Biasanya begini -
Zunar akan panggil aku untuk dia kemukakan idea kasar ceritanya. Aku akan mencatat dan bertukar-tukar idea. Kemudian kami bawa idea itu kepada kartunis-kartunis dan kartunis2 akan memberi respons dan menokok tambah idea2 lagi.
Aku kemudiannya akan menulis skrip dan melakar secara kasar jalan cerita yang benar2 dikehendaki (seperti storyboard) dan membincangkannya dengan Zunar. Biasanya pertengkaran berlaku. Zunar mahu itu mahu ini, aku tak mahu itu tapi mesti begini. Kemudian kami ketawa berdekah2 dan keluar dari bilik dengan linangan air mata dan termengah2 kerana ketuaan kami. Cerita siap. Batuk-batuk lepas ketawa biasanya akan menjadi virus dan setiap kali menerbitkan sesebuah buku, hampir semua kami akan jatuh sakit bergilir2.
Art, Jonos dan Orangorang pun melukis dan hasil lukisan mereka melebihi apa yang kami jangkakan. Sekali lagi Orangorang mewarna secara digital dan proses akhir yang paling memeningkan ialah memasukkan dialog, merekaletak dan menyusun kemas dilakukan oleh artis grafik berpengalaman, Naza.
Proof reading dilakukan oleh semua orang supaya tak berlaku kesilapan pada karya-karya tersebut.
Jeng-jeng... di bawah ni cerita "Sumpah di bumi Komisen" .
Sewaktu hendak memulakan cerita ini, aku jatuh sakit. Sebelum tu Jonos. Terpaksalah Zunar turun padang draf kasar skrip dan jalan cerita untuk dilukiskan Jonos, Art dan Orangorang. Aku datang semula selepas sihat untuk mengolah sedikit saja beberapa bahagian dan sekali lagi Zunar menyempurnakan skripnya.
..dan ini dari PD ke Mongoria
Cerita ni diadaptasikan berdasarkan kisah yang benar berlaku beberapa tahun dulu. Dengan maklumat yang kami dapat, aku draf jalan ceritanya. Aku jatuh sakit dan Zunar mengolah sedikit jalan ceritanya untuk dilukiskan 10 muka surat oleh Oly.
Hasilnya? Kah kah kah....aku sendiri tergelak tengok air tangan Oly ni...
AWASI TAYANGANNYA!!
Pelancarannya Sabtu 30 Januari 5 ptg di Selangor-KL Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela.
harga maintain RM10.
6 comments:
kalau buat dvd ok ni .
itu perempuan kat pd masih ada jadi masih boleh berlakon
aku akan kuarkan rm 10.00 untuk beli itu buku
ketebalan menten atau bertambah?
Teruskan usaha kau kulup.... Aku support kau.
kahkahkah! menarik ni kalau dapat baca sambil lepak tepi pantai di port dickson!
mengadakan pelancaran tatkala belum sempat gaji habis adalah langkah bijak! Syabas GK!
Research Papers Very amusing.
Post a Comment