Thursday, February 24, 2011

abang lawyer

"ada kes hari ni bang?"

"tak. cuti!"

abang lawyer dengan kotnya sesekali singgah di kedai kami pekena teh.

"abang duduk mana?"

"duduk kat PD. Dekat Ito penyanyi. Dulu kerja Navy. Ada elaun rumah, macam-macamlah. Halalkan kerja tu?"

"Siapa makwe abang?"

"Christine Hakim!"

Dan abang lawyer sesudah makan dan minum akan bangun berjalan entah ke mana. Dengan begnya tak tahu di mana dia tidur. orang akan mengatakan dia gila.
Yang nyata - dia bukan GILA kuasa dan dah tentu tak makan rasuah.

12 comments:

uncle gedek said...

Gambar sebenar ke bro..?

kulupSakah said...

yup

Marhaenonymous said...

baik layan orang gila hilang akal dari dari layan orang gila hilang iman..gila rasuah,gila pompuan,gila kuasa dan gila projek!!

Cikli said...

adakah dia dipanggil abang lawyer kerana pakai kot?

kenapa tak panggil abang ptd atau abang exco?

intan.maisarah said...

siapa bayar minuman abang lawyer?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tentu di seorang yang bijak

zX said...

yg pasti dia tak segila sayfool sampai tayang spender levis dalam kourt kakaka!

Fa-T said...

sekurang-kurangnya... di tidak heret semple selama 2-3 hari tanpa berak!

Anonymous said...

semoga allah swt memberkati kehidupanya,anak siapa agaknya ya!!

Peguam Bisaya said...

hidop abg lawyer!

TheCrow said...
This comment has been removed by the author.
TheCrow said...

dah tentu tidur di rumah famly saya. selalu datang makan minum. yg paling best bila diya menyanyi terbaik walau kelaut lirik. . . .