Friday, January 1, 2010
menjadi Man Laksa di Kajang
bikin show di Kajang, tempat tinggal aku memanglah best. Bak Bon Jovi bikin konsert di New Jersey atau M.Nasir perform di Temasik kalaupun bukan Bret Hart bergusti di Calgary. Segala artis jemputan dah mereka atur dan aku hanya diminta (bukan dibayar) untuk menjadi emcee malam tu, jadi aku tak boleh buat apa. List awal Ito, Dinsman, Meor dan Pyanhabib aku rasa tak cukup kuat. Ito bagi aku dah tak sesuai jadi artis terakhir bikin gempak. Aku tengok pelbagai program yang disusun di Karnival JomHalal anjuran Pas H.Langat itu banyak yang gagal selain faktor hujan dan promosi yang kureengg..aku risau!
Malah Sham pun bungkus gerainya selepas dua hari karnival berlangsung. Orang takdak. Slot kami pula hari Rabu bukan hari minggu. Aku cuba cadangkan Nikbinjidan perform tapi gagal. Nama Hishamuddin Rais dan Rahmat Haron dicadangkan dan aku hubungi mereka. Rahmat sibuk tetapi Isham setuju. Aku masih mahukan Nik dan aku pelan2 aturkan Nik juga dijemput secara senyap2.. Nik setuju tapi mungkin lambat sikit sebab ada program lain di KL bersama Meor.
Persoalannya macamana nak isi slot mula2 sebelum mereka sampai. Apa nak digoreng? Jonos dan Art plan nak melukis. Syafiqsunny nak baca sajak dulu. Orait.
Petang sebelum program sewaktu menunggang motosikal dari Bangsar ke Kajang Zunar forward sms Dinsman tak dapat hadir, ada kenduri anak buah. Dengan lagak stuntman aku jawab sms sambil tunggang motor bagitahu yang Nik akan ganti. "Dia bagus" kata aku melalui tulisan.. Sampai di Cheras aku terdengar henfonku berbunyi sms masuk. Sebagai ahli firasat yang selalu tepat mengagak, aku tahu Zunar membalas "ok".
Selepas maghrib aku ke stadium dan terkejut gerai kami dah dipenuhi dan Oly dah sibuk melukis karikatur untuk pelanggan. Kawan-kawan sedang sibuk.
"Cool!" kataku yang baru dinobatkan cool di tukartiub.blogspot.com (hehe)..
9.30 show bermula. Orang dah ramai. Syafiqsunny tiba2 hilang kejantanannya untuk beraksi. Organ di celah kangkangnya mengecut untuk meyakinkan dia beraksi walaupun kawan2 menggalakkan dan mencabar. Tetapi dia telah menjadi pengurus pentas yang cemerlang!
Mampus! Nik dan Meor tak sampai lagi. Aku bagi henfon kepada Syafiq untuk call Meor. Meor jawab "on d way bro!"
Masalahnya plan B nak kena guna. Aku pun naik dan belasah apa yang patut.
Art (atas) sedang buat lukisan sementara di sebelah kiri pentas Jonos dan Orang2 bikin lukisan berduet .(gambar bawah)
Sementara tu aku dah kelam-kabut di belakang macam Man Laksa..apa nak ku gebang lepas ni? Lalu kami panggil penonton untuk teka siapakah watak yang kartunis lukiskan?
Asiah naik ke pentas (eheh! Asiah cute memang bijak weh!) terus meneka Art lukis seorang wanita rambut tebal sedang shopping itu namanya "Rosmah". Dia menang sebuah majalah.
Lepas tu budak 19 tahun ni namanya Syafiq meneka Jonos dan Orang2 lukis gambar "Najib". Dia bukan saja meneka malah membelasah secukup rasa watak tersebut. Ceh! Aku pulak naik seram dengan keberanian dia.
lepas seksa lagii........
Pyanhabib yang datang awal menyelamatkan keadaan. Beliau terpaksa naik awal dan bacakan puisi smsnya. Orang ramai terhibur.
Sementara tu di belakang pentas Zunar bagitahu aku supaya banyakkan interaksi dengan penonton dan bukan macam berceramah. Aku tahu dan semuanya dah aku plan..Syafiqsunny menyuruh Zunar rileks, semuanya akan okey..saat-saat macam ni selalunya jangan kacau aku, nanti aku pening dan terjejas. Aku panggil Jonos dan minta dia buat demo lukis kartun lepas ni.
Yes! taktik menjadi. Orang ramai seronok tengok Jonos lukis kartun dengan pelbagai memek muka dan Asiah sekali lagi naik (amboiiii) untuk turut sama melukis kartun. Dia dapat hadiah lagi. Tak kasi orang boring, aku pun buat pengumuman "Sesiapa yang ada kehilangan enjit jet, sila ke kaunter urusetia sekarang!'..
Penonton ketawa.
Aku nampak antara yang hadir selain kawan2 di Kajang, jugakawan lama sang presiden persatuan anak minang yang juga pelakon teater dan drama, Ibrahim Akil (Pak Yop Kidal dalam sitcom Restoran Santan Berlada yang popular tahun 80an)
Tak dapat dibendung lagi dan tak tahu nak gebang apa lagi, aku pun panggil Zunar naik berucap. Di bawah Zunar berkata sambil ketawa, "point I semua u dah cakap. I nak cakap apa lagi?"..hahaha!
Tapi Zunar ramai peminat. Orang ramai seronok mendengar labunnya.
Pyanhabib bikin gempak..
Semasa Zunar berucap Nik dan Meor sampai. Pehh! Kentut aku lawas....aku suruh terus sound check, jangan nak isap2 rokok lagi..mereka terus sound check, aiseh mula2 susah jugak nak dapat tapi Zunar yang memang jarang dapat mikrofon terus bercakap dan Syafiqsunny berdoa di sisi aku supaya Allah banyakkan lagi ilham Zunar untuk bercakap. Syukur!
Nik balun "Bersiaplah untuk sebuah revolusi" dan Meor balun "Membenarkan kebodohan". Masa yang senggang ini sempat aku turun ke bawah dan perhatikan gelagat crowd. Aku duduk sebelah Sham dan aku nampak kartunis sibuk menandatangani autograf. Oly berpeluh2 buat karikatur. Aku tengok penonton kagum dan beri respon positif dengan Meor dan Nik. Aku mahu mereka nyanyi lagi last nanti tetapi Zunar tetap mahukan Ito.
Hishamuddin Rais punya ramalan tahun baru bikin aku gelak. Semua yang dia nak belasah, dia belasah. Ada penyokong Pas yang agak berumur sedikit bersungut bengkek apabila Isham membedal pemimpin PR. Biasaklah pak cik. Orang macam kami tak menganut fahaman politik sangat dan tak taksub sangat dengan individu. Yang buat hal kami taruk!
Meor dan Nik yang baru perform terpinga2 bila aku panggil mereka semula naik menyanyi. Apo nak buek..patutnya lu orang balun lagu penutup "Syuhada Memali', "Ke Jalan Lagi" dan "Ikut Suka Aku" dan Nik balun lagu2 panas dia..tapi bukan aku tokey malam tu. Aku hanya Man Laksa!
Performance mereka sekali lagi membuat penonton ternganga. Album mereka menjadi buruan selepas itu.
Zunar bagi idea suruh buat acara lelong lukisan. Oraittt!!!
Tak sangka slot tu menjadikk! hahaha! Semua konco naik ke pentas dan sign atas lukisan tadi.
lukisan Rosmah laku dengan harga RM50 dibeli oleh brader dari Sungai Sekamat dan gambar Najib laris dengan harga RM40 (nasib ko lah Najib) dibeli oleh budak AMBU (Anak Muda Benci Umno).
Aku dah kata Ito kurengg impak! "Angin Pendamai" dan "Apo Nak Dikato" versi dikir barat dinyanyikan dengan baik tapi nampak macam anti klimaks...
ahhhh!! takpelahh!
Cuma memang aku nampak terganggu konsentrasi sebab plan banyak berubah..
budak AMBU beli lukisan Najib (atas) dan brader dari Taman Sekamat dengan lukisan Rosmah
penonton tak berganjak
kartunis sibuk..
terima kasih kepada semua dan pemilik gambar2 ini dari website Pas Dusun Tua dan Ummuasiah.
Patutnya ummuasiah dan family jadi cameraman kami setiap kali program. Syabas!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Best la bro...nasib baik wa stay kat ipoh,kalau tidak wa mesti cergas punya..Tahniahh..
Ada masa lu usya la blog wa..Sendiri Mau Ingat
pergh...caya la gang GK
macam boleh baca je apa yang ada di fikiran ni...:))
boleh2...selagi di dalam kawasan..habaq mai...kalau di luar kawasan tu kena deal lebih sikit...
seronok bertugas tanpa disuruh...
ada lagi gambar tak upload tu...
semart!mmg best n haPPEning beb!!!
aku tak sokong korang kalau korang pencen drp buat show mcm nii...kah kah kah kah kah
sibbek kulup sakah tak tau gua tak datang!
meriah nampaknya ya...
sendirimauingat,
oraittt, dah masuk blog hang
ben,
cayaaaa..
ummuasiah,
charge lebih sikit..
pakcikkordi,abgbro,klcitizen,
best woooo....
dalyanoon,
ciisssssssssss..tgk bola lak dia!
Aku pun pegi....anak aku ajak nak beli Perak Darul Kartun. Lup duk diri depan aku masa kat padang..mula nak tegur tapi nampak macam tak friendly..Nikbinjidan dan Meor suara kow punya..Tukar Tiub pooh!!! baca puisi ke apa ke aku tak tahu tapi nak pecah perut ketawa kalah Raja Lawak Astro..Yang penting anak aku gembira buku Gedung kartun dan Perak Darul Kartunnya penuh dengan autograph kartunis termasuk le Kulup Sakah...Nampak gembira dia nak balik asrama
ceh! kalau ko bgtau ko maun, aku akan jadi friendly!
Interesting, creative and amusing post. Keep it up.
Research Papers
Beautiful artist, he sis really brilliant talent. Keep it up.
Post a Comment