Monday, April 25, 2011

sahabat gua

Ini hari kedua aku di sini. Di sebuah kaki banjaran Titiwangsa. Seorang diri berteman kamera dan peralatan lukisan. Mencari ketenangan. Penat menjaga anak yang sakit. Minggu depan giliran Sham pula bercuti. Aku akan di sini seminggu. Lewat petang semalam aku sampai di sini. Tidur dalam khemah.

Pagi tadi aku bangun dan meninjau jaring yang aku pasang. Ada seekor sebarau. jadilah untuk tengah hari.

"kau bukan nelayan. Cukuplah untuk tengah hari ini. Karang carilah lagi." tegur seorang lelaki sebaya aku. Pakaiannya putih bersih. Terkejut juga, ada manusia di sini.

"Aku Darwis." Dia menghulur tangan seolah-olah mengerti keserabutan aku padanya yang muncul tiba-tiba. " Aku dan enam kawan aku tinggal di situ." Dia menunjuk ke arah sebuah bukit yang tinggi di sebalik bukit-bukit berhampiran kami.

""Kami tinggal di sini lebih 10 tahun. Tidak keluar ke mana-mana. Makan minum di sini."

"Di kaki gunung ni? Tanpa kenderaan dan apa-apa? Sejak 10 tahun?" tanya aku.

"Kami semua bersembunyi larikan diri dari kezaliman dunia yang semakin teruk. Kami tak mahu terlibat dengan benda-benda yang menyesakkan, mengejar sesuatu yang akhirnya musnah. Kami mahu tumpu kepada kekasih yang Satu, yang kami rindu untuk bertemu dengan Dia. Di sini kami dapat tumpukan segala usaha dan kerja-kerja memuja Dia." kata Darwis.

"Kau tak pernah keluar dari sini?" tanya aku.

"Kami aman di sini."

"Tak da keluarga yang kau rindu? Kereta, rumah, kerja, ibu bapak, anak bini?" tanya aku.

"Semua itu telah hilang dan akhirnya tinggal kita sendiri juga. Kau juga satu hari nanti akan kehilangan apa yang kau ada." kata dia.

"Kamu tinggal dalam gua macam pemuda kahfi?" tanya aku.

"Marilah ke tempat kami. Kamu jadi tetamu kami malam ini. Jangan bimbang."

"Boleh juga." jawab aku. "Jom!"

"Kita zohor dulu.." katanya. Dia tunduk menyapu debu-debu di batu sungai dan bertayammum.

Lalu dia terus melangkah 2-3 tapak dan mendirikan solat di atas sebuah batu. Aku menunggu sampai habis.

"Kau solat tak ambil wuduk? Mengapa bertayammum sedangkan air ada tak sampai sepuluh tapak melangkah?" Tanya aku.

"Masa makin singkat. Aku takut tak sampai 10 langkah menapak ke sungai untuk berwudhuk, ajalku sampai. Langsung aku mati tak sempat solat." katanya.

Mulutku terkumat-kamit cuba berkata sesuatu tapi cepat Darwis berkata.

"Jom cepat. Hujan di hulu sekarang. Nanti kepala air datang melibas tempat ni."

Kami berjalan meredah semak samun dan denai di tebing-tebing sungai menuju ke bukit itu...

(bersambung)

9 comments:

ummu asiah said...

suspen woooooo!!!!

Anonymous said...

duduk balik bukit pun..kalu masih ada line bband,line phone..okey lagi laa tuu..

marauhirang said...

Salam..ambik cuti...cuti dari menunaikan tugas seharian..cuti dari hidup..bila lak nak ambil...hahahah gurau aje yee...

Anonymous said...

seronok la Darwis dan kawan2 duduk beribadah dalam gua. Tinggal la aku manusia berdosa ni bekerja untuk masyarakat dan orang lain.

aku said...

...ku rindukan wak jono...

maun said...

Menjadi ibrah kepada cerita pemuda kahfi..tujuh pemuda itulah anggota badan kita dan Darwis itulah kita..gua itu menjadi hati dan anjing itu adalah nafsu yang telah terdidik dan negeri itu adalah jasad zahirnya....fana kesemuanya selama beratus tahun dan bila terjaga seolah 1/2 hari yang berlalu..dilihat jasad telah berubah menjadi murni namun dirinya mahu baqa bersama Tuhannya...maka diambil Tuhan nama balik kepada Empunya nama....

Aku suka zikir kahfi!!!

kulupsakah said...

hey maun,
itu dah terlalu berterus terang.haha

Marhaenonymous said...

aku paling suka komen maun..hehe.

P.E.C.A.H.R.U.Y.U.N.G said...

aku nk tunggu sambungannya..