esok pagi kena hadiri satu lagi program di sana.
Aku : Walaupun depa kata ada banyak filem Melayu baguih la ni, gua masih rasa belum yakin
untuk menonton.
Zunar : Ya! Sebab mereka tak buat filem yang orang ramai mahu tonton. Mereka langsung tak
mahu pijak realiti. Mereka mahu mengelak sedangkan rakyat gelisah mahu sesuatu. Apa yang rakyat
gelisah? Macam-macam. Tidak langsung mereka mahu sentuh soal itu.contohnya babak orang biasa
yang mengeluh tentang tol dan harga barang naik. Ini pun depa tak sentuh! Langsuuung tak mahu..
Aku : Kita tak suruh depa condong ke arah siapa tapi soalnya 'realiti'.
Zunar : Apa yang berlaku dalam 10 tahun ini di Malaysia? Mana karyawan filem kita? Apa
yang kita telah dokumenkan untuk generasi 50 tahun akan datang? Mereka tak tahu apa pun
yang berlaku sekarang.
Aku : Kita dah lihat banyak filem period dan epik, Sarjan Hassan P.Ramlee gambarkan
realiti waktu zaman sebelum merdeka. Begitu juga Bukit Kepong . Karyawan 90an juga bikin filem zaman tu
macam Leftenan Adnan dan Embun. Mengapa tak buat cerita zaman ini? Tiada apakah yang berlaku sekarang? Takde langsungkah?
Zunar : Persoalannya takut, jangan kata nak buat filem tentang Anwar atau reformasi, menyelitkan sedikit unsur dalam filem mereka pun tak berani. Takut kena gam, kena haram. Masalahnya mereka sendiri pun belum cuba.
Aku : Bukan filem saja, painting- sajak- atau apa-apa karya seni tidak dihasilkan oleh karyawan atau seniman yang mengaku perakam suara marhaen. Ketika rakyat mula bicara, karyawan tertinggal di belakang dan cuba mengajak orang lain berkhayal tentang lain. Tentang sawah terbiar, anak-anak muda meninggalkan kota dan mat rempit.
Zunar : Hahahaha! Betul! Sentuh atas saja tak sampai ke dasar. Mengapa sawah terbiar dan mengapa rempit berlaku , mengapa anak muda ke kota tak dihuraikan sedalam-dalamnya. Mana painting yang menceritakan gelombang reformasi? Tarakkkkkkk!! Seniman dan karyawan lebih umno dari umno.. Apahal mahu takut. Kau pandanglah sesuatu isu itu dari sudut seorang seniman. Tak boleh?
HAHAHAHAHA!!
Zunar : Apa yang depa takut pun tak tahu. Bikin filim bukan masuk politik. Katalah kau bikin filem pasal Burhanuddin Helmi punya perjuangan untuk merdeka. Apa masalahnya?
Aku : Ya! Itu dari sudut pandangan aku seorang karyawan. Aku boleh kata yang aku hormati pejuang lain tetapi aku berminat untuk mengadaptasikan Burhanuddin. Apa masalahnya? Orang lain buatlah tokoh lain, Hati Malaya ka? Haha!
Zunar : Bagi aku, kalau mahu mengangkat martabat filem Melayu atau karya lain, buat apa yang dimahukan rakyat. Sampaikan kegelisahan mereka. Macam filem Iran, mengapa popular? Aku rasa kalau kita tak laku di sini pun, ia meletup di luar.
Aku : Apa kata kita bikin filem Anwar? Pasti bom! Hahaha!
Zunar : Betul! Tapi takpe, kita bikin filem atas kertas cukup. Komik kita akan jadi storyboard yang dah siap untuk depa filemkan.
Aku : Gua ingat kalau Pakatan Rakyat memerintah suatu hari nanti, karyawan-karyawan inilah yang mula2 sekali terhegeh-hegeh mahu bikin filem perjuangan.
Zunar : Tentu sekali dong!
Hahahaha......
Alin tersedar, Syafiq menyapu air liur. Kami dah sampai jambatan Pulau Pinang. Aku teringat lirik Nasir Jani yang dinyanyikan M.Nasir (harap sifu pun kena dengar balik lagu ni) dalam lagu "Bikin Filim"..
"Mereka cuma bikin filim mereka lupa bikin kebenaran
Aku terlupa bikin filim aku bikin kenyataan"...
10 comments:
Bro. Cerita Erma Fatima, tersasar di jalanmu , antara cerita realiti terbaik bro. Tapi tula, tayang kat tv1, sapa yg nk tgk sgt. Apapun tak rugi klau bro download then layan.
P/s Tv3 tolak cerita tu sebab depa ckp takdak nilai komersial. ;)
Bro Labun...sorrylahh...terlalu ramai orang yang hanya pandai bercakap tapi bila bab nak buat mereka lemah....bukan bab filem aje, nak urus diri sendiri pun kadang-kadang kalut..
yang benar saja dong?
kata indon bila tanya ada kerja tak..
....................................
kena tengok saluran 202 astro.. ada juga benar ...
.....................................
terima kasih sebab singgah..
Melayu mudah lupa!!!
NGO dan parti politik
Oleh - Abdul Aziz Bari
Minggu lalu kita menyaksikan perkembangan yang agak menarik tentang Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan.
Pada hari Khamis, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata bahawa NGO mendapat lonjakan kerana orang-orang Melayu melihat UMNO tidak begitu berupaya mempertahankan kedudukan mereka. Sehari kemudian dakwaan itu semacam ditepis oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga pemimpin kedua UMNO sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yasin, bahawa UMNO tetap kuat dan utama. Beliau juga semacam tidak mengakui yang NGO berada di hadapan berbanding dengan UMNO. Bagi Muhyiddin parti politik lebih penting dalam soal pentadbiran negara.
Walau apa pun sehari kemudian, pada hari Sabtu lalu, Ibrahim mendakwa bahawa Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli untuk merasmikan perhimpunan sulung Perkasa hujung Mac ini.
Saya tidak perlu untuk mengulas lanjut perkara-perkara di atas kerana bagi saya apa yang penting dalam konteks ruangan ini ialah kenyataan Muhyiddin tentang kedudukan dan peranan parti politik berbanding dengan NGO dalam pentadbiran negara.
Sebelum itu mungkin perlu disebut bahawa UMNO sendiri lahir dari kesepakatan pertubuhan-pertubuhan Melayu Semenanjung yang bangkit menentang Gagasan Malayan Union pada 1946. Dari sudut ini UMNO tidak harus memandang sepi peranan dan nilai NGO dalam memperjuangkan kedudukan dan nasib orang-orang Melayu.
Berita lanjut : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6523104.asp
UMNO sentiasa buka pintu
KUANTAN - UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuka seluas-luasnya pintu parti itu kepada pemimpin dan ahli parti pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan asal mereka.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO mengajak mereka berbuat demikian berikutan kepincangan parti dalam pakatan pembangkang kini semakin terserlah apabila wujudnya beberapa krisis sesama mereka sejak kebelakangan ini.
Katanya, krisis yang berlaku di antara beberapa pemimpin parti pembangkang kebelakangan ini bukanlah satu sandiwara tetapi ia benar-benar terjadi yang telah memperlihatkan kepada rakyat tentang ketidaksefahaman yang wujud sesama mereka selama ini.
“Bermula dengan kes Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang membuat kritikan hebat terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad. Kini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim secara terbuka membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Saya meminta kepada kawan-kawan lain yang tidak lagi bersetuju dengan pembangkang supaya lekas-lekas tinggalkan parti itu dan kita di UMNO sentiasa menerima mereka dengan tangan terbuka,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis penutupan Ekspo Pendidikan Program Juara Rakyat UMNO Bahagian Indera Mahkota di Balok, semalam.
Beliau berkata, apa yang berlaku di antara Zahrain dan Lim Guan Eng adalah gelombang besar dalam pakatan itu dan Zahrain merupakan simbol yang melambangkan ketidaksetujuan oleh PKR dan Pas di Pulau Pinang terhadap Ketua Menterinya.:
“Pada saya PR sudah menjadi ‘Pakatan Rapuh’, maka sewajarnya setiap ahli membuat keputusan bijak meninggalkan pakatan itu da:n menyertai UMNO.
“Kita sedia menerima ahli PR bila-bila masa dengan tangan terbuka termasuk pemimpin mereka yang mula hilang kepercayaan terhadap pakatan itu,” katanya.
Khamis lepas, Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.
Semalam, Zahrain turut membidas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup mengrbankan prinsip perjuangan parti.
Ahmad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan: menuduh UMNO sebagai dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang pada masa ini.
“UMNO dan BN tidak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku dalam pakatan terbabit, Mungkin pendekatan itu menjadi strategi terkini pembangkang untuk memburuk-burukkan UMNO bagaimanapun rakyat bijak membuat pertimbangan,” katanya.
Mengulas isu peletakan jawatan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail sebag:ai Timbalan Pengerusi 2 PKR Pahang baru-baru ini, Ahmad berkata, ia terpulang kepada pemimpin di sini sama ada berhajat memujuknya menyertai UMNO.
“Saya kenal beliau sebagai seorang pemimpin yang rasional dalam tindakan dan banyak member:ikan pandangan dalam Parlimen. Sekiranya beliau bersedia menyertai UMNO, kita menerimanya dengan tangan terbuka,” katanya.
Sebenarnya mereka tak lupa bikin kebenaran cuma mentaliti kita sahaja yang menjadi penghalang.
Banyak sangat Puak2 Mentaliti Berserabut (PMB) sini.
yaaa kaaaa korang ada cerita-cerita tentang ni??? tak dengar pun! maklumlah, tengah tidur. haha
Sivaji The Boss filem paling jujur!
This is really informative and excellent stuff with the marvelous effort. Thank you for the post.
Post a Comment