Saturday, February 5, 2011

masjid 20 juta

dari malaysiakini:-
PM hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, pembiayaan ke atas masjid itu adalah langkah pertama ke arah pembangunan kawasan yang didiami majoriti penduduk Melayu itu.Tegasnya, tidak ada pihak ketiga yang akan dibenarkan mendapatkan keuntungan daripada aktiviti pembangunan di kawasan itu. Katanya lagi, penduduk di kawasan itu tidak perlu berpindah apabila pembangunan dijalankan kelak. Langkah berkenaan ditetapkan bagi semua pembangunan yang akan dijalankan di kawasan itu.


kata rendra, saudara bermaksud baik tapi BAIK UNTUK SIAPA?
takde orang tengah? orang 'tepi' ada kan?

masjid zaman rasulullah tak perlu 20juta. tak perlu speaker canggih, tak perlu karpet mahal, jam dinding mahal, papan tanda digital.
tak perlu air-cond sehingga pintu dewan sembahyang mesti sentiasa ditutup takut 'air cond' habis, lalu khutbah jemaah di luar dewan sembahyang tak nampak muka khatib.

dulu masjid tak perlu dikunci, takde kes curi sebab barang2 tak mewah. lagipun kalau undang2 islam digunakan, sapa berani curi ye tak?
musafir boleh berteduh. sekarang ni siap ada papantanda dilarang tidur dalam masjid. nak baring lunjur kaki pun cuak.
kecik2 dulu kami boleh tidur surau, makan biskut surau buat teh sambil sembang. ambik gak quran ngaji sikit2 walaupun tipu mak ayah kata nak study kat surau sebab nak SRP.

yang penting pengisian masjid - pusat ilmu - rumah kebajikan - markas perbincangan - dan macam2 lagi program. bukan politik kepartaian yang kebudak2an..

majlis penyuburan ilmu. bukan membodek!
itu yang penting!

9 comments:

Cikli said...

salam,

yang penting juga hari jumaat ada pisang disediakan.
boleh marhaen macam hamba tumpang mengalas perut.

mae said...

iktiqaf di lobby launge sambil dengar lagu careless whisper...masjid dah kunci lepas isya'

uncle gedek said...

CIKLI : Cuuuuukkooooopppp PISANG, punya...! Hahaha!

Marhaenonymous said...

masjid dah jadi tempat ekslusif..bukan lagi tempat menimba ilmu dan tumpang beriktikaf atau rehat bg yg bermusafir..

Alam said...

Susah untuk berteduh di masjid sekarang ni,nak tumpang solat lewat malam sikit pun tak boleh.apa guna masjid canggih kalau tak boleh guna

kulupSakah said...

kalau tidur siap kena ligan dengan guard, kahkahkah..terpuntang-panting lari..

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

rm20j? Amboi..baik tlg fakir miskin lg.. Buat cantik2 pun apa guna sampai kena berkunci? Nak masuk rumah Allah pun ada waktu2 plak la ni..

umiawadah said...

apa nak risau...kan duit 'kita' tu..bukan duit PM..he he he

Restless said...

di tenang stesyen masa hari mengundi,gua benti rehat di masjid nya,dan dari rakan² PR(dari luar Johor) yg tumpang berteduh dari hujan diserambi masjid,mereka bercerita perihal Pejabat Agama Islam telah menghalau mereka dan tidak membenarkan mereka tidur diserambi masjid,tp kuasa Allah mengatasi segala nya,selepas habis mengundi berbondong bondong pulak org datang menyelamat kan diri dari banjir dan "lepak" hingga ke dalam masjid,bukan takat org² PR yg dari luar Johor,rakyat tempatan yg terkandas pon ramai menumpang rehat dimasjid..