Saturday, April 16, 2011

apa kene kita ni?

kau lepak kat restoran. order teh tarik. kau tau? itu bukan teh..itu hanya serbuk berpewarna tiruan. susunya bukan susu lembu tapi lemak santan kelapa sawit. kau order roti canai. minyak peket yang digunakan adalah minyak yang dikitar semula menjadi bersih. minyak itu telah pun diguna dan dipeket semula. kolestrolnya tahap tinggi. kau isap rokok...huh! tak yah ceritalah! kau order air kosong yang datangnya dari air pip yang tak berpenapis. Air ini datangnya dari loji rawatan air yang mana air kotor dirawat semula dan dibubuh klorin. jika kau tengok dalam mikroskop air rawatan ini memang kuman semua dah mati dibedal klorin - cuma cacing pada babi saja yang tak mati - kan kandang babi kebanyakannya semua tepi sungai? cacing ini mengalir ke dalam paip dan terus masuk dalam cerek kita melainkan jika kita menggunakan penapis yang lubangnya lebih kecil dari cacing ini nak tembus. pekena teh o ais limaulahhhh.... gula makin putih maknanya makin banyak bahan kimia digunakan. limau yang dibagi adalah limau kasturi - kat kampung dulu mak opah kita buat basuh ikan je...patutnya guna limau nipis baru ada khasiat. kita pun minta kopi sachet + tongkat ali....kah3...berapa kandungan steroid tau tak? akhirnya kita mampuih... (aku menulis entry ini sambil pelahap 'megi')

3 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nak bagi ok semua tu.. tengok sapa yg pegang kuasa

Anonymous said...

Makan minum lah macam orang sufi.

Makan minum mujahadah fil nufus

minum kerana Allah. Makan kerana Allah

Tak minum kerana Allah Tak makan

kerana Allah. Makan minum selawat 5.6

juta kali

Cikli said...

dah dapat duit masa mengundi baru ni, pegilah beli penapis air diamond berkualiti macam sheila majid pakai tu.
apa? tak cukup duit. dapat rm50 je.. yang bahalol sangat bagi lagi depa menang rembat duit buat apa? aku tak dapat tolong.