Jalan Chow Kit ,KL 2 Januari 2010.Tanpa Chow Kit warna KL suram. Realiti kehidupan dipaparkan di sini. Warga kota di sini hidup seperti tikus. Memburu dan diburu. Tewas bererti mampus..

Melewati lorong masuk ke belakang mati, dari jauh aku nampak bangunan tinggi gagah sebuah parti yang telah memerintah Malaysia lebih 50 tahun. Mereka selalu mengagung-agungkan ketuanan. Sesekali mereka laungkan soal moral.

Komponen mereka ada di lorong ini juga. Tampak seperti mereka bersedia berkhidmat membanteras gejala negatif di lorong ini.

Ada juga MCA

Sebuah bangunan yang dipunyai oleh parti yang memperjuangkan Islam. Antara sebab mereka berpindah ke sini dulu adalah satu usaha untuk mendekati warga kota yang hanyut dibawa arus kesesatan. Aku rasa anak-anak muda mereka yang selalu turun menentang konsert-konsert harus juga turun mendepani dan menyantuni jiran-jiran mereka di sini.

Tidak jauh dengan pejabat parti itu ada balai polis, penjaga keamanan yang sangat hampir untuk memastikan keselamatan warga kota terjamin.

Tidak jauh dari bangunan-bangunan tadi, ada jiran mereka. Mereka melambai memanggil aku. Aku datang berbual dan bertanya khabar. Ada berbilang kaum di lorong 1malaysia ini. "Saya dari Indonesia" dan "saya orang Myanmar" kata mereka. Aku memujuk untuk bergambar dan mereka mahu. Sebaik aku mengacukan kamera, mereka menoleh ke arah lain.

Si dia mengajak aku lepak-lepak di biliknya dan bergambar di atas. Aku menolaknya dengan baik. Aku terbayang kaum Luth dan jika jenayah yang dilakukan (tuduh puak2 sana) Anwar kepada Saiful itu besar salahnya, bagaimana dengan yang ini?

Bergambar? Boleh saja bang...

Warga tikus
warga kucing
siapa makan siapa
siapa takut siapa
siapa perangkap siapa?
Aku yang bebal tertanya-tanya siapa Chow Kit dan siapa Haji Taib
18 comments:
Heran seribu kali heran.
Kita up sikit heran sjuta kali heran.
Punya le ramai komponen yang pada dasarnya mampu mencegah perilaku itu tapi .................
Dah berzaman puak2 sana menghalalkanya... apa mau helan dengan puak hipokrit tu.
Semuanya Serba Boleh...
Nape tak ajak polis kat balai sebelah bergambar skali..
lawo gak nyah tu ekk...boleh jdi polis xtau ape kegiatan sedara2 kita tuu...auuwww
Entiri yg rajin, sebab ada sokongan gambar yg relevan! Gua suka!
gedek,
gambar title ni adalah gambar hasil kerja lu..tq!
(timekasih juga otai yg susah-payah buatkan gambar title aku sebelum ni, aku hargainya!)
ahah...balai..partai...lorong mati...
itu sume bila bole kasi abis..?
Dah begitu lama aku tak singgah lorong hj taib....ada lagi ke apek tua nak mampus tanpa segan silu berkata depan belakang boleh taruk...yang minah tu pulak senyum aje.
Berdiri bulu aku dengor perkataan ni...
dilorong hj taib, kucing dan tikus tidak bermusuhan.
kehadiran apa jua parti politik di situ tidak mengubah apa-apa pun..jadi perlu kah jadi orang politik dan penyokong politik yang akhirnya hanya dapat bergambar aje...
mungkin penghuni lorong tu sanggup berdemo sekali dengan ko jika kena bayaran nya kulop
ni mmg best beb!mana nya komponen2 yg bersekutu?apedehal ni.....
bagus kerja abang kulup
kenapa aku tak stim tengok gambo gambo tu
sah kita jantan abang kulup tulin tulin
lawa gak ye budak tu. tihtihtih
Bangunan semua parti lu bubuh kt situ, cuma parti SPeRM je lu xdpt gabarkan bro...
auwwww!!!
cool!i love it!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,情色,日本a片,美女,成人圖片區
When one conceives the issue at hand, i have to agree with your endings. You intelligibly show cognition about this topic and i have much to learn after reading your post.Lot's of greetings and i will come back for any further updates.
College Research Papers
I saw these pics and Certainly these are fantastic and amazing pictures,I hope you will provide us a lots of interesting pictures like these.
Term Papers help
Post a Comment